Kodokushi ialah fenomena dimana seseorang itu meninggal dunia seorang diri dan tidak disedari buat masa yang panjang. Ia merupakan masalah yang semakin meningkat dalam masayarakat Jepun sekarang. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu daripada 1.25 juta kematian di Jepun melibatkan kodushi.
Ads
Ciri-ciri orang sering dikaitkan dengan kodokushi
Lelaki pertengahan usia yang tidak pandai buat kerja rumah
Orang yang mengasingkan diri kerana tidak pandai bersosial
Persekitaran hidup yang tidak baik mungkin disebabkan oleh penyakit atau kewangan.
Kadar perkahwinan juga menurun, dengan golongan lelaki memberi alasan dunia kerjaya mereka terlalu menuntut masa dan terlalu sibuk untuk memikirkan soal rumahtangga, manakala semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi bergantung kepada lelaki. Atas sebab menjaga adab pula, warga emas Jepun tidak mahu membebankan jiran untuk mengharapkan bantuan dalam kes-kes kecemasan, menyebabkan kurangnya interaksi.
Ads
Selain daripada itu, kebanyakkan lelaki Jepun ketika muda menumpukan kerja di syarikat sehiggakan mereka tidak pandai buat kerja rumah seperti memasak, membersihkan rumah dan lain-lain. Bila mereka hidup seorang diri, tiada lagi orang yang menjaga makan dan minum mereka, mereka tiada tempat bergantung sekiranya menghadapi masalah.
Ads
Lelaki Jepun yang tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat juga lebih ramai dari wanita. Jadi lepas mereka telah bersara, mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan lebih selesa mengasingkan diri di dalam rumah. Jadi bila berlaku kematian , tiada siapa yang sedar.
Sedih bila membayangkan kita hidup menghitung hari kematian, tapi pada masa yang sama tiada tempat untuk mengadu dan teman berberbicara. Cuma mampu berpesan pada jiran ” kalau tingkap rumah aku tidak berbuka esoak, maksudnya aku dah mati” Itu adalah realiti bagi kebanyakkan warga emas di Jepun
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merasa pasangan terlalu pasif dan kurang terbuka dengan anda? Jangan bimbang. Hubungan anda dan dia masih boleh tetap dilanjutkan.
Menurut jurnal psikologi, introvert ialah keperibadian seseorang yang kehilangan energi ketika berinteraksi dengan orang lain. Biasanya, jenis lelaki introvert akan lebih banyak diam dan lebih sering menyendiri untuk menambah energinya. Menghadapi pasangan seperti ini pasti tidak mudah kerana boleh jadi energi anda ikut terjejas. Sebaiknya, anda jangan terburu-buru untuk memutuskan hubungan dengannya. Pelajari dahulu hal-hal berikut ini.
Diam Bukan Bererti Sombong
Pasangan yang memiliki keperibadian introvert, biasanya akan lebih banyak diam, sehingga anda perlu lebih berusaha untuk memulai percakapan. Bahkan teori yang selama ini mengatakan bahawa seorang lelaki akan tertarik pada wanita bila dia sering diajak berbual, tidak berlaku pada lelaki introvert. Lelaki introvert tidak banyak bicara, tetapi setiap mereka mengatakan sesuatu, hal tersebut benar-benar penting.
Only Make Him Go To Important Stuff
Jangan buang waktu anda untuk mengajaknya pergi untuk sekadar berkumpul dengan teman-teman atau duduk santai di taman, kerana lelaki jenis ini tidak menyukainya. Lelaki berjiwa introvert biasanya hanya ingin pergi ke acara-acara yang menurutnya penting untuk dihadiri, seperti undangan pernikahan, atau majlis formal yang penting sahaja. Jadi, biasakan diri anda untuk lebih berusaha sendiri.
Kehidupan sosial anda akan berubah
Lelaki introvert tidak akan menjadi pusat perhatian setiap anda mengajaknya. Dia harus terus anda dampingi agar boleh tetap bersosialis. Menurut allwomenstalk.com, anda juga harus siap untuk menghabiskan sebahagian besar waktu di dalam rumah daripada hang out di luar.
Introvert is Introvert
Kesalahan umum ketika seseorang memiliki pasangan yang introvert ialah berusaha untuk mengubahnya. Well, memaksa ialah strategi terburuk yang mungkin saja anda pilih. Bukannya mengubah, kemungkinan besar pasangan anda akan menjauhkan diri kerana zon selesanya terancam. Sebaiknya anda tidak mendesak pasangan untuk melakukan sesuatu, terutama di depan umum.
He Needs More ‘Me Time’
Anda tidak boleh menghabiskan setiap detik dengan si dia kerana seseorang yang memiliki keperibadian introvert akan memerlukan lebih banyak waktu untuk mengumpul kekuatan dan energi mereka. Lifehack.org menjelaskan bahawa keheningan dan bersendirian ialah hal-hal penting yang akan selalu mereka inginkan. Dengan demikian, anda boleh belajar untuk tidak mudah tersinggung. Jika anda tidak berjaya menyesuaikan diri dengan keperluan pasangan seperti ini, mungkin anda memang tidak sesuai berhubungan dengan lelaki seperti ini.
Keep Social Situations Small
Orang-orang introvert lebih menyukai sesuatu yang intim. Ertinya, dia lebih senang jika diajak bertemu secara personal atau dengan kelompok yang lebih kecil. Jadi, misalnya anda berniat untuk memperkenalkan si dia ke keluarga besar, sebaiknya, perkenalkan dia kepada anggota keluarga secara bertahap dengan beberapa pertemuan kecil.
BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya. Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.
# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apa yang membuatkan gaya fesyen kamu serba lengkap? Sudah pastilah pilihan aksesori yang sepadan dengan keseluruhan gaya kamu yang pastinya menjadikan gaya kamu lebih perfect! Ini senarai aksesori terbaik yang wajib kamu miliki sepanjang bulan ini!
BACK TO THE FUTURE!
Rekaan sunglass yang serba edgy ini menjadi trend terbaru dalam gaya lelaki hari ini. Kelihatan sedikit seperti The Matrix, rekaan ini lebih memfokuskan kepada elemen moden dan futuristic. Punya nilai keistimewaan sci-fi tersendiri, ia mampu mengubah stail anda lebih padu!
BUCKET HATS
Kamu tidak bermimpi! Topi jenis bukcet hat ini kembali lagi tetapi dengan sedikit sentuhan moden dalam sentuhan warna dan juga corak. Penambahan aksesori pada the bucket hat ini menjadikannya bukan sekadar topi biasa. Malah, menjadikan gaya kamu lebih hipster.
THE FANNY PACK
Jenama mewah seperti Louis Vuitton, Prada dan Lanvin menjadikan aksesori ini lebih agresif di pentas S/S 18. Walaupun pernah dilupakan seketika saat 90-an dahulu, namun ia menjadi salah satu aksesori utama dalam pentas fesyen kali ini. Lebih menarik, mudah dan moden.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.