The Cap City bermula daripada minat seorang anak muda Subang Jaya bernama Nigel Sparks terhadap budaya hip-hop dan topi sejak umur 14 tahun.
Dari sekadar pengumpul, dia menjadi peminat tegar dan akhirnya membina jenama tempatan yang kini dikenali ramai.
Inilah kisah bagaimana The Cap City lahir dan menjadi simbol kebanggaan tempatan.
“Untuk harga satu kasut, saya boleh beli 3-4 topi.” Dari situ bermula perjalanan Nigel Sparks dari pengumpul kepada pengedar jenama antarabangsa, kemudian pengasas The Cap City yang membawa semangat tempatan ke pentas global.
Nigel berasal dari Subang Jaya, bukan kota fesyen besar seperti New York atau Los Angeles.
Tapi dia tanya dirinya satu soalan penting “Kenapa semua pakai topi logo NY dan LA padahal tak pernah pun pergi sana? Kenapa tiada yang design topi untuk budak Subang, untuk orang Malaysia?”
Bila “why” anda kuat, usaha jadi lebih bermakna.
Nigel sedar bahawa identiti tempatan bukan liabiliti, tapi aset. Dari sinilah The Cap City mula membina jenamanya.
View this post on Instagram
5 Pelajaran Kejayaan Untuk Usahawan
Mulakan Dengan Apa Yang Anda Ada
Nigel bermula dengan kerja di syarikat pakaian hip-hop tempatan yang jual topi tiruan New Era.
Bila New Era beri notis berhenti jual topi tiruan, dia ambil peluang untuk jadi pengedar rasmi.
Hanya dengan satu e-mel dan sedikit keberanian, dia berjaya mendapat peluang besar.
Ingat, jangan tunggu semua sempurna. Mulakan kecil, gunakan networking dan berani ambil risiko.
Krisis Boleh Jadi Turning Point
Selepas tujuh tahun sebagai pengedar antarabangsa, kerjasama dengan New Era tamat.
Nigel kehilangan hampir segalanya dan terpaksa tutup tiga daripada empat kedai.
Tapi inilah titik perubahan penting. Dari situ lahir idea untuk mencipta jenama sendiri The Cap City.
Bila satu pintu tertutup, buka pintu baru. Pivot bukan kegagalan, ia strategi survival.
Kenali Pasaran Niche & Budaya Anda
Reka bentuk pertama The Cap City ialah “Budak Subang” satu konsep yang sangat dekat dengan komuniti Subang Jaya.
Ia segera jadi hit kerana pelanggan mahu topi yang mereka boleh kaitkan dengan identiti sendiri.
Dari situ, Nigel mengembangkan jenama ke negeri dan bandar lain di Malaysia.
View this post on Instagram
Jenama Adalah Cerminan Pengasas
Nigel percaya bahawa jenama mencerminkan pengasasnya.
Dulu dia sibuk kejar saiz, nak buka 20 cawangan. Tapi selepas kejatuhan, dia ubah mindset bukan nak jadi besar, tapi nak jadi hebat.
The Cap City jadi lebih kukuh kerana nilai dan integriti pengasasnya.
Jadi pemimpin yang baik, hasilkan produk berkualiti dan beri servis terbaik.
Bina Komuniti, Bukan Sekadar Pelanggan
Falsafah Nigel mudah, “Jangan cakap abang tak payung.”
Ia melambangkan perlindungan dan memberi tanpa harap balasan.
The Cap City bukan sekadar jenama, tapi komuniti. Program Payung dan Payung Tour direka untuk menghargai pelanggan yang setia.
Inilah rahsia sebenar kejayaan jual nilai dan kepercayaan, bukan sekadar produk.
Dari Subang Jaya ke Pentas Nasional
Dari koleksi topi di Subang Jaya hingga memiliki lebih 93,000 pengikut di Instagram dan 53,000 di TikTok, Nigel Sparks membuktikan bahawa kejayaan bukan tentang trend luar atau logo besar USA, tetapi tentang keaslian dan visi tempatan.
The Cap City ialah bukti bahawa setiap jenama besar bermula dari satu idea kecil dan satu pelanggan pertama yang percaya.
BACA DI SINI : Anak Rohingya Ini Ubah Persepsi Dunia Tentang Pelarian Melalui Dunia Fesyen
Sumber : Facebook Umar Taib
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
























