
Sempena sambutan Jubli Emas Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei lalu, Dr. Noor Hisham telah memuat naik di laman facebooknya beberapa keping gambar kenangan beliau ketika zaman pengajian di UKM bersama mentornya.
Selain menzahirkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada alumni UKM yang merupakan antara universiti tertua di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat mentornya.
Menurutnya sepanjang bergelar pelajar, beliau telah berjumpa dengan ramai individu hebat yang telah memberikannya inspirasi serta bimbingan kepadanya selama ini.
Dan salah seorang mentor beliau ialah Profesor Emeritus Dr Freda Andrea Meah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya sepanjang melanjutkan pengajian.
Perkongsian beliau ini ternyata menarik perhatian warganet untuk mengucapkan perhargaan terima kasih kepadanya yang telah menjadi Hero Negara bersama barisan hadapan yang lain dalam menangani penularan wabak COVID-19, selain memuji kekacakan Dr Noor Hisham ketika zaman mudanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amar Baharin & Qobin Hampir Akhiri ‘Journey to Tanah Haram’

Misi yang sedang dilakukan oleh pelakon Amar Baharin dan Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dalam kayuhan ‘Journey to Tanah Haram’ bakal sampai penamatnya.
Terbaharu, kedua-dua mereka kini dilaporkan berada di lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah di mana kini telah memasuki wilayah Al Qasim di Arab Saudi kelmarin dan sedang berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Masjid Nabawi yang dijangka mengambil masa lebih empat jam.

Bukan Sekadar Perjalanan Fizikal, Tapi Menguatkan Jiwa
Dengan menempuh ribuan kilometer merentas benua, panas terik, ribut pasir, pendakian berbukit, mereka bukan sekadar menguji fizikal, tapi menguatkan rohani dan semangat lelaki muslim sebenar.
Muhammad Muqharabbin dalam kenyataan berkata, beliau mengalami kekejangan otot akibat cuaca panas dan terpaksa berehat selama dua malam di pekan Qassim.

Dalam kenyataan sama, Amar berkongsi ‘keajaiban’ yang dialami ketika misi itu termasuk tayar basikal pancit di lokasi strategik antaranya di depan bengkel kenderaan atau di tempat teduh serta diberikan minuman dan makanan oleh penduduk.
Cuaca panas sehingga 51 darjah celsius
Perkembangan terkini Amar dan Qobin juga dikongsi isteri Amar, iaitu pelakon dan pengacara, Amyra Rosli. Dia menyatakan bahawa perjalanan mereka tidak diteruskan setiap hari kerana perlu berehat berikutan cuaca panas sehingga 51 darjah celsius.
“Perjalanan mereka bukanlah senang untuk dapat hotel atau makanan. Mereka berehat antara sehari hingga dua hari selepas kayuhan dalam jarak tertentu, kemudian sambung semula. Mereka tidak terlalu tegesa-gesa sebab kalau hendak kejar masuk Makkah atau Madinah dalam waktu sekarang, orang sudah terlalu ramai. Mereka hanya kayuh ‘slow and steady’ sahaja,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Amyra turut memaklumkan bahawa misi kayuhan Amar dan Qobin ini merupakan program di bawah #JourneyToTanahHaram dan dijangka berakhir di Madinah.
Untuk info, misi kayuhan yang dilepaskan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu bermula di Padang Besar, Perlis pada 27 April lepas antaranya melalui Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi.
Syabas Amar dan Qobin!
LAGI : Bukan ‘Six-pack’, Ini 8 Bahagian Tubuh Lelaki Jadi Tarikan Wanita
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demi Lindungi Diri Ke Pasar Raya, Jurutera Tak Kisah Pakai Pelindung Daripada Plastik Sampah!

KUALA TERENGGANU, 26 Mac — Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di sini.
Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.
Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainya, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.

“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.
“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (COVID-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.

Zamakhyari menambah hari ini merupakan kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluarganya, setelah lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Kuala Terengganu mendapati orang ramai yang keluar membeli barangan makanan dan keperluan keluarga, tetap mematuhi arahan keselamatan seperti jarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.
Selain itu beberapa bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar raya turut menjadi tumpuan, memandangkan penjawat awam menerima gaji semalam.
Pihak bank dan pasar raya juga dilihat menyediakan pencuci tangan pembasmi kuman di pintu masuk dan pintu keluar premis mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata pihak polis turut membuat kawalan di setiap premis bank bagi memastikan orang ramai mematuhi langkah penjegahan penularan jangkitan COVID-19.
— BERNAMA (Oleh Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu

Sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan amalan yang menjemput rezeki.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu

Jika suami isteri nak murah rezeki, ini LIMA perkara yang mereka kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.

RAHSIA RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.
Sumber kredit: FB: Firdaus Mokhtar
BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

