Pada penghujung tahun lalu kebanyakan negara Barat memandang sinis dan tidak acuh dengan apa yang berlaku di Wuhan, China. Rata-rata rakyat mereka menganggap bahawa wabak COVID-19 adalah penyakit yang mungkin tersebar di persekitaran wilayah atau negara berdekatan China.
Namun kini ternyata tanggapan tersebut salah sama sekali. COVID-19 kini menjadi krisis global terbesar yang berlaku di dunia sekarang sehingga melumpuhkan sistem penerbangan dan ekonomi secara amnya.
Keseriusan krisis ini turut dilaungkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang mengatakan bahawa inilah krisis terbesar global dihadapi sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Ads
“Seluruh dunia kini menghadapi krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sejak 75 tahun penubuhan PBB,” jelasnya di ibu pejabat PBB di New York.
Umum mengetahui bahawa PBB telah ditubuhkan pada Oktober 1945 setelah tamatnya Perang Dunia Kedua bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa dalam menjaga keamanan dunia.
Ads
Ads
Beliau turut menggesa masyarakat dunia dunia untuk bertindak segera secara bersepadu bagi menghentikan wabak tersebut. Tindakan tersebut hanya akan menjadi kenyataan jika semua orang bersatu tanpa mengira politik dan faham manusia berada dalam bahaya.
Dalam pada itu beliau turut menyuarakan ramalan yang dinyatakan oleh International Monetary Fund (IMF) yang menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk seperti pernah berlaku pada tahun 2009 atau mungkin lebih teruk.
Beliau melhirkan kebimbangan kerana penularan wabak dan impak ekonomi boleh menyebabkan ketidakstabilan dan pergolakan semakin buruk, konflik semakin teruk, katanya dalam laporan impak sosioekonomi COVID-19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wanita seringkali mengeluarkan statement bahawa lelaki lelaki melayu tidak tahu erti romantik. Lelaki di Malaysia selalu di label ego. Namun hakikatnya, lelaki melayu tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terangan. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki barat, mereka lebih cenderung kepada sifat menunjuk-nunjuk kasih sayang. Tengok saja kelakuan mereka jika mereka ingin melamar teman wanita mereka, sungguh romantis. Angan-angan wanita tak akan jadi kenyataan, kerana lelaki melayu tidak dapat memuaskan hati anda dengan aksi-aksi gula macam tu. Namun, ini yang mungkin wanita terlepas pandang, bahawa lelaki melayu juga punya tahap romantisnya yang tersendiri.
Sebagai contoh ketika wanita sedang mengemas rumah, kebanyakkan lelaki Melayu tidak akan ikut campur urusan rumah. Ini kerana bagi mereka, tanggungjawab isteri adalah mengemas rumah. Namun dalam pada wanita tidak perasan, ketika sedang vacuum lantai ruang tamu, lelaki yang sedang ralit dengan tv atau telefon pintar akan mengalihkan barang-barang yang berdekatan dengannya seperti majalah yang jatuh di atas lantai, atau apa saja yang lokasinya di lantai. Tindakkan mereka terlalu santai sehingga wanita tidak perasan langsung.
Lelaki yang menyayangi pasangannya, pasti tahu penat lelah pasangan mereka. Ini dapat dilihat dari sifat mereka yang rajin membawa pasangan keluar makan. Kalau biasa kita ke gerai mamak atau mana-mana gerai, pasti penuh dengan pasangan melayu kan? Ini kerana, lelaki Melayu tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang, maka dengan belanja pasangan makan di luar sudah romantis bagi mereka. Jangan harapkan lelaki akan bawak pasangan ke candle light dinner, itu jarang akan berlaku pada pasangan melayu.
Ini bagi pasangan yang masih belum berkahwin. Mengapa kami cakap macam ni? Seorang lelaki yang bertanggungjawab, tahu hukum dan adat, pasti akan menghantar anak dara orang balik pada waktunya. Fakta yang ni bukanlah tepat 100%, namun wanita yang mempunyai teman lelaki bersifat sebegini, sila jangan lepaskan ye.
Seorang lelaki yang penyayang akan bertahan dengan pasangan mereka tak kira apa pun yang terjadi. Seperti contoh kalau di pusat membeli-belah dan anda melihat pasangan sedang bertekak, Cuba anda perhatikan lelaki tersebut, mereka akan bertindak membatukan diri. Ini kerana mereka lebih memilih untuk diam kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Di sini biasanya wanita menganggap bahawa lelaki tersebut pengecut dan terlalu mengikut kata pasangan. Namun ini cara mereka menjaga aib pasangan di khalayak ramai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal dengan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, bintang filem aksi box office dan atlet gusti WWE yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.
Bintang filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’, ‘Skyscrapper’ dan ‘Fast & Furious’ ini juga dikenali sebagai seorang family man yang sangat baik hati terhadap keluarganya. Di sebalik fizikalnya yang sasa dan kadangkala nampak bengis namun The Rock sebenarnya memiliki hati yang cukup baik.
Pada pertengahan tahun lalu, The Rock telah mengejutkan stuntman yang sentiasa memainkan body double untuk filemnya dengan menghadiahkan sebuah trak pikap. Video tersebut juga telah tular di laman media sosial menyaksikan kedua-dua mereka sama-sama gembira mengalirkan air mata.
Kejutan untuk ibunya juga buanlah satu perkara baru kerana The Rock pernah menghadiahkan sebuah kereta pada tahun 2015 semperna Hari Ibu.
Dan untuk Tahun Baru 2019, The Rock sekali lagi melakukan kejutan istimewa kali ini kepada ibunya tang tercinta. Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, The Rock memuat naik video ibunya membaca kad ucapan tahun baru. Menerusi kad tersebut The Rock memberitahu ibunya bahawa dia akan membelikan rumah baru.
Menerusi video dengan kapsyen panjang lebar itu The Rock berkongsi cerita bagaimana dia sekeluarga hidup di dalam apartmen kecil dan sentiasa berpindah-randah di seluruh Amerika Syarikat. Menurutnya lagi rumah pertama yang didiami oleh kedua ibu bapanya dibeli pada tahun 1999 olehnya.
Namun selepas perceraian mereka 5 tahun kemudian banyak perkar menjadi semakin sulit. Sejak dari itu The Rock berazam untuk membuat kedua ibu bapanya mendapat yang terbaik sahaja. Jelasnya lagi, ibunya menjadi cemrin kepada keperibadiannya. Seorang anak yang baik datang daripada ibu bapa yang baik.
Kejutan The Rock ini turut menyentuh hati ramai netizen. Rata-rata memuji The Rock dan ibunya yang dianggap telah membesarkan seorang anak yang hebat. Malah ramai juga yang menjadikan The Rock sebagai inspirasi untuk mereka sama-sama melakukan yang terbaik kepada kedua ibu bapa masing-masing.
The Rock, you’re the man!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Konsert solo berskala besar pertama Sammy Simorangkir Live In KL Vol.1 di Kuala Lumpur akhirnya menjadi kenyataan dan ia berlangsung dengan penuh emosi, kehangatan serta penghargaan terhadap perjalanan seni seorang penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu cinta.
Sammy Simorangkir Live In KL Vol.1 yang berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada Sabtu, 27 Disember 2025 mencipta sebuah malam yang bukan sekadar konsert, tetapi pengalaman perasaan yang sukar dilupakan.
Bertemakan A Night Blooming with Roses & Love, konsert ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi melalui susunan lagu yang disusun secara naratif dan berperingkat.
Dari detik pembukaan sehingga lagu terakhir, Sammy Simorangkir membuktikan mengapa namanya kekal relevan dan dekat di hati peminat, meskipun industri muzik terus berubah.
Persembahan dimulakan dengan segmen Emotion, dibuka menerusi Overture dan Title sebelum disusuli lagu-lagu malar segar seperti Cinta Putih, Sedang Apa dan Di Mana serta Kaulah Segalanya.
Setiap lagu dinyanyikan dengan penghayatan mendalam, mengundang sorakan dan nyanyian bersama penonton yang memenuhi ruang dewan.
Konsert kemudian beralih ke segmen Hollow Visual, menyaksikan Sammy Simorangkir mempersembahkan Luka Yang Luas, Kau Harus Bahagia dan Tak Mampu Pergi.
Segmen ini menjadi antara momen paling emosional malam tersebut, dengan visual dan susunan muzik yang menguatkan lagi rasa kehilangan, kejujuran dan kerinduan yang menjadi identiti karya-karya Sammy Simorangkir.
Suasana berubah lebih intim apabila konsert memasuki Acoustic Segment menerusi lagu Rela Kehilangan, Kesedihanku dan Lagu Rindu. Dalam segmen ini, Sammy Simorangkir lebih banyak berinteraksi dengan penonton, berkongsi rasa syukur dan mengakui betapa istimewanya sokongan peminat Malaysia sepanjang kariernya.
Salah satu detik paling dinantikan di Sammy Simorangkir Live In KL Vol. 1 ialah segmen Kerispatih Tribute Legacy, yang menyaksikan Sammy Simorangkir kembali membawakan lagu-lagu ikonik seperti Demi Cinta, Tapi Bukan Aku, Mengenangmu dan Aku Harus Jujur.
Lagu-lagu ini bukan sahaja membangkitkan nostalgia, malah mengukuhkan hubungan emosional antara Sammy dan peminat yang membesar bersama karya-karya tersebut.
Konsert ditutup dengan segmen Celebration melalui lagu Dia, sebelum momen encore yang penuh simbolik apabila Sammy Simorangkir menyanyikan Bila Rasa Ku Ini Rasamu secara acapella bersama penonton. Saat itu menjadi kemuncak malam, menyatukan suara artis dan peminat dalam satu ruang emosi yang tulus dan jujur.
Bagi Sammy Simorangkir, konsert ini merupakan pencapaian peribadi yang sangat bermakna. Beliau berkongsi bahawa malam tersebut bukan sekadar persembahan muzik, tetapi ruang untuk berkongsi kejujuran, cinta dan kenangan bersama peminat Kuala Lumpur yang sentiasa setia menyokongnya.
Penganjuran konsert Sammy Simorangkir Live In KL Vol. 1 ini turut mencatat pencapaian penting buat Ideaatelier, apabila ia menjadi konsert pertama yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Produksi kemas, susunan segmen yang tersusun serta kerjasama strategik pelbagai pihak membuktikan komitmen Ideaatelier dalam menghadirkan pengalaman hiburan berkualiti tinggi.
Sammy Simorangkir Live In KL Vol.1 bukan sekadar konsert, tetapi sebuah malam yang meraikan muzik, emosi dan hubungan mendalam antara seorang artis dan peminatnya.
Ia meninggalkan kesan yang jelas, bukan sahaja sebagai penutup tahun yang indah, tetapi sebagai satu penanda aras baharu dalam perjalanan seni Sammy Simorangkir di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah makan pedas boleh jejaskan stamina lelaki? Ketahui bagaimana capsaicin dalam cili mempengaruhi kecergasan, prestasi dan endurance — serta cara elak gangguan perut semasa latihan.