MASKULIN percaya rata-rata daripada anda yang gemar melakukan aktiviti larian lebih cenderung memilih waktu pagi atau petang. Namun dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa tidak menentu dan sibuk ramai juga yang memilih melakukan larian pada waktu malam.
Berbeza dengan melakukan larian pada waktu pagi atau petang, larian pada waktu malam mendatangkan risiko yang sedikit berbeza terutamanya dari segi keselamatan.
Ini terutamanya larian yang dilakukan di atas jalan raya. Bagi keselamatan anda perlu memakai pakaian yang lebih cerah atau lebih selamat menggunakan baju dan kasut dengan material pantulan cahaya. Selain itu penggunaan headlamp juga sangat membantu.
Ads
Fotor: unnersworld.com
Selain itu risiko keselamatan terhadap perlakuan jenayah juga perlu diberikan perhatian. Sebaiknya elak berlari seorang diri dan lakukanlah larian di dalam kumpulan yang kecil. Berlari dalam kumpulan boleh mengelakkan anda menjadi sasaran mudah penjenayah.
Ads
Bagaimana pula faktor kesihatan? Adakah larian pada waktu malam boleh dilakukan dengan baik dan tidak memberikan apa-apa masalah kesihatan?
Baru-baru ini MASKULIN sempat menemubual seorang jurulatih larian yang cukup berpengalaman yang juga merupakan Coach Garmin Running Club, Akashah Izhar. Ikuti perkongsian menarik Coach Akashah tentang perkara ini serta beberapa tip larian yang cukup bermanfaat untuk anda semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak lama lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad 11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah 1440 Hijrah.
Pada waktu itu, ada yang pergi menunaikan haji di tanah suci Mekah dan jika tidak, mereka akan menyambut perayaan korban di mana haiwan ternakan akan disembelih serta diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Fokus kali ini adalah kepada Jemaah haji yang menghidapi diabetes jenis 1 & 2. Apabila pergi ke sana, mereka pasti akan membawa bekalan suntikan insulin.
Seorang Ahli Farmasi, Fahmi Hassan berkongsikan melalui laman facebooknya tentang bagaimana untuk menyimpan serta membawa stok Insulin ke tanah suci buat Jemaah haji yang mempunyai diebetis jenis 1 dan 2.
Musim menunaikan haji ini, terdapat banyak persoalan berkaitan ubat-ubatan. Bagi ubat-ubatan biasa, sebenarnya mudah saja caranya.
1. Bawa preskripsi atau salinan preskripsi.
2. Pastikan ubat dibawa cukup untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci. Jangan bawa terlalu banyak stok ubat.
3. Simpan ubat-ubatan di dalam pek asal. Jangan keluarkan dari pek blister.
4. Pastikan label ubat jelas dan boleh dibaca.
5. Bawa ubat di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.
Secara amnya, insulin yang disimpan di suhu bilik akan tahan selama 30 hari. Sekiranya tempoh menunaikan ibadah kurang dari 30 hari, anda hanya perlu bawa stok insulin yang mencukupi bersama-sama ubat-ubatan lain.
1. Cari ‘cold box’ atau bekas penyejuk dengan saiz bersesuaian.
2. Dapatkan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ pada hari penerbangan atau sehampir mungkin dengan hari penerbangan.
3. Bawa bersama ‘cold box’ yang telah diisi dengan insulin dan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.
4. Apabila tiba di hotel, keluarkan insulin dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Dapatkan bantuan pegawai farmasi bertugas sekiranya tiada peti sejuk di hotel atau mengalami masalah lain.
6. Gunakan ‘cold box’ yang diisi dengan ‘ice pack’ sekiranya perlu membawa stok insulin untuk perjalanan jauh.
Diharapkan sedikit panduan ini dapat membantu jemaah yang bakal menunaikan haji. Semoga dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta memperoleh haji yang mabrur.
Fahmi Hassan
Pharmacist
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
UNTUK PENYAKIT KARDIOVASKULAR (JANTUNG) PULA, BANYAK BUKTI MENUNJUKKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN BOLEH MENGURANGKAN RISIKO KERANA KEPELBAGAIAN KANDUNGAN KHASIAT, KALIUM DAN SERAT YANG MEMPUNYAI MANFAAT TERSENDIRI.
Bagaimanapun, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan kimia yang digunakan dalam penanamannya lantas menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti produk tani ini supaya tidak memudaratkan.
Kandungan sisa racun serangga dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan kepada pengguna kerana ia menjadi ia boleh punca kepada penyakit berbahaya seperti kanser.
Tip memilih makanan hijau:
– Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini kerana produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktor pengeluaran yang sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.
– Tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan
Menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan selamat dimakan.
– SERANGGA JADI PENUNJUK
MAKANAN HIJAU YANG ADA (SEDIKIT) KESAN SERANGGA MENUNJUKKAN IA KURANG ATAU TIADA SISA RACUN PEROSAK, BAGAIMANAPUN HATI-HATI AKIBAT PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS RACUN PADA TEMPOH YANG LAMA BOLEH MENYEBABKAN MAKHLUK PEROSAK LALI DENGAN RACUN ITU.
– Cuci bersih
Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10 hingga 20 peratus sisa racun yang terdapat di kulit sayuran atau buah-buahan.
– Organik pilihan yang baik
Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Selain memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas dari racun perosak, pengguna perlu memastikan ia juga selamat dimakan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.
Panduan memilih
– Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dalam keadaan elok, tidak berkedut dan kulitnya kelihatan banyak mengandungi air.
– Buah-buahan segar mestilah rangup apabila dimakan.
– Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan.
– Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air.
– Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.
Cara menyimpan
– Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama.
– Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh, dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.
– Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.
– Elakkan menggunakan beg plastik untuk mengelakkan buah menjadi layu dan vitaminnya hilang.
– Buah-buahan seperti pisang jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.
– Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik saja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti pernah dengar kes tentang bagaimana seorang lelaki yang masih muda dan mempunyai fizikal normal meinggal dunia kerana terkena serangan jantung.
Atau bagaimana seorang yang dilihat sihat tiba-tiba didapati menghidapi penyakit kencing manis kronik.
Ya, perkara-perkara begitu memang pernah terjadi dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi bagaimanakah kita boleh elak daripada ia berlaku?
Untuk mengelak beberapa simptom dan penyakit memang banyak caranya namun salah satu langkah awal ialah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Sebagai lelaki terdapat 5 jenis pemeriksaan kesihatan yang WAJIB anda lakukan dari semasa ke semasa.
Jangan fikir usia muda anda boleh bebas sepenuhnya dari masalah darah tinggi. Situasi sekeliling boleh menjadi punca tekanan darah meningkat atau dia juga boleh turun tanpa disedari. Jika tekanan darah korang bermasalah risau pula penyakit lain yang singgah. Serangan angin ahmar, pitam, serangan jantung atau kerosakan salur darah antara penyakit berangkai yang perlu boleh anda elak.
Menurut tinjauan di Amerika Syarikat, kira-kira 45 juta rakyatynya mengalami masalah mata akibat proses penuaan. Daripada jumlah itu hanya satu pertiga menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Pemeriksaan mata boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali. Jadi tak salah jika anda buat pemeriksaan mata. Iangat pemeriksaan ini bukan hanya memeriksa anda rabun atau tidak tetapi mengesan penyakit mata yang merbahaya juga.
Antara musuh utama lelaki ialah diabetes atau kencing manis. Ini kerana ia boleh menjejaskan secara langsung kualiti hidup lelaki seperti turunnya nafsu seks atau mati pucuk. Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan atau lahir dari keluarga penghidap kencing manis, ujian ini perlu dilakukan dengan lebih awal.
Sebaiknya mulakan pemeriksaan kadar kolestrol seawal umur 20 tahun. Dan setiap antara dua hingga lima tahun untuk pemeriksaan berkala, bergantung kepada paras normal. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density Lipoprotein (LDL). HDL merupakan kolesterol baik yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok, manakala kolesterol LDL adalah kolesterol jahat yang menyumbang kepada sakit jantung.
Ya, MASKULIN akui ini merupakan antara subjek taboo bagi ramai lelaki. Ini kerana ia boleh mencabar ego anda sebagau lelaki. Tapi tahukah anda bahawa kanser prostat merupakan antara pembunuh utama lelaki? 90 peratus pesakit kanser ini boleh disembuhkan sekiranya dapat dikesan daripada awal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mengesan sebarang benjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran alat sulit. Jika ada tanda-tanda macam tu, cepat-cepat jumpa doktor!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang