khabib legasi
MAIN

Beberapa hari lalu, atlet MMA Khabib Nurmagomedov telah memenangi pertarungannya menentang Justin Gaethje. Ia sekaligus menjadikan Khabib memegang rekod luar biasa dengan 29 kemenangan tanpa kalah di kejohanan UFC. Namun bukan itu sahaja menarik perhatian kerana Khabib mengumumkan persaraannya. Legasi ditinggalkannya pastu sukar untuk diikuti oleh mana-mana petarung MMA.

Juara tidak terkalah yang berusia 32 tahun tersebut kini dianggap sebagao salah seorang daripada petarung MMA terhebat dalam sejarah sukan tersebut. Sejurus pertarungan menentang Justin, dia mengejutkan ramai pihak terutamanya penggemar sukan ini dengan mengumumkan persaraannya.

Legasi Petarung Khabib Nurmagomedov, Ini Koleksi Fakta Menarik Tentang Dirinya
Foto: UFC

Digahamkan Khabib bersara di atas janji kepada ibunya. Khabib juga dilihat menangis selepas pertarungan kerana mengenangkan ayahnya yang telah meninggal dunia akibat Covid-19.

“Hari ini merupakan pertarungan terakhir saya. Tidak mungkin saya akan melangkah ke gelanggang lagi tanpa ayah di sisi,” jelasnya.

Persaraan tersebut telah mendapat reaksi yang cukup mengejutkan daripada peminat dan juga bintang sukan yang lain. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan terharu dengan pencapaian yang telah diperolehinya sepanjang karier dalam MMA.

Bersempena persaraan Khabib, MASKULIN kongsikan beberapa fakta menarik tentang dirinya yang mungkin anda tidak tahu.

IKLAN

1

Khabib mula berlatih gusti bebas sejak berusia 6 tahun dibawah latihan bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov. Beliau merupakan salah seorang pakar judo dan kombat di Dagestan.

Legasi Petarung Khabib Nurmagomedov, Ini Koleksi Fakta Menarik Tentang Dirinya
Khabib bersama bapa insan penting dalam karier dan hidupnya,

2

Pada usia remaja, Khabib meraih pelbagai kejuaraan dan kejayaan dalam pelbagai disiplin gusti dan seni bela diri seperti judo, kombat sambo, pankration dan gusti greko-roman.

3

Sangat meminati bola sepak. Selain seni mempertahankan diri, Khabib juga gemar bermain bola sepak. Pasukan kegemarannya ialah Anzhi Makhachkala dan juga Real Madrid.

IKLAN

4

Khabib dikenali sebagai seorang atlet beragama Islam yang cukup taat. Dia tidak pernah mengambil bahagian dalam pertarungan sepanjang Ramadan. Malah dalam setiap ucapannya tak pernah lekang dengan ucapan ‘Alhamdulillah’.

Legasi Petarung Khabib Nurmagomedov, Ini Koleksi Fakta Menarik Tentang Dirinya

5

Meminati Fedor Emelianenko yang merupakan atlet MMA paling disegani di Rusia.

IKLAN

6

Arwah bapanya pernah berkata Khabib akan berhenti bertarung apabila berusia 32 tahun. Jelasnya umur 32 tahun merupakan waktu di mana kondisi fizikal Khabib akan mula menurun.

7

Merupakan atlet Rusia yang paling popular di Instagram.

8

Lagu yang digunakan Khabib ketika setiap kali melangkah ke gelanggang ialah lagu daripada Sabrine Kors. Ia merupakan lagu patriotik tentang Dagestan.

Selamat bersara untuk Khabib. Legasi yang anda tinggalkan sesungguhnya cukup luar biasa!

Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk pelbagai content menarik seperti video di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI