Foto : detikcom

Tidur adalah keperluan asas tubuh manusia. Sepatutnya selepas 7 hingga 8 jam tidur, badan kembali segar dan bertenaga untuk memulakan hari baharu.

Namun realitinya, ramai yang masih bangun dengan perasaan letih, kepala berat dan sukar fokus seolah-olah langsung tidak berehat.

Fenomena ini bukan sekadar perkara kecil, tetapi petanda bahawa kualiti tidur atau gaya hidup anda mungkin terganggu.

Kualiti Tidur Lebih Penting Daripada Kuantiti

Ramai percaya bahawa tidur lama sudah cukup untuk menyegarkan badan, tetapi hakikatnya kualiti tidur jauh lebih penting daripada jumlah jam.

Jika anda kerap terjaga di tengah malam, tidur dalam suasana bising, atau kerap mimpi sehingga tidur jadi tidak lena, tubuh tidak sempat masuk ke fasa deep sleep.

Kenapa Bangun Tidur Masih Rasa Penat? Ini Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar
Foto : SAYS

Inilah fasa paling penting kerana ketika itulah sel tubuh diperbaiki, hormon diseimbangkan dan tenaga dipulihkan.

Jadi, walaupun tidur 8 jam, jika kualiti tidur rendah, anda tetap akan bangun dengan rasa penat.

Gaya Hidup Harian Yang Mengganggu Ritma Tidur

Selain faktor tidur itu sendiri, gaya hidup kita juga memainkan peranan besar.

Ads

Pengambilan kopi atau teh pada lewat malam, penggunaan telefon bimbit sebelum tidur, malah tidur terlalu lewat menyebabkan jam biologikal tubuh atau circadian rhythm menjadi bercelaru.

Apabila jam dalaman ini terganggu, otak sukar berehat sepenuhnya.

Akibatnya, tidur jadi ringan dan tidak memberikan kesan pemulihan tenaga yang optimum.

Tekanan Minda & Stres Yang Tidak Dilepaskan

Ramai orang tidur dengan fikiran yang masih sarat dengan masalah kerja, kewangan atau kehidupan peribadi.

Walaupun mata terpejam, otak sebenarnya masih aktif ‘bekerja’. Keadaan ini membuatkan tidur anda tidak mendalam dan badan tidak benar-benar berehat.

Ads

Sebab itu, bangun pagi terasa lemah, malah ada yang sakit kepala.

Kenapa Bangun Tidur Masih Rasa Penat? Ini Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar
Foto : HealthTrip

Masalah Kesihatan Tersembunyi

Kadangkala rasa letih selepas bangun tidur bukan hanya soal gaya hidup, tetapi tanda awal kepada masalah kesihatan.

Antara punca yang sering dikaitkan termasuklah sleep apnea (gangguan pernafasan semasa tidur), anemia, masalah tiroid atau paras gula dalam darah yang tidak stabil.

Jika keadaan lesu berlarutan walaupun sudah cuba pelbagai cara, sangat penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan tiada isu kesihatan serius yang tersembunyi.

BACA LAGI : Kenapa Doktor Selalu Suruh Minum Air Bila Demam? Ini Jawapannya

Ads

Bagaimana Mahu Tidur Lebih Berkualiti?

Untuk memastikan tidur benar-benar menyegarkan, mulakan dengan rutin tidur yang konsisten cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

Elakkan penggunaan gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur kerana cahaya biru daripada skrin boleh menekan penghasilan hormon melatonin yang membantu kita mengantuk.

Pastikan juga bilik tidur dalam keadaan selesa, gelap dan sejuk agar tubuh mudah berehat.

Selain itu, amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, meditasi ringkas atau membaca doa dan zikir sebelum tidur untuk membantu minda lebih tenang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads