KTM Malaysia rasmi melancarkan rangkaian produk Duke 2017 ke pasaran tempatan. Motosikal Duke Series merupakan produk terlaris di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2012.
Kali ini, KTM Malaysia memperkenalkan model Duke 390 dan Duke 250 buat pengguna tempatan.
KTM DUKE 390
Penampilan Duke 390 mirip abangnya yang lebih besar iaitu Super Duke 1290 R. Model tersebut masih mempertaruhkan enjin satu silinder 373.2cc dengan kuasa 44hp dan tork 37Nm.
Berikut perubahan yang dilakukan pada Duke 390 versi 2017:
– Saiz dimensi berubah yang mana lebih tinggi 30mm (830mm), jarak roda lebih pendek 10mm dan memiliki saiz tangki minyak lebih besar bersaiz 13.4 liter (tambahan 2.4 liter).
-Duke 390 juga lebih berat 10kg menjadikan berat jentera 149kg.
-Lebih menarik ia dilengkapi dengan panel meter TFT berwarna yang memaparkan informasi lengkap dan boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi Bluetooth. Pemilik boleh memainkan muzik mp3 menerusi skrin berkenaan dan menukar mod brek ABS iaitu Road, Off atau Super Moto.
-Ciri baharu yang lain termasuk ride by wire, sistem ekzos baharu, mematuhi piawaian Euro4, sistem CANBUS, cermin sisi lebih lebar dan penggunaan tayar Metzeler M5 Interact.
Ads
-Menggunakan suspensi WP, cakera depan Duke 390 lebih besar iaitu bersaiz 320mm.
HARGA:
Harga jualan KTM Duke 390 ialah RM 28, 800 (termasuk GST) seunit. Didatangkan dengan pilihan warna oren dan putih, versi 2017 ini juga menerima kemasan grafik baharu.
KTM DUKE 250
Duke 250 masih mempertaruhkan enjin 248.8cc yang menghasilkan kuasa 30hp dan tork maksimum 24Nm. Bagaimanapun ciri peralatan pada Duke 250 adalah sedikit rendah berbanding Duke 390. Model tersebut tidak dilengkapi dengan panel meter TFT, ride by wire dan pilihan mod ABS Supermoto.
Ads
Senarai kemas kini Duke 250:
-Menggunakan skrin unit LCD.
-Lebih tinggi 30mm (830mm), jarak roda lebih pendek 10mm (1, 357mm) dan lebih berat 8kg (149kg).
-Saiz tangki juga bertambah 2.4 liter menjadi 13.4 liter.
Sejak terciptanya kenderaan dua roda yang dipacu enjin bergelar motosikal, kita telah menyaksikan segala macam evolusi teknologi diperkenalkan. Pada masa kini, pelbagai jenis, bentuk dan kategori motosikal dihasilkan bagi memenuhi keinginan dan kezaman penunggang dan pencintanya.
Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa motosikal kini bukan hanya berfungsi sebagai kenderaan yang membawa kita dari poin ‘A’ ke poin ‘B’. Tetapi ia lebih daripada itu! Motosikal kini menjadi salah satu instrumen untuk kita merasai dan mengekspresikan diri.
Renjatan adrenalin ketika melakukan tunggangan motosikal hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang melalui sendiri pengalaman tersebut. Disebabkan itulah, motosikal kini bukan sahaja mempunyai kualiti terbaik tetapi mampu beraksi lasak dalam pelbagai kondisi jalan menjadi pilihan.
BMW Motorrad yang mempunyai pengalaman serta sejarah yang cukup kaya dalam penghasilan motosikal premium turut membariskan ciptaannya yang cukup mantap. Pengenalan BMW R 1250 GS/GS Adventure ditonjolkan sebagai sebuah jentera sempurna buat mereka yang inginkan pengalaman tungangan luar biasa sama ada di jalan raya atau secara ‘off-road’.
Dari sudut sejarahnya, Model BMW GS bukanlah calang-calang model motosikal. Bahkan ia mempunyai yang unggul dan kaya dengan 40 tahun evolusi penghasilan yang menggabungkan versataliti dan ciri tunggangan yang unik. Pelbagai perubahan dan kemajuan kejuruteraan dilakukan selama ini terserlah dengan ketelitian terbaik ditampilkan menerusi BMW GS versi terbaru ini.
Inovasi rekaan sofistikated yang diterjemahkan menerusi BMW GS ini menjadikan ia sebagai penanda aras terunggul di pasaran sekarang. Dua varian diperkenalkan iaitu R 1250 GS/GS Adventure bukan sahaja dijangka memenuhi kehendak pengguna tetapi mampu memberikan jangkaan yang luar biasa.
Jentera sensasi dari BMW Motorrad ini dijana dan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254 cc dengan menghasilkan 136 kuasa kuda pada 7.750 rpm dan 143 nm pada 6,250 rpm. Dalam erti kata lain, ia menjana satu angka yang cukup mantap bagi sebuah motosikal yang turut tampil dengan lampu hadapan adaptif baharu hadir dengan fungsi berpangsi.
Lebih menarik, sistem trasmisi dan penggandingnya kini telah dintegrasikan pada komponen perumah enjin yang sekali gus menyaksikan sebuah reka bentuk lebih menjimatkan ruang serta ringan.
Motosikal paling versatil BMW Motorrad ini juga turut dilengkapi dengan mekanisma ‘anti-hopping’ di dalam klacnya serta memiliki teknologi BMW Gear Shift Assistant Pro telah tersedia secara standard.
Fungsi pelbagai mod tunggangan juga memberikan pengalaman yang jauh lebih berbeza menerusi model terbaru ini. Kini ia dilengkapi dengan beberapa mod tunggang berbeza seperti Dynamic, Dynamic Duo, Enduro serta Pro Enduro yang turut kengkap dengan kawalan brek enjin dinamik.
Pengenalan kawalan luncur serta mod terbaru ECO juga memberikan kelebihan tersendiri kerana ia membantu enjin boxer mencapai penggunaan maksimum bahan api, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol. Ia dapat dilakukan dengan sokongan menerusi sistem timing Shiftcam variable valve.
Bagi tunggangan di pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan, kehadiran BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) pula membolehkan fungsi redaman motosikal ini disesuaikan secara otomatik.
BMW Integral ABS pro memberikan kestabilan serta jaminan keselamatan yang jauh lebih tinggi. BMW GS kini turut dilengkapi dengan IMU (Inertial Measurement Unit) enam-paksi yang cukup penting bagi memastikan sistem Integral ABS PRO terbaru berfungsi dengan sempurna berbanding sistem lama ABS Pro.
Sistem Integral ABS akan berfungsi apabila tuas brek digunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang. Dengan pengenalan IMU, Integral ABS dapat membantu berfungsi lebih baik dalam berfungsi lebih baik dan dapat mengesan sebarang kedudukan atau posisi motosikal sama ada di jalan raya atau ‘off-road’.
Dari segi penampilan luara, BMW R 1250 GS/GS Adventure juga tidak kurang hebatnya. Pandangan pertama mata pastinya tertumpu kepada beberapa ciri menarik seperti lampu DRL yang mempunyai bentuk ‘X’, sistem ekzos berwarna krom serta rim yang hadir dengan jejari cross spoke. Buat varian Adventure pula ia datang dengan lampu bantuan serta cagak bagi pannier dan top box.
Untuk mudahkan tunggangan dengan navigasi lebih lancar ia menawarkan sistem paparan klister bersaiz 6.5 inci TFT yang turut menyokong aplikasi BMW Motorrad Connected. Sistem paparan ini juga turut menyokong fungsi main semula pelbagai kandungan media, telefon serta navogasi peta tanpa sebarang sokongan peranti atau alatan luaran.
Ia juga didatangkan lengkap dengan soket 12V serta USB-a 5V bagi memudahkan pengecasan sebarang peranti pintar sama ada ketika berhenti atau bergerak. Lampu hadapannya juga memberikan pandangan visual yang sangat baik. Lampu hadapan LED adaptif yang digunakan padanya mempunyai bentuk lebih bersegi menjadikan ia mampu memberikan pancaran visual lebih luas terutamanya pada sudut tepi.
Pengenalan lampu hadapan seperti ini mampu memberikan pengalaman tunggangan yang lebih meyakinkan serta selamat. Kedua-dua varian R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure kini turut ditawarkan dengan edisi istimewa ’40 Years GS’ dengan warna Balckstorm Metallic dan Yellow. Manakala untuk model standard pula dengan warna Triple Black Style dan Rallye Style.
Lebih istimewa, BMW R 1250 GS/GSA juga akan melakukan kemunculan menerusi program TV automotif paling sensasi, Roda Panas Musim Kedua. Kemunculan pada episod kedua pada 23 Januari 2021 eksklusif di Astro Ria menyaksikan hos, Fizo Omar tampil bersama pemilik motiskal BMW GS, Hazri yang juga merupakan pelajar pakar motosikal BMW, Faizal Sukree.
Ia selari dengan ‘Spirit of GS’ di mana pemilik ini berkongsi tentang perspektif serta pengalaman menggunakan BMW R 1250 GS.
Jadi menerusi episod Roda Panas yang istimewa ini anda boleh saksikan sendiri individu yang bukan sahaja ada pengalaman sebagai penunggang tetapi impak yang diberikan motosikal ini dalam pengembaraan, persahabatan serta perjalanan yang dilalui.
Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri deruman enjin BMW R 1250 GS menerusi Roda Panas nanti!
Apabila kereta sudah berusia lebih dari lima tahun, warna catnya akan pudar dan bahagian lampu juga akan tampak kekuningan. Ini bukan sahaja membuat kereta kelihatan usang, tetapi juga mempengaruhi kejelasan cahaya lampu, sehingga mengurangkan kualiti pencahayaan.
Memang boleh menggantikan bahagian headlight, tetapi kosnya agak tinggi; untuk kereta MyVi, harga boleh mencapai lebih dari RM200. Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk membelinya, mengapa tidak mencuba kaedah yang disarankan oleh Khairul Anwar Tumingan ini.
Dengan hanya modal RM15 dan DIY sendiri, headlight yang kusam dan berwarna kuning ini dapat dibuat kelihatan seperti baru.
Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15. Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!
*ini untuk headlamp plastik sahaja
Bahan yang saya gunakan adalah:
Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.
1. BUANG LAPISAN KUNING DENGAN KERTAS PASIR GRED 600
Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.
Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.
2. LAP & KERINGKAN
Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.
3. GOSOK DENGAN KERTAS PASIR GRED 1000
Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.
4. LAP & KERINGKAN
Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.
5. GILAP DENGAN AUTOSOL METAL POLISHER
Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan? Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.
SIAP! INILAH HASILNYA…
Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurang 1/2 jam. Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.
Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat. Selamat mencuba!
Ini istilah yang sangat mustahil untuk anda tak pernah dengar atau baca tentangnya. Dan isitlah ini sebenarnya sangat sinonim dengan perihal jual beli kereta dengan tidak mengikut undang-undang kontrak yang betul.
Kerana kes sambung bayar jugalah ramai kawan yang putus kawan, ahli keluarga bertikam lidah dan kenalan tikam belakang.
Ramai orang berdepan kesukaran dan kesusahan pada masa akan datang kerana perjanjian mulut yang tidak ditepati oleh pembelinya. Disebabkan itulah risiko hanya ditanggunng oleh pemilik kereta atau penama kenderaan yang terlibat.
Kebiasaannya aktiviti sambung bayar ini dilakukan di antara ahli keluarga atau kenalan dengan prinsip percaya. Tapi hakikatnya telah banyak kes berlaku di mana bila pembeli mula liat membayar maka terjadilah satu isu yang akan menyusahkan si penjual.
Konsep sambung bayar ini berlaku apabila tuan punya kereta merasakan dia susah tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan dan si pembeli pula mahu cari jalan singkat untuk memiliki kereta.
Dan kini dilaporkan terdapat ejen-ejen yang membantu orang yang ingin menjual kereta secara sambung bayar. Maka terjadilah urusan jual beli yang telah menyalahi undang-undang.
Anda pembeli kereta sambung bayar? Atau anda nak jual kereta untuk sambung bayar?
Dah tahu ke tentang Akta Sewa Beli 1967?
Jangan cakap lepas ni Polis tak bagi info bahawa jual beli kereta sambung bayar adalah SALAH !
Secara ringkas dan mudah untuk diterangkan…
Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.
So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).
Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..
Adalah menjadi kesalahan di bawah:
a) Seksyen 38 Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
b) Seksyen 46 Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Akta ni bukan buat untuk menyusahkan rakyat. Ini adalah untuk melindungi dan mengatasi masalah serta risiko yang bakal dihadapi penjual/pembeli kereta sambung bayar.
Menurut mereka lagi orang awam juga boleh merujuk booklet daripada Jabatan Bantuan Guaman di sini.
Dan kes seperti ini adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK. Salah satu senario di mana kes di siasat oleh agensi lain selain PDRM.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BMW F 450 GS kini rasmi di Malaysia! Jentera adventure kompak ini hadir dengan enjin 48hp, pelbagai teknologi bantuan tunggangan dan harga bermula RM39,900.