Kalau anda di dalam perjalanan atau jauh dari klinik atau hospital, mungkin cara ini amat berguna buat kamu. Keracunan makanan satu penyakit yang tidak dijangka bila akan menyerang kerana ia  disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Selalunya  jika berada di kampung, air kelapa muda akan dijadikan penawar mudah bagi mengubati simpton keracunan makanan.

Lelaki Ini Kongsi Petua ‘Telan’ Sardin, Dikatakan Penawar Keracunan Makanan Yang Pantas

Pun begitu, tahukah anda terdapat satu lagi cara mudah untuk anda mengurangkan kesan keracunan makanan sekiranya tidak memperolehi air buah berkenaan, bagaimana?

Jawapannya ialah dengan memakan ikan sardin secara mentah-mentah.

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian info menarik dari seorang penulis yang berkongsikan cara merawat keracunan makanan di peringkat awal, iaitu dengan memakan ikan sardin yang dibeli di pasar raya.

Semoga perkongsian daripada Hadihaizil Din ini dapat memberi manfaat berguna buat orang ramai yang ‘terbuntu’ memikirkan jalan pantas dikala perut sedang meragam.

Lelaki Ini Kongsi Petua ‘Telan’ Sardin, Dikatakan Penawar Keracunan Makanan Yang Pantas

” Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.

IKLAN

Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.

Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).

Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.

Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.

IKLAN

YA memang tidaklah sedap pun apabila makan terus begitu.

Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.

Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan).

Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.

IKLAN

Penawar sardin itu memang berkesan.

Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera.

Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.

Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.”

Nota: Sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya

Sumber: Facebook Hadihaizil Din

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI