Dalam era kecergasan yang penuh dengan pilihan, satu bentuk senaman semakin mencuri perhatian komuniti global, termasuk di Malaysia. Dikenali sebagai ‘Animal Flow’, ia bukan sekadar satu lagi senaman tular, tetapi satu bentuk seni pergerakan yang menyatukan kekuatan, mobiliti, dan koordinasi dalam cara yang sangat organik dan intuitif.
Animal Flow diperkenalkan oleh Mike Fitch dan dibangunkan sebagai alternatif kepada latihan kekuatan konvensional yang sering terlalu kaku.
Mike Fitch
Sebaliknya, Animal Flow membawa kita kembali kepada asas tubuh manusia dengan bergerak seperti haiwan.
Tekniknya diinspirasikan daripada pergerakan natural seperti merangkak, melompat, membengkok dan meluncur yang digabung menjadi rangkaian pergerakan dinamik tanpa perlu sebarang alatan.
Mengapa Animal Flow Jadi Pilihan Terkini?
Antara kekuatan utama Animal Flow ialah fleksibilitinya. Ia boleh dilakukan di mana sahaja sama ada di ruang tamu, taman atau gim tanpa memerlukan sebarang alat.
Lebih menarik, setiap gerakan bukan sahaja melibatkan keseluruhan tubuh tetapi juga menguji kawalan minda terhadap tubuh (body awareness).
Senaman Crab Reach
Pergerakan seperti “beast crawl”, “crab reach” dan “traveling ape” kelihatan seperti aksi tarian kontemporari namun disebaliknya, ia membina kekuatan teras yang luar biasa.
Ads
Manfaatnya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kajian menunjukkan senaman seperti ini meningkatkan fleksibiliti, mobiliti sendi, keseimbangan serta koordinasi otot.
Senaman Travelling Ape
Dengan hanya menggunakan berat badan sendiri, Animal Flow membina kekuatan fungsional yang penting dalam kehidupan harian dan aktiviti sukan. Ia juga mampu membakar kalori secara efisien menjadikannya alternatif bijak untuk sesi kardio ringan.
Senaman Berasaskan Pergerakan Asli
Apa yang membezakan Animal Flow dari bentuk senaman lain adalah keupayaannya menghubungkan pergerakan dalam satu aliran.
Setiap sesi tidak terputus antara satu gerakan dengan yang lain. Pelaku akan “mengalir” dari satu posisi ke posisi lain seperti arus dan daripada itulah lahirnya nama “Flow”.
Ads
Walaupun tular, Animal Flow bukan sekadar trend kosong. Ia telah wujud sejak lebih sedekad dan kini kembali dengan versi lebih matang, disokong oleh ilmu sains sukan dan fisioterapi.
Gerakan seperti wrist mobilisations dan spinal wave bukan sahaja membina otot, malah membantu dalam pencegahan kecederaan dan meningkatkan postur badan.
Dengan latihan berperingkat yang boleh disesuaikan untuk pemula mahupun atlet, Animal Flow adalah sistem terbuka yang boleh berkembang seiring dengan peningkatan kebolehan individu. Ia adalah senaman, terapi, dan ekspresi diri—semuanya dalam satu pakej.
Jika anda mencari alternatif kepada dumbbell, treadmill dan rutin lama yang membosankan, mungkin sudah tiba masa untuk kembali ke naluri asas manusia: bergerak seperti haiwan. Dan percayalah, ia jauh lebih mencabar daripada yang anda sangka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berlari merupakan aktiviti senaman yang paling popular di negara kita. Mengapakah ia menjadi aktiviti fizikal yang popular? Terdapat banyak faktor yang menjadikan larian sebagai aktiviti senaman pilihan rakyat Malaysia.
Pertama sekali kerana ia mudah dilakukan. Selain itu ia juga tidak memakan kos yang tinggi. Cukup sekadar memiliki sepasang kasut larian yang sesuai sahaja.
Namun dalam melakukan aktiviti larian anda harus bijak menggunakan teknik dengan betul agar tidak mudah mengalami kecederaan seperti kejang otot, masalah pernafasan dan juga kecederaan kaki.
Antara perkara paling penting buat anda yang aktif berlari ialah bernafas dengan betul. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh jejaskan prestasi anda sendiri. Malah jika bernafas tak betul anda juga akan berasa cepat penat dan mengah.
Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.
Berikut MASKULIN kongsikan teknik bernafas dengan baik semasa melakukan aktiviti larian.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
HINGGA PERUT
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
POSTUR BADAN
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai jejaka idam untuk memiliki lengan yang besar agar kelihatan lebih sasa dan tegap.
Oleh itu, kebanyakan daripada mereka sering memberi tumpuan lebih untuk melatih otot bisep padahal otot trisep sebenarnya mewaikili kira-kira dua pertiga daripada keseluruhan saiz lengan.
Pempengaruh kecergasan Aiman Radzi berkata perkara ini bukanlah bermaksud anda perlu melupakan terus senaman otot bisep, demikian katanya menerusi video panduan senaman di Youtube Maskulin.
Namun, anda perlu memberi tumpuan lebih kepada latihan otot trisep dalam rutin senaman anda.
Berikut antara latihan otot trisep yang anda boleh lakukan di gim:
Cable Triceps Extension
Mesin ini mempunyai pelbagai variasi, antaranya menggunakan tali, palang lurus atau palang V.
Kesemuanya boleh digunakan mengikut keselesaan anda.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum membuat senaman ini ialah, anda perlu tetapkan kedudukan siku anda selari dengan badan ketika memegang palang atau tali.
Pastikan hanya bahagian lengan bawah sahaja yang bergerak ketika menarik palang atau tali berkenaan.
Jika anda menggunakan tali, pastikan anda meluaskan bukaan tangan ketika menarik untuk kesan lebih maksima.
Bagaimanapun apabila anda sudah mulai penat, tiada masalah untuk menarik tali dengan merapatkan kedua-dua tangan asalkan kedudukan siku masih tetap.
Gunakan bebanan sesuai dengan kemampuan anda dan lakukan sebanyak 25 kali untuk tiga atau empat set.
Bodyweight Skull Crushers
Senaman ini merupakan senaman yang jarang dilakukan namun sangat efektik untuk melatih otot trisep.
Lebih menarik, senaman ini hanya memerlukan berat badan anda sebagai bebanan. Maka ia juga boleh dilakukan di rumah.
Mula-mula, cari mana-mana palang untuk anda berpaut. Pegang palang itu dan condongkan badan ke arahnya.
Tahap kesusahan senaman ini bergantung pada tahap kecondongan badan anda ke arah palang tersebut.
Lebih jauh kaki anda, lebih condong badan anda dan lebih susah senaman ini.
Kemudian, turun kan badan sambil tangan masih berpaut pada palang di bahagian atas kepala anda.
Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanya 10 hingga 12 kali untuk tiga hingga empat set.
Ramai pakar kesihatan berkongsi pendapat jika seseorang itu mahukan minuman yang berkhasiat, jus epal adalah antara salah satunya yang terbaik.
Dalam masa yang sama, buah epal sememangnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan yang tidak boleh disangkal lagi.
Biarpun epal bukanlah buah tempatan dan lebih mahal sedikit berbanding buah-buahan di Malaysia, ini antara khasiat yang perlu anda tahu :
1. Membantu Penghadaman
Buah epal kaya dengan serat jadi ia membantu proses penghadaman berjalan lancar. Serat penting untuk semua jenis gizi makanan dan selain itu ia dapat mengelakkan daripada masalah sembelit sewaktu membuang air besar.
2. Menghindari Barah
Biarpun banyak kajian telah dijalankan berkenaan khasiat Epal dalam mengurangkan risiko penyakit barah, ia didapati mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru dengan menmperlahankan penyebaran barah tersebut.
3. Merawat Anemia
Buah epal juga kaya dengan zat besi dan ini sangat bagus untuk merawat Anemia atau penyakit kekurangan hemoglobin dalam darah.
4. Mengawal Kencing Manis atau Diabetes
Kandungan polifenol dalam buah epal dapat membantu mengawal penyakit kecing manis kerana ia mampu mengurangkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi gula.
5. Penjagaan Gigi
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.