Tidak dinafikan negara kita cukup kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan, pemanis mulut, minuman dan juga buah-buahan. Ia satu anugerah yang cukup dihargai oleh setiap warganegara Malaysia.
Namun di sebalik anugerah itu kita juga perlu peka dengan aspek kesihatan dan pengambilan makanan yang seimbang.
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap diabetes tertinggi di Asia? Malah negara kita juga antara paling ramai mengikut populasi pendduk selepas Arab Saudi!
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.
Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang memberikan komplikasi yang cukup buruk kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang serius berlaku disebabkan paras gula dalam badan yang tinggi.
Laporan tersebut juga mendapati satu dalam lima orang individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.
Dan diabetes juga menjadi salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan juga angin ahmar. Ramai yang beranggapan hanya orang yang berbadan besar sahaja mempunyai risiko diabetes.
Ads
Namun anda silap kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda terutama tidak menjaga makan dan banyak mengambil makanan bergula maka risiko anda lebih tinggi.
Ramai juga lelaki terutamanya di peringkat usia muda seakan-akan tidak percaya bahawa mereka juga terdedah dengan diabetes. Jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, silalah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Sering Rasa Haus
Penghidap kencing manis juga sering berdepan masalah ini. Apabila membuang air kecil dengan banyak ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan akan menyebabkan rasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes juga kerap cuba menghilangkan rasa meminum air manis. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan.
Selalu Rasa Letih
Salah satu petanda yang paling ketara bagi seseorang yang menghidap kencing manis ialah akan berasa cepat letih.
Ads
Perkara yang berlaku seperti ini merupakan satu hal yang serius kerana ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan tak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara menyeluruh.
Perkara ini berlaku apabila anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah.
Hal boleh berlaku kerana badan mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Hal ini juga boleh apabila terjadi kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin yang menurun dengan mendadak.
Mudah Marah
Kalau anda sendiri perasan diri sering marah-marah maka perlulah ambil perhatian. Penghidap kencing manis pada tahap awal akam sering berasa tidak senang duduk dan ada gejala kemurungan.
Ads
Anda berasa letih dan tak mahu berbuat apa-apa malah rasa malas nak keluar daripada rumah dan nak tidur saja.
Jika anda mengalami apa-apa kecederaan dan medapati ia sukar sembuh maka ada something wrong. Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses merawat luka pada badan tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggI.
Pesakit diabetes mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahan.
Penglihatan Terjejas
Semasa peringkat awal diabetes, kanta mata anda tak dapat memberi fokus dengan baik kerana glukosa terkumpul di bahagian mata. Lalu ia menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah untuk sementara waktu. Selepas enam ke lapan minggu mata anda akan pulih seperti biasa. Tapi anda jangan risau kerana diabetes tak akan menyebabkan anda buta.
Semoga perkongsian ini memberikan anda sedikit sebanyak tentang kesedaran akan risiko penyakit kencing manis atau diabetes.
Kebelakangan ini bukan orang Islam je melakukan proses bersunat atau berkhatan, malah lelaki bukan islam juga mengakui kebaikan dari prosedur ini. Kajian baru yang dijalankan telah menemui fakta bahawa ketika lelaki disunat, hubungan intim akan menjadi lebih menyeronokkan. Pengkaji menyatakan, lelaki bersunat mengalami improvisasi tenaga. Sensasi pun turut berubah. Kajian ini dilakukan di University of Chicago terhadap lebih daripada 360 lelaki selepas enam bulan dan 24 bulan selepas bersunat.
Hampir semua lelaki tersebut, 98 peratus, melaporkan berasa lega kerana bersunat. Sementara 95 peratus mengatakan, pasangannya lebih puas selepas pasangan lelaki bersunat. 67 peratus pula menikmati seks yang lebih baik setelah bersunat.
Hasil kajian juga menyatakan, 94 peratus lelaki sangat puas atau cukup puas dengan seks yang mereka perolehi, terutamanya masalah pada zakar seperti kegatalan yang terjadi dengan atau tanpa bersunat.
Dengan rawatan yang tepat, tidak ada perbezaan dalam menjaga kebersihan organ intim lelaki ini. Walaupun masih ada peningkatan risiko jangkitan saluran kencing kepada yang tidak bersunat, khususnya bayi di bawah satu tahun, risiko itu masih lagi kurang dari satu peratus.
Bersunat juga merupakan prosedur bedah terancang tertua di dunia yang dilakukan dalam agama tertentu, khususnya Judaisme dan Islam. Sunat juga lazim dipraktikkan di kalangan masyarakat Afrika. Mereka menyunat lelaki ketika mereka masih bayi, walaupun ada juga budaya yang menyunat anak lelaki sebagai tanda anak tersebut sudah menjadi remaja.
Sunat juga dipercayai mampu mengurangkan penularan HIV/AIDS dari wanita kepada lelaki sehingga 60 peratus.
Prosedur sunat berlangsung selama lebih kurang 30 minit yang bermaksud, orang yang disunat tidak perlu dirawat di hospital.
Bius adalah salah satu cara untuk menjalankan proses menyunat dan biasanya diberikan bius setempat.
Sunat memerlukan masa untuk pulih selama hampir empat hingga enam minggu dan di saat penyembuhan luka, lelaki tidak boleh melakukan onani atau melakukan hubungan seks.
Semoga memberi manfaat…
Sumber artikel: sentiasapanas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercakap tentang minuman berkarbonat atau lebih mesra dengan panggilan ‘air gas’ di kalangan pengguna tempatan, ia bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian kita.
Malah ke mana-mana kita pergi pasti tidak akan bebas dengan minuman berkarbonat yang dijual di restoran makanan segera, restoran biasa, hotel mewah, stesen minyak mahupun kedai runcit sebelah rumah saja.
Minuman berkarbonat sudah menjadi budaya pemakanan yang sebati dengan kehidupan seharian kita. Cuma ia bergantung kepada kita sahaja untuk mengawal pengambilan air yang banyak memberikan mudarat kepada kesihatan.
Perkara paling utama tentang minuman berkarbonat pastinya kandungan gula yang terlampau tinggi. Bila kita bercakap tentang makanan atau minuman mengandungi gula yang tinggi ia secara langsung dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Tapi tahukah anda apa yang berlaku dalam badan selepas meminum minuman berkarbonat ini?
1. SELEPAS 10 MINIT
Anda baru sahaja lepas makan atau mungkin anda ingin hilangkan dahaga. Lalu air gas menjadi pilihan untuk penuhi hasrat itu. Untuk 10 minit pertama kira-kira 10 sudu kecil gula masuk sistem badan. Ini adalah jumlah melebihi 100% dari yang disyorkan.
2. SELEPAS 20 MINIT
Kandungan gula dalam darah meningkat mendadak lalu menyebabkan pemecahan insulin. Hati akan menghantar isyarat terhadap hasil ini dengan menukarkan gula kepada lemak. Bagi haiwan, atau tikus makmal, fruktos sampai ke hati dalam kuantiti yang mencukupi dengan kelajuan yang mencukupi, dan hati akan menukarkannya kepada lemak.
Ini mengasilkan situasi yang dipanggil rintangan insulin, iaitu masalah asas obesiti dan penyebab kepada penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada banyak barah.
3. SELEPAS 40 MINIT
Kira-kira 40 minit selepas anda mengambilnya penyerapan kafein sudah tamat. Anak mata anda menjadi besar dan tekanan darah meningkat sebagai respon kepada hati yang merembeskan kadar gula yang banyak ke saluran darah.
Reseptor adenosin dalam otak pula disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk. Lima minit selepas tempoh ini badan akan rangsang rasa seronok kerana dopamin telah dihasilkan.
4. SELEPAS SEJAM
Jadi apa yang berlaku selepas sejam anda meminumnya? Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. Perkara ini akan lebih buruk dengan kandungan gula yang tinggi.
Kandungan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium. Ciri-ciri diuretik kafein mula memainkan peranan yang membuatkan anda kencing. Ia akan memastikan anda membuang kalsium, magnesium dan zink yang sedang menuju ke tulang anda.
Apabila rasa seronok dan “rush” dalam badan anda berkurangan, anda akan mula mengalami apa yang dipanggil “sugar crash”. Anda mungkin akan mula rasa marah atau lembab. Anda juga mungkin akan kencing segala air yang terdapat dalam minuman berkarbonat itu tadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat penggemar aktiviti larian menyertai mana-mabna pertandingan atau menyertai fun run adalah satu perkara yang menyeronokkan.
Selain dapat melatih diri untuk kesihatan lebih baik, mengumpul medal dan hadiah wang tuan anda juga dapat pengalaman larian yang cukup berharga.
Di antara kategori yang paling popular di kalangan pelari ialah pada jarak 10 kilometer. Walaupun sesetengah orang menganggap 10km itu bukanlah jarak yang sangat jauh namun tanpa persediaan ia boleh menyebabkan pelari tidak dapat menghabiskan perlumbaan.
Persediaan dan latihan memang sangat penting. Tapi apakah persediaan anda harus lakukan pada hari acara larian?
JANGAN LEWAT
Ini perkara asa bagi semua orang yang menterti larian. Satu perkara yang anda wajib tahu ialah setiap acara larian akan disetai oleh ribuan orang. Jadi pastinya trafik akan sedikit sesak serta masalah tempat letak kereta terhad adalah perkara biasa. Jadi jangalah datang lambat. Lebih senang jika anda carpool atau naik kenderaan awam.
JANGAN MAKAN SEJAM SEBELUM LARIAN
Betul, sesiapa pun perlukan tenaga untuk berlari. Akan tetapaia eakkan makan dalam jangka masa terlalu dekat dengan waktu flag off. Elak makan makanan berkarbohidrat sejam sebelum mula berlari.
MINUM AIR
Jarak 10km bukanlah jarak yang dekat. Jadi sebelum mula berlari minumlah air terlebih dahulu untuk kekal hidrasi. Anda juga perlu peka dengan kedudukan di manakah water station sepanjang larian.
STRATEGI LARIAN
Seorang pelari yang baik akan berlari dengan strategi betul. Usah terlalu ikut perasaan dan tercabar dengan orang lain yang lebih laju. Lari pada pace kemampuan anda dan bina ketahanan diri dari semasa ke semasa.
PAKAIAN SESUAI
Menggunakan pakaian yang sesuai angat penting bagi memastikan ada selesa dan paling penting sekali elak daripada berlaku kecederaan. Pemilihan kasut juga sangatlah penting.
IKUT PACE SETTER
Setiap acara larian kebiasaannya akan menyedian pelari-pelari ‘pace’ yang menetapkan kelajuan larian. Jika anda ada sasaran yang sesuai ikutlah larian di belakang mereka.
SENTIASA BERTENANG
Perkara paling penting untuk elak diri daripada alami kecederaan ialah sentiasa bertenang. Sepanjang larian anda perlu sentiasa peka dan ketahui kondisi diri.
LARI IKUT PECAHAN
Untuk mencapai larian yang baik buatlah pecahan larian kepada beberapa bahagian kecil. Sebagai contoh sasarkan setiap jarak dalam tempoh masa yang sesuai dengan kelajuan anda. Ini secara tak langsung mendorong anda berlari lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.