Dalam dunia filem aksi, tidak ramai pelakon yang mampu menyaingi komitmen Tom Cruise terhadap ketulenan dan keberanian.
Untuk filem Mission: Impossible – The Final Reckoning, Cruise sekali lagi membuktikan bahawa beliau bukan sekadar pelakon utama.
Dia juga merupakan arkitek kepada detik-detik paling mendebarkan dalam sinema moden. Pusat perhatian kali ini?
Stunt udara ekstrem yang menyaksikan beliau berdiri di atas sayap pesawat dalam kelajuan melebihi 140mph pada altitud 8,000 kaki, tanpa bantuan CGI memetik laporan dari Deadline, Mei 2025.
Dari Impian Ke Realiti Sinematik
Inspirasi kepada aksi ini datang sejak zaman kanak-kanaknya, apabila beliau menonton rakaman wing-walker era hitam putih.
Dari situlah bermulanya obsesi Cruise untuk mencipta semula detik tersebut, tetapi kali ini dengan pendekatan lebih ekstrem iaitu menghasilkan keadaan “zero-G” atau graviti sifar antara dua sayap pesawat biplane.
Cruise memulakan latihan terbang dengan Boeing-Stearman Model 75 seawal tahun 2021. Ini bukan sekadar penguasaan kawalan pesawat, tetapi juga persiapan fizikal dan mental untuk menggantung diri di luar kokpit, berpaut pada tali sokongan ketika pesawat melakukan yaw dan stall.
Ads
Malah, beliau menjalani senaman berat serta memakan sarapan besar – termasuk lebih 10 biji telur, daging, roti dan kopi bagi memastikan tahap tenaga mencukupi sepanjang penggambaran.
Stunt ini dirakam secara langsung, di mana Tom Cruise sendiri berdiri dan bergerak di atas sayap ketika pesawat berada dalam penerbangan.
Komunikasi dengan pengarah, Christopher McQuarrie, dilakukan melalui isyarat tangan dari helikopter yang terbang bersebelahan. Kelajuan angin yang melampau menyebabkan beliau perlu memiringkan kepala untuk bernafas.
Malah, tekanan angin dan altitud tinggi mengakibatkan Cruise beberapa kali pengsan ketika penggambaran.
Aspek keselamatan tidak diambil mudah. Cruise memakai harness yang dipasang rapi dan diuji berkali-kali. Namun begitu, tiada pelakon pengganti atau pelan B. Apa yang dipaparkan di skrin adalah rakaman sebenar, menjadikan adegan ini antara yang paling berisiko dalam sejarah francais Mission: Impossible.
Ads
Ketulenan Mencabar Norma Filem Aksi
Apa yang membezakan Tom Cruise ialah pendiriannya terhadap ketulenan. Beliau percaya bahawa penonton dapat merasakan perbezaan antara aksi sebenar dan visual kesan khas.
Dalam dunia yang semakin bergantung pada CGI, Cruise mempertaruhkan fizikal dan mentalnya untuk menghidupkan pengalaman yang lebih visceral dan berimpak.
Pengarah McQuarrie sendiri menyifatkan Cruise sebagai seorang “krew filem satu badan” kerana beliau bukan sahaja berlakon, malah secara tidak langsung mengawal kamera dan rentak aksi.
Dalam satu temubual, McQuarrie berkata, “Anda sedang melihat seorang lelaki yang pada asasnya adalah jurukamera, pelakon lagak ngeri, dan pengarah sendiri di udara.
“Dia menerbangkan pesawat, mencapai posisi yang ditetapkan, dan beraksi sambil diikat pada sayap pada ketinggian 8,000 kaki,” tambahnya lagi.
Ads
Dengan penggambaran merentasi lokasi seperti UK, Croatia, Norway dan Arktik serta kos produksi mencecah USD 400 juta (kira-kira RM1.89 bilion), The Final Reckoning bukan sekadar penutup kepada siri ikonik ini, tetapi juga satu demonstrasi keberanian dan ketekunan Cruise sebagai pelakon aksi.
Kutipan box office yang mencecah lebih USD 350 juta (kira-kira RM1.65 bilion) dalam minggu pertama tayangan menjadi bukti bahawa pendekatan klasik tetapi ekstrem ini masih mempunyai tempat dalam hati penonton global.
Stunt “zero-G” oleh Tom Cruise bukan sahaja mencipta sejarah, malah membuktikan bahawa dedikasi dan ketulenan mampu menewaskan segala bentuk kesan khas digital. Ia juga satu peringatan kepada dunia filem bahawa masih wujud mereka yang sanggup mempertaruhkan tubuh dan jiwa demi seni.
Untuk penonton, ini bukan sekadar aksi. Ini merupakan pengalaman sinematik tulen yang pasti tak dapat dilupakan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam satu langkah yang mengejutkan, Nike mengumumkan bahawa John Donahoe, CEO sejak Januari 2020, akan meletakkan jawatan bulan depan. Persoalannya adakah ia memberi kesan terhadap nilai saham Nike?
Menggantikan tempatnya ialah seorang individu yang tidak asing lagi—Elliott Hill, seorang veteran Nike yang sudah lama berkhidmat, dan akan mengambil alih peranan tersebut.
Elliott Hill yang berkhidmat di Nike selama lebih dua dekad sebelum bersara pada tahun 2020, membawa pengalaman yang luas dan hubungan mendalam dengan legasi jenama ini.
Elliott Hill
Bagi lelaki yang menghargai pengaruh kuat jenama global seperti Nike, perubahan kepimpinan ini menandakan saat penting dalam evolusi syarikat.
Nike sentiasa sinonim dengan peralatan berprestasi tinggi, gaya terkini, dan inovasi sukan. Sekarang, dengan Elliott Hill mengambil alih, ramai yang tertanya-tanya bagaimana peralihan ini akan membentuk masa depan jenama yang kita kenali dan cintai.
Donahoe, yang akan bersara secara rasmi pada 13 Oktober, akan terus berkhidmat sebagai penasihat sehingga awal 2025 bagi memastikan peralihan berjalan lancar.
KEPAKARAN GLOBAL
Elliott Hill dijadualkan mengambil alih jawatan CEO pada 14 Oktober, dan pelantikannya sudah pun menimbulkan keterujaan dalam kalangan pakar industri.
“Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan Elliott kembali ke Nike,” kata Pengerusi Mike Parker.
Beliau turut menekankan kepakaran global, gaya kepimpinan, dan pemahaman mendalam Hill mengenai industri mereka, serta menyifatkannya sebagai orang yang paling sesuai untuk memacu pertumbuhan fasa seterusnya Nike.
Kepulangan Hill lebih daripada sekadar peralihan kepimpinan—ia adalah petanda bahawa Nike menumpukan perhatian kepada masa depan, sambil kekal berpegang pada kualiti yang menjadikannya kuasa budaya: semangat sukan, inovasi berorientasikan atlet, dan reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman.
Rekod perkhidmatan Elliott Hill di Nike, dari 1998 hingga 2020, menjadikannya pemimpin yang dipercayai untuk membimbing jenama ini melalui era di mana sukan dan gaya hidup terus bersilang.
Lonjakan Saham Nike: Apa Puncanya?
Selepas pengumuman tersebut, saham Nike melonjak sebanyak 7.6% dalam dagangan semalaman.
Ini merupakan nafas segar selepas tempoh mencabar untuk syarikat itu. Sejak akhir 2021, Nike berdepan persaingan sengit daripada jenama-jenama baru seperti On Holding (ONON) dan Hoka, yang terkenal dengan kasut larian ringan mereka.
Pesaing ini telah berjaya meraih bahagian pasaran yang semakin berkembang, terutamanya apabila Nike menumpukan perhatian kepada jualan terus kepada pengguna, yang pada mulanya mengurangkan kos tetapi memberi ruang kepada jenama lain untuk berkembang di kedai runcit.
Bagi lelaki yang mengikuti perkembangan perniagaan pakaian sukan, pivot terbaru Nike kembali kepada saluran borong patut diberi perhatian.
Syarikat ini nampaknya bersedia untuk mengukuhkan semula kedudukannya dalam landskap runcit, tetapi persaingan dengan jenama lain masih jauh dari selesai.
Kepimpinan Elliott Hill mungkin mewakili lonjakan baru yang diperlukan Nike untuk terus mendahului dalam dunia sukan dan gaya yang sentiasa berubah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuah berkulit hitam, People Magazine baru saja mengumumkan siapakah artis lelaki yang berhak menyandang gelaran lelaki terseksi. Selepas Blake Shelton, kini giliran aktor Idris Elba yang berjaya merampas gelaran itu menjadi Sexiest Man Alive 2018.
Idris Elba dinilai layak menjadi lelaki terseksi kerana pesona dan juga prestasinya selama ini. Di usianya yang sudah menginjak angka 46 tahun, aktor berasal dari England ini sama sekali tak pernah kehilangan daya tarikannya jika dibandingkan dengan bintang-bintang yang lebih muda.
Namun, khabar sedih untuk para wanita. Lelaki terseksi di dunia itu tak lama lagi akan mengakhiri zaman bujangnya. Elba dikhabarkan bakal bernikah dengan Sabrina Dhowre, 29.
Tahun lalu, ramalan ‘Sexiest Man Alive’ oleh Majalah People mungkin pada penyanyi country, Blake Shelton. Shelton merupakan satu dari empat lelaki terseksi pilihan People sejak 1985 yang bukan berasal dari dunia filem. Tiga lainnya ialah John F Kennedy Jr, Adam Levine, dan David Beckham.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.