Lebih berusia bermakna lebih matang. Seperti juga buah, lebih tua lebih manis. Cara layanan dan kasih sayang yang ditunjukkan juga sedikit berbeza dari wanita yang lebih muda. Wanita begini lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Ciri-ciri tersebut mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki yang tercari-cari layanan seperti ibunya sendiri.
Lebih cool
Wanita berusia lebih tenang. Berbual dengannya terasa nyaman. Harus ingat, lelaki lebih suka jika masalahnya didengari dan dibantu dari mendengar bebelan yang boleh menyesakkan lagi kepala. Wanita berusia dan matang kebiasaannya adalah PENDENGAR yang terbaik.
Mudah di bawa berbincang
Ads
Seorang wanita yang boleh mendengar dan membantu menyelesaikan suatu masalah tanpa melibatkan emosi, ini bermakna dia seorang yang mudah dibawa berbincang.
Terpaut Bila Berdamping
Hampir kesemua lelaki tidak akan mengaku suka wanita berusia. Pada asalnya TAKNAK pun ngurat tetapi lama kelamaan muncul pula rasa sayang bila sentiasa bersama. Perhatiannya, kelembutannya, cara layanannya boleh membuatkan diri terawang-awang angau.
Ads
Pandai Bermanja
Melayan seperti anaknya sendiri. Kebiasaannya layanan begitu yang diberikan wanita berusia kepada pasangannya yang lebih muda. Sentiasa memanjakan lelaki. Ingat, dimanja dan disayangi adalah dua perbuatan yang lain maksudnya. Jangan menolak jika suami atau pasangan meminta anda memotong kukunya walhal dia boleh melakukan sendiri. Itu tandanya dia ingin dimanjakan. Lelaki bila rasa dimanja maka kasih sayangnya terhadap pasangan lebih teguh. Antara permintaan lelaki yang sering didambakan dari pasangan:
Pasangan memberi usapan di kepala tatkala dirinya sedang memandu kereta
Memeluknya dari belakang sewaktu dirinya sedang asyik melakukan pekerjaan
Pasangan tidak menolak setiap kali lelaki merapatkan tubuhnya tanpa melibatkan seks
Disediakan pakaian untuk dipakai
Ada segelintir lelaki ingin rambutnya disikat oleh isteri setiap hari. Wow!
Terasa dimanja apabila pasangan memarahinya seperti ibu tentang perkara yang remeh.
Wanita 30-45 Mempunyai Kecantikkan Tertinggi Dalam Hidupnya
Ini fakta yang harus diakui. Wanita lebih cantik apabila diusia begini. Kecantikkannya lebih menyerlah dan dilihat bijak memilih fesyen tersendiri.
Lebih Pandai Melayan Lelaki Di Ranjang
Jangan perlekehkan kebolehan wanita berusia apatah lagi yang pernah berumahtangga. Selain matang, wanita yang pernah berkahwin lebih memahami kehendak nafsu lelaki kerana pernah berpengalaman dalam hal begini. Jika lelaki bujang membina kehidupan bersama mereka, ini adalah bonus!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Industri hiburan digital Malaysia tidak pernah bergerak perlahan. Melihatkan trend ia bergerak sepantas rangkaian tanpa wayar, sentiasa berevolusi, berubah bentuk dan mengadaptasikan seiring pergerakan detik masa.
Dan pada 15 Februari ini, satu malam yang dijangka penuh tenaga, gaya dan identiti bakal berlangsung apabila Gempak Most Wanted Awards 2025 kembali menggegarkan tanah air.
Dibawakan Astro yang terus memposisikan dirinya sebagai Home of Live Entertainment, edisi keempat GMWA kali ini tampil dengan tema yang cukup kuat — RE CULTURE. Bukan sekadar slogan, tetapi satu statement. Satu gerakan!
Bertempat di Dewan MBSA, Shah Alam dan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam, GMWA 2025 bukan hanya acara anugerah biasa. Ia adalah medan di mana budaya lama diberi nyawa baharu, ditafsirkan semula dengan pendekatan moden tanpa mengorbankan akar tradisinya.
RE CULTURE: Warisan Yang Dihidupkan Semula
Dalam dunia yang serba digital dan pantas, budaya mudah tenggelam jika tidak diangkat dengan cara yang relevan. Di sinilah konsep RE CULTURE memainkan peranan penting.
Warisan tidak lagi sekadar disimpan dalam arkib atau dipamerkan sebagai nostalgia. Sebaliknya, ia diterjemahkan melalui muzik, visual, fesyen, dan inovasi digital yang selari dengan generasi hari ini.
Menurut penganjur, RE CULTURE merujuk kepada kelahiran semula cinta, minat dan penerapan budaya dalam hidup anak muda. Ia bukan pertembungan tetapi lebih kepada titik kesatuan di antara klasik dan kontemporari.
Antara tradisi dan teknologi. Antara pengalaman dan ekspresi.
Dan bila bercakap soal kesatuan dan gabungan legenda dan generasi baharu, GMWA 2025 kali ini dilihat tidak main-main!
Antara yang paling dinantikan pastinya persembahan daripada Hael Husaini. Nama yang sudah sinonim dengan produksi berkualiti tinggi, vokal mantap dan visual yang sentiasa ada kelas tersendiri.
Dengan tema RE CULTURE, ramai tertanya-tanya bagaimana Hael akan mentafsir warisan dalam gaya signature beliau yang moden dan dramatik?
Tidak ketinggalan Alpha, yang semakin mencipta gelombang dalam industri muzik tempatan. Mereka bukan sekadar tampil dengan muzik, tetapi dengan attitude dan identiti. Dengan elemen budaya sebagai asas, Alpha dijangka membawa interpretasi yang lebih edgy dan berani.
Dayang Nurfaizah pula hadir sebagai simbol kelas dan longevity dalam industri muzik Malaysia. Vokalnya padu, teknik matang dan aura pentas yang penuh karisma menjadikan setiap persembahan beliau bukan sekadar nyanyian, tetapi pengalaman.
Figura ini sentiasa berpotensi membawa sentuhan klasik yang elegan digabungkan dengan susunan moden yang lebih segar, membuktikan bahawa warisan muzik bukan sesuatu yang lapuk, tetapi boleh terus berdiri megah dalam arus semasa.
Malam tersebut turut bakal diserikan dengan persembahan daripada Aina Abdul, Nadeera, Dayang Nurfaizah, Marsha Milan dan ramai lagi. Bayangkan kombinasi suara artis senior seperti Dayang Nurfaizah disatukan dengan generasi moden dalam satu pentas yang sama. Itu definisi sebenar evolusi budaya hiburan.
Di sinilah legenda bertemu suara generasi baharu, menyatukan pengalaman dan ekspresi dalam satu naratif budaya yang terus berkembang.
Gempak Most Wanted Awards bukan sekadar meraikan artis arus perdana. Ia adalah anugerah digital terbesar yang memberi kuasa penuh kepada peminat.
Semua pemenang ditentukan sepenuhnya melalui undian pengguna. Dalam erti kata lain, siapa yang naik pentas malam itu benar-benar dipilih oleh rakyat digital.
Sebanyak 15 kategori dipertandingkan, antaranya:
Dalam era di mana kandungan digital menguasai perhatian, GMWA menjadi simbol bahawa pencipta kandungan bukan lagi sekadar “influencer”. Mereka adalah kuasa budaya baharu.
Apa yang menarik, tema RE CULTURE juga sangat relevan dengan identiti gaya moden masa kini terutamanya untuk lelaki.
Lelaki kini tidak lagi melihat budaya sebagai sesuatu yang kuno. Sebaliknya, ia menjadi simbol identiti dan kebanggaan.
Daripada pemakaian moden yang diinspirasikan elemen tradisional, hingga muzik yang menggabungkan bunyi etnik dengan beat kontemporari, semuanya mencerminkan bagaimana generasi kini mentafsir warisan.
GMWA 2025 bukan hanya tentang trofi dan glamor. Ia tentang bagaimana budaya tempatan terus relevan, diterjemahkan dalam bahasa yang difahami generasi digital.
Ahad ini bakal menjadi malam yang merakamkan evolusi hiburan Malaysia. Sebuah malam di mana muzik, gaya visual, teknologi dan tradisi bersatu di bawah satu bumbung.
Sama ada anda peminat Hael Husaini, Alpha, Dayang atau sekadar ingin melihat siapa yang benar-benar menguasai ruang digital tahun lalu, GMWA 2025 adalah acara yang wajib ditonton.
Jangan lepaskan siaran langsung Malam Kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2025 di Astro One atau strim secara eksklusif melalui aplikasi sooka.
Tarikh: 15 Februari 2025 Masa: 9 malam Lokasi: Dewan MBSA, Shah Alam Tema: RE CULTURE
Bersedia untuk malam yang bukan sekadar anugerah, tetapi satu deklarasi budaya.
Jangan lupa temu janji kita! Lebih istimewa MASKULIN akan turut membawakan live update sepanjang program pada malam tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda dah ada pilihan nak undi siapa esok? Masih belek manifesto nak tengok parti mana yang boleh mentadbir negara? Kami ada cadangan. Apa kata kalau anda pilih salah satu dari movie yang kami list kan ni. Tengok malam ni, dan pilih mana ynag bersesuaian dengan negara kita. Filem terbitan barat ini semestinya mempunyai banyak manfaat dan pengetahuan dunia politik. Tak ada lah kita secara emosi memilih parti tanpa mengetahui permainan politik kan?
Dalam zaman media sosial lebih pakar dari akal fikiran manusia ini, kadang kala kita tidak boleh menilai mana satu berita benar atau salah. Namun akhbar The New York Times di US ini sanggup mengambil cabaran dan risiko untuk membongkar rahsia kerajaan yang melibatkan 4 President dalam tempoh 3 Dekat. Negara US memang terkenal dengan keberanian mereka. Filem yang penuh dengan kebenaran dan kebusukkan dunia politik di US ini anda dapat saksikan bagaimana akhbar terlaris di Amerika menyingkap dunia politik.
Walaupun Malaysia tidak membolehkan wanita menjadi Perdana Menteri, namun hari ini dapat kita saksikan ramai personaliti-personaliti wanita yang berjuang untuk memaju dan memulihkan negara. Kepada anda yang mengikuti perkembangan politik di Britian, pasti anda kenal dengan Margaret Thatcher. Beliau merupakan wanita pertama yang diangkat sebagai Perdana Menteri UK pada tahun 1979 setelah memenangi undian terbanyak. Filem ini merupakan biografi beliau yang dilakonkan oleh pelakon Hollywood terkenal Meryl Streep. Untuk pengetahuan anda, Thatcher melalui lilku-liku kehidupan yang pencabar sepanjang beliau bergelar ahli politik dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri. Walaupun filem ini mendapat banyak kritikan umum, namun ia masih tetap sesuai untuk ditonton untuk dijadikan pedoman.
Filem ini diilhamkan dari selepas kemangkatan Puteri Dayana. Seperti yang anda sedia maklum, kerabat diraja Britain ini semestinya menjadi buah mulut orang ramai dan menjadi tumpuan seluruh rakyat dunia. Malaysia merupakan negara yang tidak lepas daripada mengambil tahu berita terkini berkenaan kerabat diraja itu. Filem ini mengisahkan tentang kerajaan Britain yang ketika itu dikendalikan oleh Perdana MenterI Tony Blair konflik berkenaan kematian Puteri Dayana yang berprofil tinggi. Tony ketika itu harus memujuk Ratu Elizabeth untuk memberi penghormatan terakhir pada Dayana untuk memulihkan kembali imej keluarga diraja Britain. Filem ini mendapat Top 10 list US critics sebagai antara filem terbaiik tahun 2006.
Siapa tak kenal dengan Ghandi kan? Kita semua tahu tentang bapa kemerdekaan India ini yang banyak menghabiskan tenaga demi mencapai kemerdekaan negara India. Filem ini berlatarbelakangkan zaman penjajahan British ke atas India ini mengisahkan kehidupan Ghandi daripada beliau membesar sehinggalah beliau menjinakkan diri dalam arena politik dan seterusnya ditamatkan kehidupannya apabila beliau ditembak mati dalam konspirasi pembunuhan. Filem penuh drama dan inspirasi ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk 55th Academy Awards 1983. Ia sebuah filem klasik wajib tonton oleh semua orang!
Kita bagi anda layan filem Malaysia pula. Shuhaimi Baba memgambil inisiatif untuk mengfilemkan detik-detik indah negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Anda dapat saksikan disini pergelutan anak bangsa menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak masing-masing. Noor Azhar Murad yang memegang watak sebagai Tunku Abdul Razak sememangnya mendapat pujian daripada pengkritik-pengkritik negara kerana telah melakonkan watak Tunku Abdul Rahman dengan jayanya. Jika anda sayangkan negara dan tidak mahu negara jatuh ke tangan pihak yang salah, maka jadikan filem ini sebagai panduan.
Filem yang menceritakan usaha Tun Abdul Razak Hussein mentadbir negara menjadikan negara Malaysia pesat dengan pembangunan. Menerusi filem ini, anda dapat saksikan kehidupan liku-liku yang terpaksa beliau hadapai demi menjadikan Malaya ketika itu negara yang maju dan pesat dengan ekonomi. Filem Tanda Putera ini merupakan filem kedua bertemakan patriotik Shuhaimi Baba selepas kejayaan beliau dalam filem 1957 Hati Malaya. Filem ini semestinya mendapat kritikan dan pandangan negatif mahupun positif, tapi jika anda benar-benar menonton filem ini sebagai anak Malaysia, pasti anda akan sebak dengan pengorbanan Bapa Pembangunan Malaysia ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1. Aku tidak mahu berkahwin! Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!
2. Buat ape aku perlu berkahwin? Aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu sibuk tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.
3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..
4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..
Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.
Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..
Mengapa Perlu Berkahwin?
Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, ‘bercouple’, dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: “Sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Uthman bin Maz’un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta’ala menurunkan firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”(Surah al- Ma’iddah:87)
Saad bin Abi Waqqas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya ‘Uthman bin Maz’un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan ‘Uthman bin Maz’un membujang (tanpa berkahwin), tentulah kita “harus” berkasi.”
(Riwayat Muslim dalam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).
Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai Allah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.
Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan Untuk Melahirkan Keturunan Yang Soleh Dan Berkualiti
Sabda Rasulullah s.a.w yang bererti : “Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.”
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : Kitab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)
Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.
Jiwa Tenang DenganJalan Pernikahan
Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman Allah ta’ala yang bererti :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (Ar Rum :21)
Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan Meluaskan PersaudaraaanDan Membina Prinsip Kerjasama
Sebelum perkahwinan – kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.
Sebelum berkahwin – tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.
Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.
Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
“Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui”. (An Nur : 32)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.