Lee Min Ho dinobatkan aktor Korea paling popular selama 12 tahun berturut-turut. Sejak kemunculannya sebagai Goo Jun Pyo dalam drama bersiri Boys Over Flowers pada tahun 2009, nama Lee Min Ho semakin melonjak naik bukan sahaja di Korea Selatan, malah turut dikenali di peringkat antarabangsa.
Lee Min Ho Dinobatkan Aktor Korea Paling Popular Selama 12 Tahun Berturut-turut
Kini, bintang utama dalam drama terbaru When the Stars Gossip (2025) ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang aktor Korea yang paling digemari masyarakat dunia.
Terbaharu, Lee Min Ho sekali lagi dinobatkan sebagai aktor Korea paling popular. Satu pencapaian cemerlang yang telah dikecapinya selama 12 tahun berturut-turut.
Menurut laporan dari Sportskeeda, pengiktirafan ini berdasarkan hasil tinjauan 2025 Global Hallyu Survey yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea.
Ads
Tinjauan tersebut menilai tahap penglibatan global terhadap kandungan budaya Korea. Ia dijalankan antara 29 November hingga 27 Disember 2024 dan melibatkan seramai 26,400 responden dari 28 buah negara. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 7 April 2025.
Lee Min Ho berjaya meraih tempat pertama dengan 7.0% jumlah undian, sekali gus menarik perhatian peminat dari seluruh Asia, Amerika Utara, Eropah, hingga ke Timur Tengah. Ini membuktikan daya tarikan global yang dimilikinya masih kukuh dan relevan.
Antara selebriti Korea lain yang turut tersenarai ialah Gong Yoo dan Song Hye Kyo, yang masing-masing menerima 2.4% undian daripada para responden.
Ads
Buat para peminat Lee Min Ho, anda kini boleh menyaksikan projek lakonan terbarunya When the Stars Gossip (2025) di platform penstriman Netflix. Jangan lupa nantikan karya-karya lain beliau yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia!
Keberkatan rezeki antara perkara utama yang mesti dan perlu dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun, dalam artikel ini saya merujuk rezeki pada pendapatan yang kita peroleh sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji.
Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibuat belanja untuk beli makanan atau bagi yang sudah berkeluarga dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka tidak sedar wujudnya hubungan langsung antara keberkatan rezeki dan setiap aspek kehidupan kita.
1. Sering bergaduh. Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…
4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…
7. Kurang berdoa dan kurangnya bertakwa pada ALLAH. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH. insya ALLAH
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama adalah yang kita nampak akan hukumnya dalam Islam iaitu rezeki yang datang daripada sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu dan seumpamanya.
Tidak kurang juga bahayanya adalah apabila kita tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh atau melakukannya dengan tidak sempurna.
Lazimnya ia berlaku di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, menipu majikan, kerja tidak bersungguh-sungguh, melakukan kerja lain dalam waktu bekerja, tidak serius ketika bekerja, dengki, iri hati dan seumpamanya.
Minggu lalu ketika bertemu dengan seorang teman, beliau sempat meluahkan rasa kecewanya terhadap hasil kerja seorang tukang rumah yang dipanggil untuk membetulkan lampu dan memasang langsir di rumahnya.
“Bila nak caj, laju je letak harga. Bukan main mahal pulak tu, nak kurang sikit pun tak boleh. Tapi kerja buat cincai je. Tak sempat aku nak gantung langsir dah tercabut relnya. Nak panggil datang balik betulkan semula, memang susahlah.”
Ini perkara yang perlu kita muhasabah dalam kehidupan setiap hari. Adakah caj bayaran atau gaji yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan? Adakah hasil kerja yang kita lakukan seperti apa yang orang atau majikan harapkan?
Persoalan lebih utama adalah, adakah berkat hasil wang daripada upah atau gaji yang kita terima? Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
1. Hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa tenang
Tanda yang pertama rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
2. Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat. Tidak lokek untuk berkongsi rezeki sesama manusia bahkan juga sesama haiwan.
3. Jauh daripada bala bencana
Allah menarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini duit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang.
Wang gaji pula tak tahu ke mana perginya. Tak nampak apa yang dibeli, tiba-tiba poket kering sehingga terpaksa meminjam. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang jika ia punca kepada segala masalah berkenaan.
4. Keluarga harmoni dan anak cemerlang
Wang kadangkala tidak menjadi pengukur kebahagiaan sesebuah institusi keluarga. Wang yang banyak belum tentu menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Apa yang penting adalah keberkatan wang yang diperoleh. Rezeki yang berkat walaupun tidak banyak akan membahagiakan keluarga dengan rahmat Allah SWT.
SUMBER : Olahan Dari Rahsia Perkahwinan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum meninggalkan rumah, menjadi kebiasaan bagi ramai orang untuk memastikan semua suis barangan elektrik dimatikan, kain di ampaian diangkat, dan paip air ditutup rapat.
Tindakan ini bukan sahaja langkah berjaga-jaga demi keselamatan, malah penting untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan air.
Namun begitu, dalam usaha berjimat dan memastikan semuanya dalam keadaan selamat, timbul satu persoalan yang sering mengelirukan ramai mengapa bil elektrik masih tinggi sedangkan semua suis sudah ditutup?
Ramai dalam kalangan kita menyangka bahawa menekan suis ke posisi ‘off’ sudah memadai untuk menghentikan aliran elektrik.
Namun hakikatnya, terdapat sesetengah peralatan elektrik yang masih menggunakan tenaga elektrik walaupun suis telah ditutup.
Inilah yang dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.
Menurut satu perkongsian oleh pengguna TikTok @abgletriqq, terdapat banyak barangan elektrik di rumah yang masih menyimpan atau menggunakan tenaga dalam keadaan siap sedia.
Walaupun kita telah menutup suis pada soket, peralatan tersebut masih menyedut sejumlah kecil tenaga cukup untuk menjejaskan jumlah bil elektrik jika dibiarkan dalam jangka masa panjang.
“Phantom Power ini berlaku apabila penggunaan barangan elektrik tidak dimatikan sepenuhnya. Contohnya, mesin basuh jenis front load masih menarik elektrik di bahagian papan litar (PC board) walaupun kita telah menekan suis pada plug,” jelasnya dalam video tersebut.
Antara peralatan yang sering dikenal pasti menjadi punca Phantom Power termasuklah:
Semua peralatan ini, apabila tidak dicabut plug, akan kekal berada dalam mod ‘standby’ dan akan terus menggunakan sedikit tenaga secara senyap.
Dalam sehari mungkin jumlahnya kecil, tetapi dalam sebulan atau setahun, ia tetap memberi kesan ketara pada bil elektrik.
Disebabkan wujudnya Phantom Power ini, amalan mencabut plug selepas menggunakan barangan elektrik adalah sangat digalakkan, bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga penjimatan.
“Pengalaman saya sendiri, tabiat cabut plug ini sudah dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa, dan ia sebenarnya sangat bagus. Selain menjimatkan bil elektrik, kita juga dapat elakkan risiko litar pintas atau kebakaran ketika tiada orang di rumah,” tambahnya.
Bahkan, dalam situasi tertentu seperti ketika bercuti atau meninggalkan rumah dalam tempoh lama, adalah sangat penting untuk memastikan semua plug telah dicabut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Bila sampai bil elektrik saja anda terus bingung dan tertanya-tanya. Kenapa bil selalu tinggi? Sebelum anda tergesa-gesa melakukan panggilan telefon untuk membuat komplen atau aduan, sila periksa apa yang berlaku dalam rumah dahulu.
Kita mungkin tidak sedar bil elektrik boleh menjadi tinggi kerana penggunaannya yang tidak disedari. Cuba pikir, ada tak anda biarkan peralatan eletrik dengan palam masih bersambung dengan soket?
Untuk pengetahuan anda, arus elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan. Kali ini MASKULIN ingin kongsi LIMA jenis peralatan eletrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plag masih bersambung dengan soket.
Mungkin lepas ini anda perlulah lebih kerap untuk mencabut palam peralatan tersebut jika tidak digunakan tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Jadi selepas ini tidaklah anda risau akan bil elektrik melambung tinggi.
108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.
Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.
Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.
Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.
Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.
Tapi tahukah anda, dekorder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.
Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.
Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?
Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.