
Kenderaan Elektrik Mungkin Dikecualikan Untuk Bayaran Parkir – Menteri
Terbaru, bayaran parkir pihak berkuasa tempatan mungkin dikecualikan untuk kenderaan elektrik (EV) yang memasuki bandar-bandar sebagai langkah menggalakkan penggunaannya, kata Nga Kor Ming.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata bahawa cadangan ini sedang dipertimbangkan selepas pengumuman terbaru untuk memperkenalkan “plat hijau” untuk EV.
“Kami sedang mengkaji kemungkinan memberikan pengecualian parkir untuk kereta EV sebagai faktor pendorong agar lebih ramai orang membeli EV berbanding kereta bahan api fosil tradisional,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Asean-China mengenai Pembinaan Bandar dan Perumahan pada Khamis (4 Julai).
Kenderaan Elektrik Mungkin Dikecualikan Untuk Bayaran Parkir – Menteri
Beliau berkata bahawa kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan majlis-majlis tempatan yang berkenaan untuk mempertimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.

Beliau memetik London sebagai contoh di mana yuran kesesakan kira-kira RM90 setiap kemasukan dikenakan ke atas kereta bukan EV yang memasuki bandar sementara EV dikecualikan daripada bayaran parkir.
Pada bulan Mei, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan cukai jalan yang lebih rendah, sebanyak 85% untuk EV, yang juga akan diberikan plat khas.
Loke berkata bahawa plat tersebut akan membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenal pasti EV dengan mudah sekiranya berlaku kemalangan.
Kenderaan Elektrik Mungkin Dikecualikan Untuk Bayaran Parkir – Menteri
Mengenai perkembangan penubuhan kira-kira 10,000 stesen pengecasan untuk EV di seluruh negara menjelang 2025, Nga mengakui bahawa kemajuan lebih lambat daripada yang dijangkakan.
Pada masa ini, beliau berkata kira-kira 3,000 stesen pengecasan telah ditubuhkan setakat ini.
Beliau menambah bahawa sektor swasta termasuk pelabur asing dialu-alukan untuk menubuhkan lebih banyak stesen pengecasan.
MASKULIN : Boleh la beli sebuah EV macam ni..hehe
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perjalanan Efisien Tanpa Kereta, Beam Mobility Lancar Kerjasama Bersama Universiti Di Malaysia

Tidak dapat dinafikan bentuk pengangkutan utama dan paling popular di negara kita adalah dengan menggunakan kereta. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan kereta seagai medium pilihan ramai.
Salah satu alasan yang sentiasa digunakan adalah disebabkan cuaca yang panas dan juga hujan. Namun untuk perjalanan yang dekat atau bersifat satelit seperti di dalam kampus universiti penggunaan kereta mungkin boleh dikurangkan.
Di antara inisiatif menggalakkan perjalanan bebas kereta adalah dengan menggunakan medium pengankutan seperti e-skuter. Inilah yang diperkenalkan oleh Beam Mobility dalam mempromosikan perjalanan bebas kereta di kalangan generasi muda.

Terbaru, Beam Mobility telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia begi menyediakan e-skuter Beam untuk digunakan di dalam kampus seluruh negara.
Dengan sokongan dari URBANICE, Beam Mobility kini boleh didapati di sembilan buah universiti iaitu:
• Universiti Sains Malaysia Penang (USM)
• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu
• Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
• International University of Malaya-Wales (IUMW)
• EduCity Iskandar
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
• Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Universiti Malaysia Pahang
LEBIH BANYAK
Mereka turut menjangkakan akan lebih banyak universiti lain turut mengguna pakai e-skuter Beam pada tahun ini. Dengan angka tunggangan melepasi 1,000 di seluruh universiti di seluruh negara ia dilihat cukup positif.
Dengan kehadiran Beam di kampus-kampus ini, warga universiti, pelajar, dan juga pensyarah kini boleh menggunakan e-skuter Beam dengan mudah untuk perjalanan antara bangunan fakulti, dewan kuliah, kemudahan sukan dan riadah serta bangunan kediaman.

“Kami menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan ruang yang digunakan oleh kereta dengan menyediakan lebih banyak e-skuter di kawasan kampus, dan meletakkannya secara strategik di tempat yang senang dan mudah diakses.
“E-skuter mengambil ruang parkir yang jauh lebih kecil berbanding kereta, dan itu membolehkan kami menangani isu ruang tempat letak kereta yang terhad di dalam kampus,” jelas Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew.
Dengan e-skuter kongsi Beam yang diletakkan di lokasi utama di dalam dan sekitar kampus-kampus ini, pelajar boleh menunggangnya ke mana-mana dengan selamat dalam hanya beberapa minit sahaja tanpa perlu menghidupkan kereta atau mencari tempat letak kereta.
KADAR BERPATUTAN
Selain itu, pada kadar bayaran semasa yang berpatutan iaitu RM0.60 seminit, ia merupakan mod pengangkutan yang lebih menjimatkan kos untuk pelajar dalam jangka pendek dan panjang.
Sebagai contoh di EduCity Iskandar menyaksikan penggunaan e-skuter Beam cukup aktif dan meluas. Dengan kawasan kampus seluas 305 ekar ia menjadikan mod perjalanan lebih tangkas dan mudah.

“Kehadiran Beam sejajar dengan usaha SDG sebagai sebuah bandar pendidikan yang menyokong inisiatif teknologi hijau. Kami berharap dengan tawaran baharu ini, komuniti kami dapat menikmati ekosistem dan gaya hidup kampus ideal yang ditawarkan oleh EduCity,” jelas Pengarah Operasi EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd., Prof. Dr Sakina Sofia Baharom.
Pengenalan e-skuter kongsi Beam di universiti adalah satu contoh usaha penyedia perkhidmatan dalam menyediakan perkhidmatan mobiliti mikro bagi mengurangkan beberapa tekanan pemilikan kereta terhadap pelajar dan dewasa muda.
E-skuter Beam dapat mengisi jurang ketersambungan ini dengan mudah, menukarkan 30 minit berjalan kaki kepada 5–10 minit tunggangan e-skuter, menyebabkan masa berulang-alik dapat dikurangkan dengan ketara semasa menggunakan pengangkutan awam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas Servis & Baiki Aircond, Perlu Lalui Proses Vacuum! Ini Sebabnya Mengapa Ia Sangat Penting

Memandu kereta di negara kita tanpa menggunakan sistem penghawa dingin atau aircond adalah satu perkara yang bukan mustahil tapi sangat sukar dilakukan. Dengan kondisi cuaca panas ekstrem yang sering melanda negara penggunaan aircond dalam kereta merupakan perkara sangat penting.
Disebabkan itulah melakukan servis aircond dengan sebaiknya secara berkala sangat penting. Selepas melakukan servis atau baiki sistem aircond kereta salah satu perkara penting untuk anda lakukan ialah proses vacuum.
Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi baik dan sejuk, sistem aircond harus mengandungi 100% gas aircond (refrigerant) mengikut model kereta. Dan kebiasannya jenis gas yang digunakan ialah R134a.

Proses Vacuum menggunakan vacuum pump adalah untuk kita menyedut dan mengeluarkan udara, kelembapan dan juga kotoran halus serta benda asing dalam sistem aircond. Dan satu lagi untuk kita nak pastikan keadaan dalaman sistem di bawah paras tekanan udara normal (vacuum state) sebelum kita masuk gas.
Antara kelebihan lain, kita juga dapat kesan jika ada kebocoran dalam sistem aircond sebelum masukkan gas. Proses vacuum juga sangat penting untuk sistem aircond terutamanya selepas kereta anda melalui kerja servis atau baik pulih.
MENGAPA SANGAT PENTING
Mengapa ia sangat penting? Seperti MASKULIN nyatakan di atas, proses ini menyaksikan proses menyedut atau menarik segala udara dan kotoran halus di dalam sistem aircond kereta menggunakan sebuah mesin khas iaitu vacuum pump machine.
Mesin tersebut mampu membantu mengeluarkan udara basah dan segala kotoran halus dari dalam sistem aircond.

Satu perkara penting perlu anda tahu juga ialah sebelum mengisi gas R134a harus dipastikan tiada udara atau lembapan di dalamnya.
Selain itu, kondisi dalaman sistem aircond juga perlu berada di bawah paras tekanan udara normal atau dalam bahasa mudahnya, vacuum state. Ini agar hanya gas R134a tulen sahaja yang akan dimasukkan.
Andai kata berlakunya sebarang kebocoran, gas tersebut akan keluar dan udara luar boleh masuk ke dalam sistem aircond. Apabila ini berlaku gas dan minyak kompresor boleh bercampur dan menyebabkan minyak jadi bersiat asidik menghakis.
Jadi sentiasa pantau kerja-kerja servis yang dilakukan di bengekl. Jika timbul masalah lain selepas anda hantar servis, rujuklah semula dengan bengkel dan cuba ajukan soalan tentang sebarang kemungkinan berlakunya kebocoran lain.
Semoga perkongsian ini mampu membantu dan memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!
Kredit: ascarservice
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini

Sesebuah kereta akan dianggap sebagai kereta lama apabila ia sudah berusia lebih 10 tahu. Malah, diusia inilah kereta mula meragam.
Bagi pemilik kereta yang sudah berusia, sensitiviti terhadap setiap ‘rasa yang lain’ pada kenderaan adalah penting untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak dijangka.
Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini
Demikian pesanan Fadil Mohd Yusof yang berkongsi cara beliau menjaga kereta berusia 23 tahun namun masih dalam keadaan baik.
“Memiliki kereta lama yang lebih 15 tahun, hati perlu kental dan pemilik perlu sensitif dengan sebarang “rasa yang lain” pada kereta. Kelisa saya buatan tahun 2001. Tahun ini sudah 23 tahun. Saya “lenjan” setiap hari,”ujar beliau.
Kata Fadil berikut adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian kepada pemilik kereta lama agar keadaan kenderaan ini dalam keadaan baik.
1) Radiator & radiator top cover
Radiator sekarang bukan semuanya besi. Ada bahagian dibuat dengan plastik. Setiap 3-4 tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik atas radiator.
Saya pernah bertangguh untuk tukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120km/h, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah. Mujur hanya perlu lakukan “top overhaul”. Jika nasib tak baik, perlu tukar enjin. Radiator juga perlu dicuci jika sudah nampak berkarat.

2) Timing belt & air cond belt
Ia perlu tukar ikut saranan pengeluar. Biasanya 100,000 km. Jika kereta sudah 9-10 tahun dan batuan belum sampai 100,000km, sebaiknya tukar. Jika putus di tengah jalan, kita akan keluar kos yang tinggi.
3) Minyak power steering & minyak brek
Tukar setiap 5 tahun sekali atau bila minyak sudah bertukar warna merah kehitaman. Warna asal kuning cair.
4) Sistem penghawa dingin
Buat full service 2 atau 3 tahun sekali.
5) Minyak gear box
Tukar setiap 40,000-80,000 km. Ikut saranan pengeluar. Jika tidak sampai batuan, tukar setiap 2@3 tahun sekali.
6) Insurans
Ini paling penting. Bila tiba masa perbaharui insurans, ambil pakej “unlimited towing”. Hanya perlu tambah dalam RM100 dari insurams asal. Bila kita pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta kita akan rosak.
Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini
Dengan “unlimited towing”, kita tidak perlu risau bila kereta rosak di tengah jalan. Hati pun tenang, tidak perlu risau fikirkan kos tarik kereta.
Masing-masing punya pilihan. Tidak mahu pening kepala, beli sahaja kereta baru.
Sekurang-kurangnya, tidak perlu pening kepala untuk baiki kerosakan kereta. Hanya perlu hadap bayaran ansuran bulanan.
BACA LAGI : Faisal Halim Pernah Terfikir Nak Terus Bersara Bermain Bola Sepak
Artikel diambil dan diolah dari VK.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

