Kecederaan lutut, ACL (Anterior Cruciate Ligament) adalah salah satu jenis kecederaan yang sering dialami oleh atlet.
Ingat, lutut anda mahu dipakai lama oleh itu anda perlu berhati-hati. Di bawah kami senaraikan faktor yang boleh mengakibatkan kecederaan lutut (meletup, putus, koyak, lembam, luka dan lain-lain).
Sukan Dan Kecederaan Lutut ‘ACL’ Di Kalangan Lelaki
Sukan Dan Kecederaan Lutut ‘ACL’
Apakah ACL?
ACL adalah ligamen yang terletak di dalam lutut dan berfungsi untuk menstabilkan sendi lutut. Ia menghubungkan tulang femur (tulang paha) dengan tibia (tulang betis). Ligamen ini memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan ke hadapan dan memutar tulang betis, menjadikan ia penting dalam banyak jenis pergerakan sukan.
Punca Kecederaan ACL
Pergerakan tiba-tiba: Pergerakan seperti pusingan badan secara tiba-tiba, memberhentikan larian dengan mendadak, atau melompat dan mendarat dengan posisi yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada ACL. Impak langsung: Kecederaan juga boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau objek keras semasa bersukan. Keletihan otot: Otot yang letih tidak dapat memberikan sokongan yang mencukupi kepada sendi lutut, meningkatkan risiko kecederaan.
Sukan yang Berisiko Tinggi
Ads
Sukan-sukan yang berisiko
Bola sepak: Pergerakan seperti menggelecek, menendang, dan perlanggaran fizikal antara pemain meningkatkan risiko kecederaan ACL. Bola keranjang: Lompatan tinggi dan pergerakan cepat semasa permainan boleh memberi tekanan kepada ACL. Bola baling: Aktiviti melompat dan menghantar bola dengan pantas memerlukan kestabilan lutut yang tinggi. Ski: Pergerakan memutar dan menukar arah dengan pantas di atas permukaan bersalji menyebabkan tekanan pada ligamen lutut.
Gejala kecederaan ACL
Ads
Bunyi “pop” pada lutut: Ramai atlet melaporkan mendengar bunyi “pop” semasa kecederaan berlaku.
Sakit lutut: Kesakitan yang teruk pada lutut yang cedera.
Bengkak: Pembengkakan yang cepat dalam beberapa jam selepas kecederaan.
Ketidakstabilan lutut: Rasa lutut “tergelincir” atau tidak stabil ketika berjalan atau berdiri.
Diagnosis kecederaan ACL biasanya melibatkan pemeriksaan fizikal oleh doktor serta pengimejan seperti MRI untuk mengesahkan tahap kecederaan.
Rawatan dan Pemulihan
Rawatan konservatif: Bagi kecederaan yang tidak terlalu teruk, rawatan konservatif seperti fisioterapi, penggunaan ais, dan ubat penahan sakit mungkin mencukupi.
Pembedahan: Bagi kes yang lebih serius, pembedahan rekonstruktif mungkin diperlukan untuk membaiki ligamen yang rosak. Ini diikuti dengan program pemulihan intensif.
Pencegahan Kecederaan ACL
Untuk mengurangkan risiko kecederaan ACL, atlet boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Ads
Latihan penguatan otot: Melibatkan latihan untuk menguatkan otot-otot di sekitar lutut.
Latihan kestabilan dan keseimbangan: Menumpukan pada latihan yang meningkatkan kestabilan lutut.
Teknik yang betul: Mempelajari teknik pergerakan yang betul dalam sukan yang diceburi.
Kesimpulan
Kecederaan ACL adalah satu isu serius di kalangan atlet lelaki, dengan langkah-langkah yang betul, risiko kecederaan ACL dapat dikurangkan, membolehkan atlet menikmati sukan dengan lebih selamat dan berkesan.
Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.’ Tambah-tambah lagi di musim perayaan ini.
Susah juga nak turunkan berat dalam bulan Syawal yang dipenuhi jemputan rumah terbuka. Tetapi kalau nekad, sekejap sahaja badan akan kembali normal. Ok, sudah bersedia untuk kurangkan berat badan dan kelihatan lebih fit? Berikut adalah tip 4 yang boleh anda cuba.
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten. Caranya ialah dengan makan!
1. Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisma tubuh.
2. Minum Banyak Air putih
Setiap kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk membantu membakar kalori dalam tubuh.
3. Jauhi Atau Kurangkan Makanan Masin
Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan masin yang berkumpul pada bahagian perut.
4. Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.
Apalagi yang ditunggu? Petua dah bagi. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buah Avokado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ adalah buah yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Buahnya berbentuk bujur dan kulitnya berwarna hijau berkilat.
Apabila dikupas isi buahnya berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Habitat asal buah ini dari Mexico dan sekitar Amerika Tengah.
Ia dikatakan amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk badan.
Di bawah ini MASKULIN jelaskan kenapa ianya amat bagus untuk kesihatan lelaki.
1. Penyumbang kepada kesihatan mata
Ia mempunyai kandungan nutrient Lutein karotenid yang mana sangat baik untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
2. Mengekalkan kesihatan jantung
Buah ini mempunyai vitamin B6 serta asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Selain itu, ia turut mengandungi Vitamin E serta lemak tidak tepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
3. Mengawal tekanan darah
Ini pun salah satu penyakit yang paling ditakuti golongan lelaki iaitu darah tinggi. Jika anda mengamalkan pemakanan buah avocado. Anda telah meraih banyak nutrient Kalium, yang mana ia diketahui amat efektif dalam membantu mengawal paras tekanan darah.
4. Melindungi daripada kanser
Jika kanser payudara ditakuti golongan wanita, lelaki juga amat takut jika diserang kanser prostat. Buah Avokado boleh menlindungi anda serta menghalang pertumbuhan kanser daripada menular di seluruh badan.
5. Menghilangkan nafas berbau
Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.
Terdapat banyak produk kosmetik yang mengekstrak kandungan buah avocado kerana ia dipercayai dapat menyuburkan kulit. Ia juga berupaya membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan. Masa yang sama membantu anda dalam proses awet muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi kebanyakan anda yang sebelum ini telah bekerja dari rumah selama kira-kira setahun lebih akibat wabak COVID-19, memasuki semula pejabat juga satu cabaran yang dirasakan.
Pernahkah anda merasa badan sangat penat dan kejung walaupun duduk di kerusi sahaja? Itu bermakna badan anda kurang cergas dan kurang bersenam. Sebaiknya setiap pagi lakukanlah senaman paling kurang pun 20 minit sahaja.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa set senaman yang mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.