Boleh dikatakan hampir kesemua kereta yang dipasarkan secara komersial untuk kegunaan konvensional dilengkapi dengan handbrake atau brek tangan.
Selain itu ia juga dikenali sebagai ‘parking brake’ di beberapa buah negara atau juga ’emergency brake’.
Ia merupakan sistem mekanisme yang dicipta untuk memastikan kereta boleh berhenti dengan tetap dan selamat apabila berhenti.
Kebiasaannya sistem handbrake mempunyai kabel yang menyambungkannya dengan dua brek tayar dan juga turut bersambung dengan ‘pulling mechanism’.
Ads
Tapi bagaimana jika anda ingin memulakan perjalanan namun kemudian dapati handbrake telah tersekat atau jammed? Ia mungkin masih boleh dipandu namun melakukan tindakan itu hanya boleh merosakkan sistem brek.
MELEKAT SEBAB DEBU ATAU KARAT
Jika anda mempunyai kereta yang sudah berusia perkara seperti ini boleh berlaku. Sistem handbrake boleh menjadi berkarat dan penuh debu. Apabila perkara seperti ini berlaku kabel boleh menjadi tersekat. Masalah seperti ini sudah untuk dibetulkan sendiri jadi lebih baik anda panggil tow truck dan terus ke bengkel. Akan tetapi terdapat beberapa langkah anda boleh cuba lakukan terlebih dahulu:
Turunkan dan tarik handbrake beberapa kali secara manual
Tukar kepada gear drive dan reverse selama beberapa kali. Ini boleh benatu mengurangkan debu yang melekat.
Masalah ini boleh dielakkan berlaku di masa akan datang dengan menggunakan handbrake setiap hari walaupun kereta tidak dipandu.
Kereta yang lama ditinggalkan dan tidak dipandu juga boleh berdepan masalah handbrake jammed.
Sebab itulah jika ingin tinggalkan kereta pada jangka masa yang lama pastikan di kawasan yang sesuai dan kurang kelembapan dan tertutup dari cahaya matahari.
Sesetengah orang memang ada tabiat menarik handbrake dengan sangat kuat. Usah lakukan sekuat hati begini kerana ia boleh menyebabkan brake shoe melekat di antara dinding dan juga wheel drum.
Malah ia juga boleh menyebabkan kabel menjadi terlalu meregang dengan tiba-tiba. Anda akan dapati handbrake jammed bila ia tidak dapat diturunkan seperti biasa. Jika ini berlaku, anda tiada jalan lain melainkan panggil trak tunda.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyelenggaraan kereta atau servis kereta merupakan perkara penting yang perlu dilakukan jika anda memiliki kereta sendiri.
Malah, maintance kereta ini terbahagi kepada 4 jenis. Tak cukup dengan buat major servis saja ya. Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha bengkel @service kereta. Barulah kereta jarang rosak dan sedap bawak.
Guide ni memang saya tujukan buat consumer yang beli kereta baru ataupun kereta terpakai. Sebagai contoh ramai consumer menganggap bila diorang buat major service seperti (plug,engine oil,gb oil dan radiator flushing) dah memadai.
Maintenance kereta terbahagi kepada 4 jenis;
1-Engine maintenance
2-Undercarriage maintenance
3-Aircond maintenance
4-Accessories maintenance
Untuk engine maintenance jangan hanya pandang pada engine oil, gearbox oil,spark plug, coolant saja. Dekat engine ada berbagai-bagai jenis seals yang kita harus update. Sebagai contoh flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan timing belt, chain drive.
Apa keburukan kalau kita abaikan benda-benda yang dinyatakan tadi. Engine jadi tak sihat, ada kebocoran minyak, kalau timing belt putus, habis semua valve bengkok dan sebagainya. Jadi tolong ambil berat pada engine maintenance ni. Jangan sekadar tukar engine oil sahaja.
Ia adalah penyelenggaraan seperti Absorber, balljoint,bushing, bearing. Benda ni penting untuk keselamatan anda especially yang zero knowledge pasal kereta. Consumer selalu terlepas pandang benda ni lepas tu pergi foremen tanya diorang “eh kenapa kereta saya tak rasa macam dulu lagi.”
Untuk keburukan tak update undercarriage pulak. Kereta jadi tak stabil kadang-kadang tu nak bawak kereta pun tak selesa. Sebab apa? Semuanya rasa longgar je. And tolong pandang serius benda ni kalau tak, boleh lead to accident.
Ini yang paling simple untuk diselenggara tapi kalau ambil mudah confirm lepas je buat major service dekat aircond saya boleh jamin poket anda semua akan berlubang. Ini disebabkan aircond sistem terlalu sensitif untuk diabaikan.
Sebagai contoh saya ambil masalah aircond yang selalu dialami oleh pengguna kat Malaysia. Compressor dah berbunyi tapi still pakai sampai lah compressor aircond tu jammed. Tapi perlu diingatkan bila compressor jammed habis satu sistem aircond tersumbat dek habuk compressor.
Ini part paling langsung tak diambil berat. Kadang-kadang soket lampu dah cair, soket sensor pecah, lampu brake tak menyala. Benda kecil macam ni memang nampak remeh tapi sekali problem belum tentu semua foremen boleh troubleshoot.
Saya bagi satu masalah untuk accessories, sekiranya ada salah satu socket sensor yang penting untuk engine pecah engine akan sentiasa berada dalam keadaan safe mode dan kemungkinan engine failure pun tinggi. Bayangkan kalau socket kipas yang pecah. temperature naik pun tak sedar.
semua tips simple yang saya boleh share dekat lelaki or perempuan. Fahamkan kereta kita supaya kalau rosak kelak kita tahu apa yang kereta tu nak. And tolong jangan ambil mudah pasal maintenance kereta anda.
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.
Shell Malaysia Official Online Store ini akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain daripada memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya, pembelian di gedung dalam talian ini adalah begitu menyenangkan kerana harganya adalah termasuk penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Para pemilik kereta yang meyakini Shell Helix untuk memenuhi keperluan pelinciran enjin kereta mereka juga pastinya berasa senang bila mengetahui bahawaShell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor.
Pakej lengkap tersebut dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.
Sempena pelancaran ini, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.
Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untukmengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untukkereta mereka.
Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman berkata, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.
“Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Shell, hari ini kami berbangga kerana menjadi syarikat minyak dan gas yang pertama di Malaysia yang mempunyai kehadiran rasmi di platform e-dagang yang ternama seperti Lazada Malaysia.
“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran dan meluaskan jangkauan kami serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada di negara ini, yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia.
“Kerjasama ini adalah sesuatu yang amat baik untuk Lazada dan Shell kerana ia mengutamakan pelanggan di mana mereka kini mempunyai akses yang tiada bandingannya kepada pelbagai rangkaian produk rasmi Shell Helix menerusi platform kami.
“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.
Kebiasaannya motosikal berkuasa besar diperbuat daripada bahan yang cukup terkenal dengan ketahanannya. Sebagai contoh penggunaan karbon fiber. Tapi berbeza dengan motosikal yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat dari Perancis, Newron Motors.
Baru-baru ini mereka telah melancarkan model terbaru motiskal berkuasa besar. Menariknya ia adalah motosikal elektrik yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kayi.
Digelar dengan nama EV-1 motosikal tersebut adalah rekaan custom dan dijual pada harga USD67 ribu (RM288 ribu). Pelanggan mereka yang berminat boleh melakukan tempahan dengan deposit sebanyak USD2,250 (RM9,860).
Tampil dengan kemasan berbeza seperti oak, cedar, white ash dan eboy. Motosikal eksklusif Newron Motors ini dijana oleh bateri lithium-ion yang boleh dicaj penuh selama 40 minit sahaja.
Dalam kondisi caj penuh ia boleh ditunggang sejauh 300 kilometer untuk penggunaan dalam bandar manakala kira-kira 220 kilometer untuk perjalanan lama menggunakan lebuh raya.
Selain kayu, ia turut menggunakan rim daripada karbon ultra-ringan. Tumpuan utama rekaan EV-1 pastinya terletak pada bateri pack yang besar dan terletak di tengah-tengah badan motosikal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Middle-earth Halfling Marathon di New Zealand menawarkan pengalaman larian fantasi unik di Hobbiton, menggabungkan sukan, pelancongan dan dunia Lord of the Rings.