Salah satu bahagian badan yang sering dilupakan oleh mereka yang aktif bersenam ialah otot belakang.
Ini kerana jika senaman yang dilakukan tidak betul berkemungkinan besar otot pada bahagian tersebut tidak akan terbentuk dengan baik.
Ads
Malah ia mungkin lebih teruk jika anda hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja. Ini boleh menyebabkan kecederaan otot disebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
Ads
STEP 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 2 : Bent Over-Row
Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 3 : Seated Row
Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang, ketika ini hembus nafas.
Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan, ketika ini tarik nafas.
Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 4 : Lat Pulldown (Front)
Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
Kepakkan belakang badan.
Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama; 12 kali ulangan bagi set kedua; 10 kali ulangan pada set ketiga.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suplemen boleh dikategorikan kepada tiga iaitu vitamin, mineral dan multivitamin; merawat penyakit tertentu, berasaskan herba serta berasaskan minyak ikan.
Individu yang mengambil suplemen mungkin merasakan mereka tidak mampu mencapai nutrien daripada diet normal atas sebab tertentu.
Jika boleh, setiap individu perlu berusaha mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi iaitu melalui diet seimbang tanpa bergantung harap kepada makanan tambahan.
Pilihan diet lengkap adalah daripada pilihan buah-buahan, sayuran, bijiran penuh, susu, ikan dan minyak. Pemilihan sajian sihat ini mencukupi untuk menampung keperluan nutrien harian. Diet seimbang mempunyai zat lengkap dan mempunyai komponen nutrien yang pastinya lebih menjamin kesihatan.
Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai vitamin, mineral, serat dan nutrien yang berupaya mencegah pelbagai penyakit. Manakala pil multivitamin hanya mempunyai vitamin dan mineral sahaja. Pengambilan serat yang tinggi secara saintifik terbukti mencegah penyakit kronik seperti kanser usus.
Phytonutrient yang juga nutrien daripada sumber tumbuh-tumbuhan kaya dengan bahan antioksidan, juga membantu mencegah serangan penyakit kronik.
Info
CONTOH MAKANAN TAMBAHAN ADALAH SEPERTI KOLAGEN
Rumpai laut tidak mengandungi kolagen
Rumpai laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.
Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein. Protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat.
Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen. Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.
Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jaguh dunia keirin, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara di Velodrom Nasional, Nilai, sekali gus melepasi sasaran yang diletakkan kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 ini.
Azizulhasni menghadiahkan emas keramat tersebut menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki.
Tempat ketiga menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand yang menumbangkan cabaran pelumba Indonesia, Puguh Admadi, dalam perebutan gangsa.
Ini merupakan emas individu pertama Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe selepas menang emas pecut berpasukan di Korat 2007 bersama Junaidi Nasir dan Edrus Yunus.
Ketika ini Team MAS telah mengutip 111 emas, 77 perak dan 69 gangsa manakala Thailand yang juga pesaing utama negara mengekori di tempat kedua dengan kini memperoleh 60 emas, 72 perak dan 75 gangsa.
Team MAS dijangka menambah koleksi pungutan pingat emas apabila atlet negara bakal beraksi dipentas final dalam beberapa acara antaranya Silat, Perahu Layar, Badminton, Skuash , Luncur Air dan Hoki
Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.
Wanita memang banyak amalan dan petua untuk tampil sihat. Walaupun nampak mudah tapi kalau amalan wanita ini dibuatkan secara konsisten boleh memberikan impak positif pada kesihatan lelaki.
Jadi lelaki, kalau nak kekal sihat dan postif jangan ambil remeh dengan amalan wanita ini. Oleh itu, jom tiru 4 amalan wanita ini.
Mengikut kajian oleh Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah berbanding wanita. Tabiat ini memudahkan penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malam untuk mengurangkan minyak dan mengelakkan bakteria daripada menutupi liang pori-pori wajah.
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, individu yang menimbang berat badan secara konsisten lebih banyak menurunkan berat badan berbanding individu yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan dengan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk anda atasi penyebaran bakteria. Pastikan anda sentiasa membawa gel anti-bakteria ini setiap masa. Hanya sapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat sebelum ia kering sendiri. Ini antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah untuk lelaki amalkan.
Bukan mengada-ngada nak mandi guna air panas. Sebenarnya, mandi air suam atau air panas dapat membuka liang pori-pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh. Malah, jika anda mencampurkan air mandian dengan garam laut juga, anda dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit. Jadi pastikan anda amalkan ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.