Bagi anda yang mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan tanah air pastinya sudah tahu akan tragedi malang yang menimpa Kamal Adli selepas dia dipukul hingga mendatangkan kecederaan serius ketika berada di Singapura.
Juara Hero Remaja 2007/2008 yang juga suami kepada aktres, Uqasha Sensore dikatakan diserang oleh seorang lelaki ketika berada di sebuah acara di negara jiran tersebut. Akibat serangan itu Kamal telah dikejarkan ke hospital dan terpaksa dirawat dengan segera.
Terbaru, Kamal Adli berkongsi di laman Instagram kendaliannya bahawa dia kini sedang beransur pulih. Namun dia masih lagi dalam rawatan rapi dan perlu menggunakan ubat penahan sakit.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Amin. Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam pada badan dan dijaga isteri.
“Terima kasih di atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia, Singapura yang tolong kami,” jelasnya bersama sekeping fotonya yang masih di hospital.
Ads
RISAU TRAUMA ISTERI
Kamal turut menyeru kepada peminat dan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri. Dia turut menyuarakan kerisauan tentang trauma yang dialami isterinya tercinta, Uqasha Senrose yang menyaksikan kejadian menakutkan itu
Selain itu, Kamal turut menyeru warganet Malaysia dan Singapura agar tidak menyalahkan satu sama lain dan mengeruhkan keadaan. Dia memohon jangan jadikan kes menimpa dirinya sebagai alasan untuk beralah di antara satu sama lain.
Ads
“Cuma Kamal harap semua orang boleh tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lanjut tentang kes ini, Hakim Daerah Terence Tay memaklumkan tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.
Pelaku tersebut didakwa di Mahkamah Negeri Singapura di atas tuduhan terlibat dengan kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Sebilah cota besi yang digunakan dalam serangan tersebut telah dirampas untuk dijadikan bahan bukti. Sebutan semula kes ini akan dilakukan pada 28 Mac 2023.
Semoga Kamal Adli cepat sembuh dan pulih seperti biasa dan kepada Uqasha semoga terus tabah berdepan ujian ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Agak mengecewakan apabila tersebar di laman media sosial video serta foto segelintir masyarakat yang mengambil remeh arahan kerajaan untuk duduk di rumah dan jangan keluar tanpa sebarang sebab penting.
Perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah di kawasan kampung-kampung juga. Ia hanyalah minoriti tetapi tahukah mereka bahawa impaknya yang cukup besar jika Coronavirus terus merebak?
Melihat situasi yang semakin serius kerajaan kita menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa pasukan tentera akan dikerah dan diturunkanbagi membantu pihak polis untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi sehingga 31 Mac.
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media pada pagi tadi.
Dalam masa yang sama beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
Tambahnya, ia tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat. “Tiada aset digerakkan pun digerakkan sekarang seperti berita palsu yang tular di laman media sosial,” tambahnya yang kecewa dengan berita palsu tersebut.
Kami di team MASKULIN sekali lagi menyeru anda semua, #JomDudukRumah. Sama-sama kita halang penularan wabak Covid-19 menjadi lebih teruk. Keluar hanya perlu dan hadkan pergerakan.
Stay safe everyone!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Media sosial adalah cabaran perkahwinan masa kini. Media sosial khususnya Facebook yang memaparkan gambar dan status yang menjadi penyebab penceraian. Banyak pertengkaran yang terjadi adalah berkaitan bekas kekasih pasangan, menghantar mesej peribadi secara rahsia, dan memuatnaik gambar yang tidak sepatutnya.
Selain itu, kajian mendapati kebanyakan pasangan tidak berpuas hati terhadap pasangan selepas menemui sesuatu dalam laman Facebook pasangan dan menyembunyikan kata laluan daripada pasangan. Penggunaaan media sosial ini juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram ini mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Jadi ini adalah mengapa wanita dianggap lebih setia berbanding lelaki.
1.Wanita kurang berbohong berbanding lelaki.
Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat.
Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia.
Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia.
Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal.
Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat.
Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari.
Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya.
Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya.
Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih.
Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.
Definisi lelaki sejati bukan sahaja diukur melalui akhlak, tetapi juga atas segak keperibadiannya. Tidak hanya berbekalan raut kacak, tubuh sihat dan tegap memberikan ‘markah tambahan’ kepada jejaka ini.
“DULU BERAT SAYA 109KG…”
“Aspek kecergasan dan kesihatan tubuh badan memang dititikberatkan. Walaupun sudah bekerjaya, mana mungkin saya tangguhkan urusan yang melibatkan fizikal”, itu pembuka bicara Faruq kepada penulis.
“ Sewaktu belajar dahulu, saya boleh dikatakan sangat gemuk. Berat badan saya pula hampir 109 kg. Serik dan asyik menjadi bahan sindiran, saya tetapkan pendirian, kuatkan azam dan segera turunkan berat badan”.
Namun, kejayaan tidakkan bertanda jika tiada diduga. Ujar Faruq, usaha kerasnya berjaya namun malangnya hasilnya pula terlampau ketara.
“ Akibat terlalu teruja ingin menurunkan berat badan, tubuh saya pula menjadi tersangat kurus sehingga mengundang perlian. Pernah juga saya dituduh rakan mengambil dadah dan sebagainya. Tanpa menoleh ke belakang, saya tetapkan semula sasaran, kembali bersenam, menjaga pemakanan dan hasilnya tubuh saya semakin sihat, cergas dan mula membentuk”.
Puas hati dengan bentuk tubuh sekarang? Usik penulis, lantas Faruq menjawab, “Mana mungkin. Pastinya saya akan teruskan usaha untuk mendapatkan tubuh lebih berstamina dan berotot. Sehingga kini, tidak, saya masih belum berpuas hati”, ujar Faruq.
AKTIF DENGAN AKTIVITI LUAR SELEPAS BERGELAR AYAH Melihat pada trend masa kini, Faruq antara golongan muda yang menjadikan gim tempat untuk memperkasakan tubuhnya.
“Menjadi kebiasaan, sementelah tamat bertugas pastinya saya akan ke gim. Selain itu, saya juga tidak lokek menjalani pelbagai aktiviti outdoor yang terbukti menyihatkan. Antaranya berjoging, berenang dan bermain ragbi. Walaupun kini sibuk menguruskan keluarga, saya tetap akan meluangkan sedikit masa untuk bersenam.
Saya juga turut menggunakan kelebihan teknologi kini dalam mempelajari selok-belok penjagaan badan melalui tutorial video di Internet. Secara peribadi, saya sering menjadikan video ScottHermanFitness dan RJ Riches Fitness sebagai rujukan. Saya mengakui majalah Maskulin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup saya sehingga sekarang”, jelas Faruq lagi.
“Apa pula nasihat mahupun tip dari Faruq buat mereka yang berazam miliki tubuh persis Faruq?”, tanya penulis.
‘Bagi saya, motivasi itu penting. Semangat kenalah kuat dan janganlah sekadar ingin mencuba. Tetapkan sasaran dengan usaha berterusan pasti menjamin hasil diinginkan”, ujar Faruq yakin.
PERUBAHAN SELEPAS BERGELAR AYAH
Perubahan hidup itu lebih kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membentuk dan mendidik anak. Di samping mahu mencari rezeki demi menyara keluarga. Tak boleh nak selfish lagi sebab whatever happen, family comes first. Rasa macam lebih energetic untuk cari sumber pendapatan and fullfill keperluan. Dari segi emosi tu rasa macam lebih bahagia sebab ada someone else yang valuable selain isteri.
RUTIN KESIHATAN?
Dari segi rutin kesihatan tu masih maintain seperti selalu. At least 3 to 4 times / week dekat gym. Sibuk tu memang lah sibuk dengan kerja dan belajar fulltime. Tapi saya full utilize my free time waktu kerja untuk selit-selit masa ke gimnasium.
MASA BERSENAM?
biasanya lunch hour sebab time ni gym tak ramai.
RAMAI LELAKI LEPAS KAHWIN TAK JAGA PENAMPILAN DIRI, PANDANGAN ANDA?
Pandangan saya benda ni tak sepatutnya berlaku. Sebab ia macam satu kerugian. Kalau dulu gigih bertahun-tahun workout dan dapat hasil badan idaman, spend masa dan duit. Then lepas kawin kita abaikan usaha macam itu sahaja. Tambahan bila dah jadi seorang suami dan bapa kita kena kekal cergas dan sihat especially untuk cari rezeki demi keluarga. And one most important things, takkan suami je nak isteri cantik untuk anda kan? Suami juga harus berusaha untuk maintain penampilan macam masa bercinta dulu.
Lelaki ni bila dah kahwin pun ramai yang malas nak jejak gym, sebabnya mungkin mereka rasa bila dah kahwin ni tak perlu untuk jaga penampilan sebab dah ada isteri yang mungkin tak kisah penampilan diorang. Kalau dulu masa single kena sentiasa look fit and attractive sebab nak dapatkan perhatian org. Tapi bila dah kahwin ni mungkin pada pandangan mereka ” siapa je nak tengok aku sekarang?” And lagi satu mungkin juga faktor masa dan penat. So macam biasa alasan “tiada masa nak ke gym” tapi hakikatnya homeworkout pun terbukti berkesan kalau konsisten.
JADI DADDY HOT, LEBIH BANYAK POSITIF ATAU NEGATIF?
pada saya ia lebih kepada positif sebab ia boleh dijadikan faktor penyumbang untuk kekalkan keyakinan diri. Di samping boleh jadi contoh ikutan pasangan dan anak. Kalau bab negatif tu, mungkin individu tu ada niat yang lain kot.
PROFIL
Nama penuh: Faruq Fadhullah B Kamal Baharom
Adik beradik: Sulung dari 4 orang adik beradik
Tempat lahir: Klang
Tarikh lahir: 25 Julai
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya
Idola bidang kecergasan: Scott Herman
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.