Pasti pengguna terutama yang berkenderaan akan kecut perut menanti sama ada harga petrol naik atau tidak. Apabila keesokan harinya diisytiharkan harga petrol naik, maka berpusu-pusulah pemandu beratur di stesen minyak untuk mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing.Situasi ini sering terjadi dan isu harga petrol naik tidak pernah senyap. Mungkin ramai yang tidak tahu akan penyelesaiannya, jadi kali ini Maskulin berkongsi tip penjimatan petrol kenderaan dengan anda semua.
1. Isi Petrol Waktu Malam
Mungkin ramai tidak mengendahkan tip mudah ini. Tetapi,ini adalah fakta. Sekiranya anda mengisi tangki minyak pada waktu malam atau ketika dalam keadaan sejuk, anda dapat menjimatkan wang untuk petrol. Sebaliknya jika anda mengisi petrol pada waktu siang atau dalam keadaan panas, kandungan gas adalah tinggi dan haba petrol akan bercampur dengan lebihan gas dalam kandungannya.
2. Penuhkan Tangki
Petrol juga boleh tersejat. Sekiranya tangki petrol penuh, ruang untuk petrol menyejat adalah kurang. Tetapi sekiranya ruang lebih besar, perkara sebaliknya akan berlaku. Untuk mengelakkan ruang dalam tangki menjadi kosong, anda perlu mengisi penuh tangki petrol kenderaan. Ini sekaligus membantu mengurangkan pembaziran kerana petrol yang tersejat atau meruap tidak akan dibakar oleh enjin. Janganlah tunggu meter petrol berada pada tanda “E” baru mahu isi.
3. Kurangkan Memecut
Had laju yang ditetapkan ada sebabnya. Pertama adalah untuk mengelak berlakunya kemalangan di jalan raya. Bagi para pemandu dan pemilik kenderaan, had laju yang ditetapkan seperti 60 atau 70 km/sejam sepatutnya digunakan sebagai sesuatu yang boleh memberi faedah kepada anda. Apabila memandu pada had laju yang tetap dan tidak memecut dapat menjimatkan petrol. Lagi laju anda memecut, lagi banyak petrol yang digunakan. Tetapi perlu diingatkan, memandu terlalu perlahan juga akan memberikan tekanan pada enjin sekaligus menyebabkan banyak petrol digunakan.
Ads
4. Selenggara Kereta Mengikut Jadual
Kereta merupakan jentera yang dicipta untuk bekerja. Oleh sebab itu ia seharusnya sentiasa diselenggara terutama di bahagian enjin. Dalam jangka masa yang ditetapkan, periksa kenderaan anda dan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penapis atau filter perlu sentiasa diperiksa dan jika perlu,gantikan dengan yang baru.
5. Periksa Tekanan Angin Tayar
Begitu juga dengan tekanan angin tayar. Periksa tayar kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sekiranya tekanan angin tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai dan sepatutnya, cengkaman tayar lebih kukuh dan ini sekaligus memberikan penjimatan berganda pada penggunaan petrol..
6. Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin
Ads
Untuk mengurangkan pembaziran penggunaan petrol, kurangkan penggunaan penghawa dingin ketika memandu. Guna apabila perlu sahaja iaitu ketika cuaca panas terik. Sekiranya anda memandu pada waktu pagi atau malam, buka tingkap dan bukan penghawa dingin. Tetapi awas! Jangan buka tingkap terlalu luas sehingga membahayakan nyawa anda dan penumpang jika ada.
7. Beban Terlalu Berat
Keluarkan semua barang-barang yang tidak perlu disimpan di dalam kenderaan seperti set golf ataupun bagasi besar. Anda perlu tahu dan ingat, beban yang terlalu berat akan menyebabkan penggunaan tenaga berganda. Sekaligus ini akan menyebabkan penggunaan petrol juga bertambah.
8. Elak Guna Gear Rendah
Ads
Mungkin jarang yang lakukan, tetapi sebaik-baiknya elak menggunakan gear rendah ketika memandu. Gunakan gear rendah pada tempat yang sepatutnya sahaja. Contohnya ketika mendaki, tetapi pada masa yang sama anda perlu tukar gear secepat mungkin. Untuk menuruni bukit atau melalui jalan rata pula, langkah penggunaan gear satu terus ke gear tiga atau empat. Sekiranya kenderaan yang dipandu menggunakan gear automatik, tingkatkan halaju dengan kadar segera.
9. Matikan Enjin Ketika Menunggu
Memang biasa kita lihat situasi ini. Kebanyakan daripada tidak mematikan enjin ketika menunggu walaupun dalam tempoh sekejap. Enjin sebenarnya tetap membakar petrol di dalam tangki walaupun ketika kenderaan anda tidak bergerak. Amat mudah, jika anda menunggu atau keluar dalam tempoh sekejap dari kenderaan anda, matikan enjin kenderaan anda itu. Ia mampu menjimatkan penggunaan petrol.
10. Pandu Untuk Perjalanan Jauh Sahaja
Kalau boleh pandu kenderaan anda hanya untuk perjalanan yang jauh sahaja. Sekiranya destinasi yang ingin dituju hampir dengan tempat tinggal, lebih baik anda berjalan kaki atau menunggang basikal. Ini bukan sahaja memberi penjimatan pada petrol kenderaan malah memberi faedah pada alam sekitar, sekaligus menyihatkan tubuh badan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebahagian keluarga yang diraikan pada program Kasih Ramadan 2017.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.
Begitu ramai peminat motosikal cukup menantikan berita baik ini! Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad melancarkan dua model terbaharu yang bakal menarik perhatian ramai, Modenas Ninja 500 dan Modenas Ninja 500 SE.
Model ini merupakan tambahan baharu yang bakal menarik perhatian penggemar motosikal di Malaysia.
Ini terutamanya dalam segmen sukan ringan. Dengan jalinan erat bersama Kawasaki, MODENAS terus memberikan pilihan motosikal yang menggabungkan prestasi, teknologi moden, dan harga berpatutan.
Modenas Ninja 500
Modenas Ninja 500 direka khas untuk mereka yang mencari keseimbangan antara prestasi, kawalan, dan keselesaan dalam tunggangan harian.
Dilengkapi enjin selari berkembar 500cc yang baharu, motosikal ini menawarkan kuasa yang lancar dan responsif. Lantas menjadikannya sebagai pilihan ideal untuk mereka yang mahu menikmati pengalaman tunggangan lebih sporty tanpa mengorbankan keselesaan.
Antara ciri menarik Ninja 500:
Enjin 500cc selari berkembar yang direka baharu, memberikan kuasa lebih lancar dan responsif.
Casis ringan berasaskan model 250cc yang meningkatkan pengendalian dan kestabilan.
Lampu LED penuh untuk pencahayaan lebih baik serta rekaan yang lebih moden.
Sistem kesambungan telefon pintar, membolehkan penunggang memantau data tunggangan dengan mudah.
Modenas Ninja 500 ditawarkan dalam satu warna iaitu Hitam dengan harga RM28,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Modenas Ninja 500 SE
Bagi mereka yang mahukan lebih kecanggihan dan teknologi terkini, Ninja 500 SE hadir dengan tambahan ciri premium yang meningkatkan lagi pengalaman tunggangan.
Direka untuk mereka yang inginkan lebih kemudahan dan ciri moden, varian SE tampil dengan keunikan tersendiri.
Ciri-ciri menarik Ninja 500 SE:
Port USB Type-C, membolehkan pengecasan peranti mudah alih ketika dalam perjalanan.
KIPASS (Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System), sistem kunci tanpa sentuhan untuk kemudahan maksimum.
Paparan TFT berwarna penuh, memberikan keterlihatan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Ninja 500 SE ditawarkan dalam dua warna iaitu Lime Green dan Hitam/Merah, dengan harga RM30,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Dengan pelancaran Ninja 500 dan Ninja 500 SE, MODENAS membuktikan komitmennya dalam memperluaskan penawaran motosikal berkualiti tinggi di pasaran Malaysia.
Berbekalkan teknologi moden, enjin berkuasa, serta elemen keselesaan yang dipertingkatkan, kedua-dua model ini pastinya akan menarik perhatian penunggang dari pelbagai lapisan – sama ada yang baru berjinak dengan motosikal sukan atau yang berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi laman web rasmi MODENAS dan Kawasaki Malaysia.
Adakah anda bersedia untuk mengalami sensasi baharu di atas jalan raya? Dengan Ninja 500 dan Ninja 500 SE, tunggangan anda kini berada pada tahap yang lebih tinggi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan di antara komponen keselamatan yang paling penting pada kereta ialah sistem brek. Dan bila bercakap tentang sistem brek ia sebenarnya bukanlah hanya tertumpu pada brake pada semata.
Sistem brek itu sendiri berfungsi untuk mengawal dan mengendalikan kelajuan yang dibawa dengan memperlahankan kenderaan daripada melanggar kereta atau objek yang ada di atas jalan raya.
Foto: Canva
Jadi amatlah penting untuk kita tahu serba sedikit apakah punca brek jadi kurang mencengkam atau ‘tak makan’ dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.
TUKAR MINYAK BREK SECARA BERKALA
Foto: WikiHow
Salah satu punca uatama yang menyebabkan brek tidak dapat berfungsi dengan naik kerana berlakunya gangguan pada sistem brek itu sendiri. Dan salah satunya ialah penyelenggaraan atau servis tidak dilakukan dengan berkala secara baik. Salah satunya ialah menukar minyak brek dan memeriksanya.
Andai anda merasakan kereta masih bergerak sedangkan pedal brek ditekan cepat-cepatlah periksa kondisi minyak brek. Minyak brek yang mampat kerana kotoran enjin yang merebak membuatkan brek tidak mendapat minyak yang keluar dari punat tersumbat. Lakukan penyelenggaraan secara teratur sehingga tidak ada lagi kotoran yang tersumbat pada punat brek sehingga ketika memijak pedal, minyak brek akan keluar.
BREK BOOSTER ROSAK
Foto: Yourmechanic.com
Kerosakan yang berlaku pada brek booster juga boleh jadi punca brek anda ‘tak makan’. Jika berlakuka kerosakan ia boleh menyebabkan kurangnya cengkaman dan selalunya anda akan berasa sukar untuk memijak brek. Selain itu anda juga akan rasa pedal brek sangat keras jika dipijak. Ini biasanya berlaku akibat kebocoran pada komponen brek itu sendiri. Oleh itu periksalah brek booster dan bersihkan bahagian tersebut.
BRAKE PAD MENIPIS
Foto: Canva
Seperti mana kita sedia maklum brek pad yang semakin menipis akan menyebabkan sistem brek itu sendiri gagal berfungsi. Dan ini akan mendedahkan anda serta penump,ang dalam keadaan bahaya!
Hanya satu penyelesaiaannya iaitu menggantikan brek pad yang baharu. Salah satu cara untuk elak anda lupa menukar brek pad ialah melakukan servis berkala yang sentiasa tepat pada masa. Ini kerana di pusat servis, bengkel akan turut memeriksa kondisi semasa brek pad.
Jika mereka mengesan ada berlakukan kenipisan ketara, anda akan dinasihatkan untuk menukar brek pad yang baharu. Jadi sentiasalah mengesan kondisi pelik dan luar biasa pada kenderaan agar masalah tidak akan menjadi besar apabila segera diatasi.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda! Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN bagi seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.