Solat Sunat Tahiyatul Masjid adalah antara amalan sunat yang Nabi Muhammad S.A.W sentiasa titikberatkan. Ia juga dikenali sebagai amalan yang seringkali kita pandang remeh. Jadi jangan kita tinggalkan amalan solat sunat tahiyatul masjid.

Ramai antara kita yang bila masuk sahaja ke dalam masjid, terus duduk tanpa lakukan solat sunat dua rakaat.

Dari Abu Qatadah As Salami bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika salah seorang daripada kamu masuk masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum ia duduk. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tahiyat disini membawa maksud penghormatan. Tahiyatul Masjid bererti penghormatan kepada masjid. Apabila kita masuk sahaja ke dalam masjid, kita disunatkan sebelum duduk untuk menunaikan solat sunat tersebut.

IKLAN

BACA: Hari Jumaat Adalah Hari Lelaki Mudah Buang Lemak, Ini Kebaikan Jalan kaki Ke Masjid

MASKULIN sempat kumpulkan antara kebaikannya adalah:

1. Memupuk rasa hormat terhadap masjid

Masjid adalah rumah Allah, jadi sebagai tetamu, sebaiknya kita tunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid.

IKLAN

2. Dapat pahala berganda 

Masuk ke masjid sudah mendapat pahala, apatah lagi jika sebelum duduk kita tunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

3. Meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan

Percayalah, anda pasti akan rasa tenang selepas menunaikan solat tersebut sebelum mempersiapkan diri untuk mendengar khutbah jumaat.

IKLAN

4. Dapat meneruskan amalan sunat yang lain

Bila sudah selesai menunaikan solat sunat, sementara menunggu khatib naik ke mimbar, anda boleh berzikir dahulu daripada melihat telefon bimbit yang boleh buat anda lalai.

BACA: 10 Perkara Sunat Hari Jumaat Yang Boleh Anda Lakukan, Dapat Pahala Mudah!

5. Menghilangkan rasa mengantuk

Bila khatib mula berkhutbah, pasti kita akan rasa mengantuk, jadi sebelum duduk, tunaikan dahulu solat sunat, pasti anda akan rasa bertenaga dan lebih fokus untuk mendengar isi khutbah yang dibacakan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI