Faktor keselesaan kini menjadi salah satu perkara yang sangat penting dalam pemilihan kasut, sandal atau selipar.
Itulah yang di bawa oleh jenama Skechers yang cukup terkenal dalam menhasilkan footwear sarat dengan tahap keselesaan maksima.
Baru-baru ini, MASKULIN sempat mengikuti pelancaran Skechers Malaysia yang menampilkan Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies. Menurut mereka, koleksi ini direka khas bagi kesesuaian cuaca tropika yang panas terik dan hujan tidak kira masa seperti Malaysia.
Dilancarkan secara berperingkat dari April hingga Mei, koleksi ini memperkenalkan pelbagai gaya untuk dewasa dan kanak-kanak, dengan reka bentuk tambahan yang akan hadir dalam talian dan di kedai sepanjang Mei dan Jun.
Setiap pasang kasut dalam koleksi ini direka menggunakan teknologi kasut canggih Skechers, menjanjikan gabungan sempurna antara keselesaan, gaya, dan serba boleh.
PILIHAN GAYA LELAKI
Tersedia dalam pelbagai warna dan reka bentuk yang menarik untuk memenuhi gaya setiap individu, Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies® yang baru menawarkan empat pilihan utama untuk lelaki dan wanita. Untuk lelaki, terdapat dua pilihan utama:
Skechers Foamies®: Arch Fit® Outdoor
Ads
Skechers Foamies: Arch Fit Outdoor slip-on clogs menampilkan keseimbangan yang sempurna antara sokongan, keselesaan, dan gaya mudah pakai.
Kasut ini dilengkapi dengan tapak kaki contoured Skechers Arch Fit® yang dipatenkan dan sokongan lengkungan yang disahkan oleh pakar podiatri. Ia dibangunkan dengan data selama 20 tahun dan 120,000 imbasan kaki tanpa berat. Hasilnya, kasut ini menawarkan keselesaan sepanjang hari dan penjajaran yang tepat untuk kaki anda.
Ciri-ciri utama termasuk:
Tapak luar prestasi Goodyear® yang anti-slip untuk meningkatkan daya tarikan, kestabilan, dan ketahanan.
Bahagian atas Foamies® EVA yang ringan dengan perforasi yang dibentuk, serta butiran cat percikan untuk lelaki.
Tapak kaki dengan reka bentuk contoured yang membentuk kaki anda untuk mengurangkan impak kejutan dan meningkatkan pengagihan berat.
Tapak luar dual-density yang tahan lama dan tali tumit boleh tukar untuk cengkaman dan kestabilan yang lebih baik.
Ads
GAYA INOVATIF
Skechers Hyper Slide
Direka dengan bahagian atas sintetik yang licin dihiasi dengan butiran cetakan tropika, slides atletik yang bergaya ini menawarkan pengalaman berjalan yang sangat responsif dan sangat ringan.
Hadir bersama midsole HYPER BURST yang empuk. Busa inovatif ini dicipta menggunakan proses Super Critical dengan sel berbentuk sfera yang dimampatkan ke dalam midsole.
Tapak luar prestasi Goodyear® yang memberikan daya tarikan, kestabilan dan ketahanan yang unggul.
Tapak kaki contoured yang mengurangkan impak kejutan dan menggalakkan pengagihan berat yang sekata.
Skechers Foamies®: Arch Fit® Outdoor dan Skechers Hyper Slide pula direka untuk memastikan setiap langkah anda terasa ringan dan menyenangkan, sama ada anda berada di bandar atau bercuti di pantai.
Koleksi Skechers Sunny Comfort Foamies ini tersedia dalam pelbagai warna dan reka bentuk yang menarik untuk memenuhi gaya setiap individu.
Dari warna-warna yang ‘meriah’ hingga yang lebih neutral, terdapat sesuatu untuk setiap orang dalam koleksi ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya pada masa kini setiap lelaki terutamanya golongan berusia 45 tahun ke bawah pasti sekurang-kurangnya memiliki sepasang seluar jean atau seluar denim. Ia kini telah menjadi sebahagian daripada pakaian yang cukup ‘essential’ dalam kehidupan seorang lelaki.
Bukan sahaja disebabkan faktor kain yang lebih kukuh dan tahan lasak malah rekaannya cukup versatil untuk digayakan dengan apa jua padanan fesyen. Jadi tidak hairanlah mengapa seluar jeans merupakan antara item fesyen lelaki yang paling laris di pasaran.
Namun ramai yang mungkin keliru dan salah faham akan dua perkataan ini iaitu ‘jean’ dan ‘denim’. Mungkin anda juga beranggapan kedua-duanya adalah perkara sama dan tidak ada beza pun. Tapi tahukah anda jean dan denim ada bezanya!
Memetik artikel yang pernah dikeluarkan Mingguan Wanita, Encik Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam mengulas perbezaannya. Jelasnya jean merupakan seluar yang diperbuat daripada fabrik denim manakala denim adalah sejenis fabrik yang lasak.
PILIHAN RAMAI
Antara sebab mengapa ramai yang menggemari pakaian yang diperbuat daripada material denim kerana selesa digayakan terutama untuk aktiviti lasak dan luar. Ia juga jadi pilihan kerana sesuai untuk digayakan dengan segala jenis baju. Anda boleh memilih denim yang berwarna gelap atau cerah, mengikut cita rasa sendiri.
Malah kini, denim juga mengalami revolusi, dengan menggunakan material denim, pelbagai barangan lain boleh dibuat seperti beg tangan, kasut, perhiasan dan sebagainya. Apa yang penting anda hanyalah perlu kreatif dan berani mengekspresikan diri.
Selain itu, rekaannya juga sudah berubah, ada yang sengaja dicipta dengan koyakan di bahagian lutut dan paha misalnya, ditambah manik, tampalan dan sebagainya. Semua itu memberikan karakter tersendiri pada si pemakainya.
Apa perbezaan antara Jeans dan Denim?
• Denim adalah kain manakala seluar jeans adalah seluar yang diperbuat dari kain denim
• Denim digunakan untuk membuat bukan hanya seluar jeans tetapi juga baju dan skirt selain dari banyak aksesori lain
• Denim terbuat dari berat twill
• Seluar jeans semua denim, tetapi tidak semua denims jeans
• Denim adalah kain fesyen yang digunakan untuk membuat banyak perkara, sedangkan seluar jeans hanya salah satu pakaian yang terbuat dari denim
Jadi sekarang anda sudah tahu apa bezanya bukan? Smeoha perkongsian ini memberikan sedikit ilmu tentang fesyen lelaki. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluar jean atau pakaian yang dihasilkan daripada kain denim kini bukan lagi eksklusif untuk golongan lelaki serta sub budaya tertentu. Ia kini menjadi item fesyen yang sangat berpengaruh dalam pelbagai peringkat umur dan status. Jenama mewah terkenal, Versace mengetengahkan kempen istimewanya memperkenalkan koleksi jeans couture.
Pengenalan kempen ini merupakan sebuah tribute istimewa Versace kepada material ikonik seperti seluar jean dan denim.
Hadir dalam setiap koleksinya, denim merupakan salah satu material penting dalam inovasi rekaan Gianno Versace sejak era 1980-an. Dengan sentuhannya, koleksi denim Versace sentiasa berjaya menarik perhatian penggemar high fesyen global.
REKAAN PLAYFUL
“Pada saat saya mula faham dan sedar bahawa material denim boleh menjadi kanvas rekaan fesyen, saya menganggapnya sebagai satu item yang cukup penting. Rekaan yang lebih elegan dan couture yang belum pernah dihasilkan sebelum ini,” memetik kata-katanya dalam penghasilan koleksi ekskulsif ini.
Dengan rekaan yang lebih berani, playful dan juga pendekatan arahan seni yang unik kempen ini juga membawa objektif memperkenalkan olahan terkini item fesyen klasik.
Buat penggemar denim high fashion, inilah antara koleksi yang mungkin menarik perhatian anda.
Jangan lupa ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan mereka yang aktif melakukan aktiviti sukan lasak, luncur air, larian mahupun berbasikal pastinya tidak asing lagi dengan jenama kacamata Oakley.
Melakukan aktiviti luaran sememangnya lebih selesa untuk menggunakan kaca mata bagi melindunginya dari sinaran terik cahaya matahari.
Sebagai jenama yang cukup dipercayai memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi perlindungan, Oakley sentiasa memperkenalkan inovasi terkini dalam variasi koleksi mereka.
Terbaru, Oakley memperkenalkan Hydra, kaca mata yang bentuknya dinspirasikan dari bentuk Razor Blade hadir dengan semi-rimless dengan lensa berpelindungan.
Lebih menarik lagi, Hydra tampil dengan inspirasi rekaan dan warna yang popular pada era 90-an. Selain itu juga ia turut memberikan ‘homage’ kepada budaya surfing yang cukup subur pada zaman tersebut.
Pengenalan Hydra turut dijayakan dengan kempen yang cukup bersifat kelestarian alam. Kempen ini diketuai oleh peluncur air profesional dan Team Oakley iaitu Ethan Ewing dan Griffin Colapinto. Momen dirakamkan mereka ketika meluncur di Indonesia menyingkap intipati ‘Good Times Only’.
Oakley Hydra hadir dengan reka bentuk yang cukup menarik dengan logo jenamanya di bahagian sisi sebelah atas – rekaan yang popular pada era 90-an. Selain tampil dengan reka bentuk Razor Blade, Hydra juga dilengkapi dengan teknologi Prizm Lens Technology yang memberikan visual warna dan kontras yang memuaskan.
Selain itu, ia juga hadir dengan Unobtainium, ciri kalis gelincir yang terletak di bahagian hidung dan opsyen low-bridge.
“Warisan Oakley di California di sepanjang kemuncak budaya surfing pada era 90-an merupakan sebahagian identiti cukup penting dan merupakan DNA bagi jenama kami.
“Hydra merupakan sebuah indikasi tradisi dan legasi ikonik peluncur yang membelah arus pada dua dekad lalu. Stau tradisi yang kami ingin teruskan,” jelas Timbalan Presiden Rekaan Oakley, Nick Garfias.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.