Bila bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan. Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya.
Pada pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah supaya berada dalam julat sihat bukanlah mudah. Memerlukan disiplin dan kesungguhan. Bukan paras gula sahaja yang hendak dikawal tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada tahap kolesterol dan tekanan darah.
Kajian tempatan menunjukkan secara purata rakyat Malaysia mengambil 125 gram gula atau 25 camca teh gula sehari berbanding kadar yang disarankan iaitu hanya 50 gram. Gula ada banyak kalori tetapi tidak mengandungi khasiat. Ia hanya menyumbang kepada masalah kegemukan.
Badan kita mendapat tenaga daripada glukos iaitu gula ringkas. Glukos diperolehi melalui penghadaman makanan berkanji (karbohidarat) seperti nasi, pulut, roti, ubi (kentang, keledek dan keladi), mi dan mi hun, pasta, semua gula yang diproses, madu serta buah-buahan.
Malah hati juga menyimpan glukos yang dikeluarkan apabila ada keperluan. Glukos akan menjadi tenaga selepas ia diserap daripada aliran darah. Proses pemindahan glukos daripada darah ke dalam sel ini dilakukan agen pengangkut yang dipanggil insulin. Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan ini menyebabkan pankreas bekerja lebih kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah ini. Namun lama kelamaan pankreas akan menjadi lemah tetapi masih tidak mampu menghilangkan rintangan insulin dan akibatnya paras glukos dalam darah menjadi tinggi
Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.
Antara tanda lain kencing manis ialah:
Ads
# Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam
# Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis
# Susut berat badan
# Cepat penat dan tidak bermaya
Ads
# Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit
# Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita
# Tangan dan kaki terasa kebas
Ads
# Luka atau kudis lambat sembuh
Bagi pesakit kencing manis senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin. Peningkatan ini akan membuatkan lebih banyak gula diangkut masuk ke sel dan mengurangkan paras gula dalam darah. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan akan memudahkan pengurusan penyakit dan mengembalikan paras gula ke julat normal.
Semua orang tahu senaman boleh mengurangkan risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, strok, masalah kolesterol, memperbaiki emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Semua orang boleh bersenam tetapi untuk pesakit kencing manis, perlu ketahui tahap gula dalam darah terlebih dulu untuk mengelakkan masalah lain seperti pitam jika paras gula terlalu rendah.
Bagi yang tidak pernah bersenam, mulakan dengan sesi pendek selama 10 minit yang diulang tiga kali dalam satu hari. Apabila sudah biasa, tambahkan masa dan aktiviti untuk meningkatkan stamina. Jika diamalkan berterusan pesakit boleh melihat kesannya.
Bagaimana hendak mengetahui sama ada senaman anda cukup atau tidak? Caranya ialah melalui ujian bercakap, jika anda boleh bercakap macam biasa bermakna senaman tidak mencukupi sebaliknya sekiranya anda tidak boleh bercakap langsung tandanya anda terlebih bersenam. Senaman mencukupi bila anda terasa penat tetapi masih boleh bercakap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya Datin Seri Nur Shahida sekali lagi menarik perhatian apabila menghadiahkan sebuah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan.
Porsche 718 Cayman hadiah istimewa buat Ammar Ahyan
Menurut Nur Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida Mohd. Rashid, 40, kereta mewah bernilai kira-kira RM350,000 itu diberikan khas untuk kegunaan harian Ammar, terutama sebagai pengangkutan ke kolej.
@papalarisofficialAlhamdulillah happy nya anak abah bila tengok kereta dia dah sampai, papa pun sangat teruja bila tengok anak anak papa happy, sebab kita kerja pagi petang malam untuk kebahagiaan yang macam ni, penat tu terus hilang.. terimakasih juga untuk korang semua yang dah saport papa dan ammar ahyan, lepas ni amayan kena rajin lagi jual jeruk mangga dekat live 🤭♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman
Hadiah Porsche 718 Cayman ini dikatakan sebagai tanda sokongan dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka yang kini semakin dewasa.
“Mama dan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Dia pun sudah besar dan dah ada lesen memandu. Senang nak pergi kolej. Ammar ini tak meminta kereta apa-apa, dia kata janji ada kereta dah cukup,” kata Shahida menerusi perkongsian di TikTok.
Kejutan istimewa dari Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida
Shahida turut menceritakan bagaimana kejutan itu dirancang dengan penuh rahsia.
Menurutnya, kereta Porsche 718 Cayman tersebut sepatutnya sampai lebih awal, namun berlaku sedikit kelewatan penghantaran.
“Patut sampai awal kereta ini tapi ‘delay’ (lewat) sikit, jadi mama dan papa tahu hari ini sampai tapi sebab nak kejutkan Ammar, kita rahsiakan. Nampak dia terkejut bila nampak kereta baharu. Insya-Allah, ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya,” jelasnya lagi.
Nasihat ibu bapa buat Ammar Ahyan
Selain memberikan hadiah mewah, Shahida turut menitipkan nasihat bermakna kepada Ammar agar tidak lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.
Beliau mengingatkan supaya anaknya kekal merendah diri walaupun kini memiliki Porsche 718 Cayman sendiri.
“Untuk Ammar Ahyan, mama dengan papa nak pesan. Dah ada kereta ini jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan riak dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja jika hambanya tidak bersyukur,” katanya penuh makna.
Dalam video yang dikongsikan di laman sosial, Ammar jelas menunjukkan reaksi teruja dan terharu apabila melihat Porsche 718 Cayman baharunya di pekarangan rumah keluarga mereka.
Momen tersebut disambut dengan senyuman dan kegembiraan seluruh ahli keluarga.
Kejutan daripada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida ini bukan sahaja mencuri tumpuan netizen, malah turut menjadi inspirasi buat ramai ibu bapa tentang erti menghargai anak-anak apabila tiba waktunya.
Realiti kehidupan pada zaman sekarang ialah kita sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan sama ada di tempat kerja, menguruskan perniagaan atau pun hal-hal berkaitan keluarga di rumah.
Kadangkala sampai nak makan pun ramai di antara kita sampai terlupa. Sesetengah pula bukannya terlupa tetapi sengaja melengah-lengahkan waktu makan kerana lebih pentingkan perkara yang disebut tadi.
Walhal makan pada waktu yang sesuai telah lama terbukti bukan sahaja baik untuk kesihatan malah memberikan pengurusan masa yang baik.
Kita beruntung kerana pada era ini pelbagai jenis makanan dijual walaupun pada waktu lewat malam. Bahkan ia menjadi trend pula terutamanya di kalangan orang muda untuk makan lewat. Walhal perkara itu sebenarnya boleh menjadi punca berat badan naik.
Makan larut malam boleh membawa risiko kepada kesihatan. Apabila makan pada waktu lewat malam, tubuh badan tidak akan mempunyai banyak masa untuk mencernakan makanan dengan baik sebelum tidur.
KESAN KETARA KEPADA KESIHATAN
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian yang dilakukan oleh Dr Samhan, figura pakar perubatan yang cukup popular di laman media sosial.
Menurutnya selain menyebabkan berat badan bertambah, makan pada lewat malam juga boleh memburukkan kesihatan metabolisme. Ia boleh merosot dengan mudah lalu menjelaskan mengapa berat badan amat mudah untuk naik.
Selain itu kadar gula dalam badan juga boleh meningkat, meningkatkan risiko sakit jantung, meningkatkan tahap asid refluks, mempengaruhi konsentrasi dan menjejaskan kualiti tidur.
Lalu perkara-perkara ini boleh menjadi punca kepada masalah serius seperti peningkatan berat badan, gangguan tidur dan pencernaan yang tidak selesa.
RISIKO PENYAKIT KRONIK
Amalan makan lewat malam juga boleh meningkatkan risiko penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Tambahnya lagi, waktu paling sesuai untuk makan malam ialah sebelum jam pukul 7. Ini kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan malah menghalang kita dari makan ketika tidak lapar atau terlalu banyak sebelum tidur.
Berikut merupakan beberapa manfaat jika tidak makan selepas pukul 7 malam.
1. Bantu diet dan penurunan berat badan dengan baik
2. Tidur lebih lena
3. Kurang rasa pedih ulu hati
4. Badan akan rasa lebih sihat
5. Jantung lebih tahan lama
Selain itu MASKULIN juga berpendapat andai kata anda perlu juga makan lebih lewat dari biasa pilihlah makanan ringan mudah dicerna. Ia sangat penting untuk memberikan tubuh waktu yang mencukupi untuk mencerna makanan sebelum tidur untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan anda.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kesihatan anda.
Adakah anda bersetuju bahawa hidup single adalah sesuatu yang menakjubkan dalam hidup lelaki? Jika tidak, anda mungkin mempunyai alasan yang kukuh. Ketahui mengapa terdapat sebahagian lelaki lebih senang memilih hidup secara solo dari berpasangan.
Senang melakukan aktiviti sendiri
Jika diberi pilihan antara melawat rumah ibu mertua dari memancing, 80 peratus lelaki akan memilih untuk memancing! Hidup sendiri lebih mudah untuk melakukan aktiviti terutamanya melancong.
Philanthropist
iaitu perasaan belas kasihan(love of humanity). Lelaki solo lebih mudah menderma berbanding lelaki yang hidup secara berpasangan. (besarkan font ) Begitu juga wanita. Ini terjadi kerana individu solo tiada ikatan dengan dunia individu lain yakni pasangannya berbanding individu berpasangan yang perlu memikirkan ekonominya saat itu, kebenaran pasangan dan sebagainya. Kesimpulannya jika anda solo anda akan menjadi individu Philanthropist yang bagus.
Tidur Yang Cukup
Perasan atau tidak, dari kajian yang dijalankan lelaki yang berpasangan kurang nikmat tidur 49 minit setiap hari. Ini termasuklah gangguan berdengkur, berborak, terjaga di tengah malam kerana pasangan yang mengigau dan sebagainya. Rasanya setiap minit waktu tidur amat berharga terutamanya sewaktu snooze jam loceng pada waktu pagi. Untung la sesiapa yang masih single.
Tidak Kisah Kehilangan Kerja
Dalam banyak-banyak sebab, ini paling berkesan di hati individu solo. Lelaki solo tidak gusar sekiranya dia kehilangan pekerjaan. Tidak perlu risau tentang tanggungan yang lain kecuali dirinya sendiri. Fakta juga mengatakan bahawa lelaki atau wanita yang solo lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding yang sudah berkahwin.
Waktu Menabung
Single adalah waktu terbaik untuk menabung. Percaya atau tidak, lelaki jika ada matlamat dia lebih mudah menabung berbanding wanita manakala individu yang berkahwin atau berpasangan pula mempunyai hanya 20 persen untuk menabung. Jangan ditanya kenapa lelaki yang anda temui masih lagi single. Mungkin beliau sedang menabung untuk sesuatu urusan.
Bentuk Badan Masih Ok!
Bukan menafikan kebaikan berpasangan atau berkahwin tetapi hakikat sebenar dunia membujang didapati lebih mudah mengekalkan bentuk badan ideal. Nafsu makan pula tidak didorong oleh mana-mana individu. Bagi lelaki, waktu bujang matlamatnya tidak bercabang. Hanya kerja, sukan(mungkin ‘gila’ bermain futsal atau badminton) dan tidur, itu sahaja. Jika berkahwin, balik kerja makanan sudah tersedia. Nak tak nak anda harus makan dan makanan pula sedap. Apa lagi selera makin bertambah. Macam mana la anda tidak boroi lepas kahwin…
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.