Jenama pakaian streetwear terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing sekali lagi membuktikan bahawa anak tempatan juga mampu melakukan kolaborasi dengan jenama besar dari luar negara.
Kali ini Pestle & Mortar Clothing memperkenalkan kolaborasi unik dengan Ultraman, watak adiwira ciptaan produksi negara matahari terbit, Jepun yang cukup dekat di hati peminat tempatan.
Jika sebelum ini menyaksikan jenama terkenal streetwear, BAPE mengeluarkan kapsul kolaborasi Ultraman, kini Pestle & Mortar Clothing pula diberi kepercayaan sama.
Watak-watak Ultaraman sememangnya tidak asing lagi bagi kita semua kerana ia telah wujud sejak tahun 1966. Tanya saja sesiapa sahaja darimana-mana generasi pasti mereka akan kenal dengan Ultraman.
Jadi tidak mengejutkan apabila Pestle & Mortar Clothing mencipta kapsul koleksi istimewa ini dengan membawa rekaan bersifat mengimbau nostalgia lama. Elemen-elemen retro dalam siri Ultraman terdahulu dibawakan khusus ke rekaan pakaian serta pelbagai barangan lain.
Ads
Menerusi kolaborasi ini peminat tempatan pasti mampu mengimbau kembali kenangan mereka bersama watak kesayangan ramai ini.
Koleksi PMC x Ultraman ini menampilkan sebanyak 21 jenis gaya. Ia termasuklah t-shirt, bowling shirt dan juga hoodie. Pestle & Mortar Clothing juga memperkenalkan jaket reversible edisi terhad, The Attack Team Reversible yang boleh digayakan sama ada pada bahagian luar atau dalam.
Kesemua rekaan istimewa dari koleksi ini akan dilancarkan pada 5 Oktober 2019 di acara sneakers terbesar di Malaysia iaitu Sneakerlah. Ia juga akan turut boleh didapati di laman sesawang rasmi Pestle & Mortar Clothing bermula jam 10 pagi pada hari yang sama.
Buat anda yang pernah menjadi peminat setia Ultraman inilah masanya untuk anda miliki item karakter kegemaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak kiralah sama ada dari generasi Y atau millenieals, nama Deagon Ball Z pastinya cukup dekat di hati anda. Suatu ketika dahulu ia menjadi abnime dan juga manga yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.
Karya Akira Toriyama merentas generasi dan sehingga kini ia masih lagi relevan dan mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi tidak hairanlah mengapa ia dianggap sebagai anime yang paling ikonik pernah lahir dari bumi negara matahari terbit tersebut.
Terbaru, jenama jam kasual popular SWATCH telah menampilkan koleksi edisi terhad bersama Dragon Ball Z dan dijangka mendapat sambutan baik dari peminatnya. SWATCH x Dragon Ball menyaksikan sebanyak tujuh jam berbeza yang setiap satunya menampilkan karakter berbeza.
Nama-nama karakter seperti Goku, Vegeta, Majin Buu, Frieza, Gohan, Cell, Kamesennin dan Shenron tampil dengan setiap rekaan untuk koleksi ini. Malah, setiap satunya tampil dengan warna dan juga elemen yang dibawa oleh karakter-karakter tersebut.
Koleksi jam SWATCH x Dragon Ball hadir dengan beberapa saiz berbeza dengan model Goky, Shenron dan Cell dikeluarkan dengan saiz paling besar iaitu model 47mm Big Bold.
Menurut SWATCH Malaysia, koleksi edisi terhad ini sudah mula boleh didapati di outlet mereka dan laman sesawangnya bermula 25 Ogos 2022. Jadi buat peminat Dragon Ball jangan lupa abadikan notalgia anda dalam bentuk jam tangan istimewa seperti ini!
Tidak dinafikan penggunaan sweater sememangnya agak terhad di negara kita yang mempunyai iklim tropika yang sentiasa panas dan mempunyai kadar kelembapan tinggi.
Namun buat anda yang bekerja seharian di ruang pejabat pastinya memerlukan bantuan sweater dengan kondisi ruang sejuk berpenghawa dingin. Ia bukan lagi satu item gaya semata tapi satu keperluan yang penting.
Disebabkan itulah lelaki terutamanya perlu bijak mengekspresikan gaya ‘sweater’ agak tidak nampak terlalu membosankan dan lebih penting segak bergaya.
Memandangkan cuaca Malaysia yang agak panas, pastikan anda menggunakan sweater daripada material yang sesuai agar anda tidak berpeluh apabila menyarungkannya.
Untuk menggayakan sweater, pastikan anda beri perhatian pada empat perkara penting ini.
Mempunyai butang di bahagian hadapan tetapi variasi sweater lain terbuka tanpa butang. Memakainya tanpa kancing menjadikan kardigan hampir sama seperti jaket memberikan gaya kasual. Jika anda ingin sweater anda lebih bertekstur visual, cubalah kancingkan kardigan dan sarungkan jaket di atasnya.
Ia juga dikenali sebagai sweater o neck yang mana ia berkolar bulat. Ia biasanya digayakan dengan kemeja-T di lapisan dalam atau kemeja dan tali leher. Tampak kemas dan lebih bergaya apabila digayakan ke pejabat.
Ia mempunyai leher berbentuk V dengan sudut siku di bahagian tengah dada. Sweater jenis ini sesuai digayakan dengan kemeja berkolar termasuk kemeja Polo. Sama ada kolar diletakkan bahagian luar atau dalam sweater.
Sweater jenis ini memiliki garis leher berbentuk bulat dengan ribs panjang mendekati kerongkong. Anda boleh menggayakan sweater jenis ini dengan blazer daripada jenis tweed atau kot kasual atau hanya menyarungkan sahaja jumper anda itu. Ia sesuai digayakan dalam keadaan sejuk.
Bentuk lehernya lebih sederhana daripada jenis turtleneck yang mana kain di bahagian atas kolar terletak di leher dan bukannya lipat ke bawah.
Sweater yang mempunyai lipatan seperti selendang ini adalah gaya yang sangat khas untuk menonjolkan imej kasual. Gaya ini cenderung ke arah sisi spektrum yang lebih santai jika nak dibandingkan dengan sweater jenis turtleneck. Ia sesuai digayakan dengan denim dan boots atau seluar slack.
Orang bersaiz besar tidak boleh memakai sweater yang terlalu tebal atau bercorak kerana ia akan menampakkan ilusi tubuh badan anda lebih besar.
Pilih sweater daripada material kapas atau fibre sintetik jika tidak terlalu sejuk. Material ini bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita.
Anda boleh menggayakan sweater dengan pelbagai pilihan seluar yang sesuai seperti jeans, chinos mahu pun slack.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak beberapa dekad lalu, Levi’s dan Nike sering dikaitkan dengan kekuatan budaya yang membentuk identiti gaya hidup global. Ini terutamanya industri fesyen streetwear dan juga sukan.
Kedua-dua jenama ini bukan sahaja berakar dalam sejarah di AS tetapi turut membina pengaruh yang melangkaui sempadan negara dan generasi.
Kolaborasi terdahulu antara Levi’s dan Nike sering dianggap sebagai pencetus evolusi dalam fesyen urban, menyatukan estetika denim klasik dengan inovasi teknologi dan rekaan kasut sukan.
Pada tahun ini, kolaborasi ini sekali lagi menyaksikan penyatuan semula dua jenama besar ini menerusi koleksi Levi’s x Nike yang meraikan ulang tahun ke-30 Air Max 95.
Ia sekali gus memperkukuhkan warisan ikonik jenama mereka dalam satu himpunan yang penuh dengan simbolisme dan perincian.
Koleksi Levi’s x Nike kali ini memperkenalkan dua elemen utama dalam rangkaian pakaian iaitu jaket Trucker dan seluar jean Baggy.
Jaket Trucker direka berasaskan struktur Type II yang menjadi lambang gaya klasik Levi’s. Namun menarinya ia ditambah dengan suntikan kontemporari melalui penggunaan denim selvedge asli dan jahitan rantai berwarna putih pudar.
Bahagian belakang jaket diserlahkan dengan logo jahitan Nike yang menggabungkan elemen identiti kedua-dua jenama secara harmoni.
Jean Baggy pula hadir dengan potongan besar dan longgar. Ia menampilkan tampalan kulit perang bersama logo Nike sebagai menggantikan label tradisional Levi’s.
Gabungan rona denim daripada warna sederhana hingga cerah memberikan karakter versatil kepada rekaan. Sekali gus menyerlahkan keserasian antara gaya rugged dan elegan.
Setiap helaian pakaian ini dihasilkan dengan ketelitian tinggi, menjadikan ia bukan sahaja simbol gaya tetapi juga penghormatan terhadap seni pembuatan denim tulen.
Manakala untuk kasut pula koleksi ini menampilkan tiga colorway atau versi istimewa Nike Air Max 95 yang diolah menggunakan denim premium daripada Levi’s.
Reka bentuk pertama, White Ecru, membawakan gabungan rona putih matte dan denim ecru lembut menawarkan penampilan neutral dan minimalis.
Versi kedua, Black. Menggunakan denim hitam 14-auns untuk mencipta gaya monokromatik yang tegas dan moden.
Manakala versi ketiga Denim Indigo. Memperlihatkan denim biru dengan corak basuhan cerah yang selari dengan rangkaian pakaian.
Setiap pasang kasut ini dilengkapi dengan perincian unik seperti tab merah Levi’s pada kasut kanan. Cetakan wang kertas Levi’s pula di pelapik stokin, serta kotak edisi khas dalam rona merah dengan logo “batwing”.
Melalui pendekatan ini, kedua-dua jenama menzahirkan semangat kolaboratif yang bukan sahaja menghormati akar umbi mereka tetapi turut meraikan kreativiti tanpa sempadan.
Menurut Naib Presiden Bahagian Kolaborasi Levi’s, Leo Gamboa, “Menerusi kolaborasi bersama Nike, kami mahu mencipta satu pengalaman yang imersif bagi meraikan legasi bersama serta semangat pandang ke depan di antara kedua-dua jenama.
“Peluang untuk memberikan nafas baharu kepada Air Max 95 Nike yang ikonik sempena ulang tahun ke-30 rekaan itu nyata satu pencapaian yang sangat bermakna.
“Dengan menggabungkan denim ikonik kami ke dalam salah satu siluet paling ikonik Nike, kami berjaya menghasilkan satu gabungan sempurna antara sukan dan gaya hidup. Menghormati masa lalu sambil meneroka sempadan baharu dalam dunia reka bentuk,” jelasnya lagi.
Koleksi Levi’s x Nike ini akan mula dijual pada 10 Julai 2025, bermula dengan rangkaian pakaian, di butik Levi’s® Suria KLCC, The Exchange TRX dan di Levi.com.my.
Koleksi ini hanya eksklusif untuk ahli Levi’s® Red Tab sahaja, di mana pendaftaran keahlian diperlukan untuk membuat pembelian. Tarikh jualan untuk koleksi kasut akan diumumkan tidak lama lagi di laman web rasmi Levi’s.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.