Dunia hiburan tanah air kembali digemparkan dengan kisah sensasi apabila aktres jelita, Nora Danish, sekali lagi menjadi tumpuan selepas dikaitkan dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua. Segalanya bermula apabila Nora memuat naik foto seorang jejaka bercermin mata dan berkopiah di laman Instagram miliknya.
Siapakah Lelaki Misteri Itu?
Tidak menunggu lama, netizen mula membuat pencarian hingga mendakwa lelaki tersebut ialah seorang perunding kewangan bernama Mickey Ayo. Apa yang membuatkan orang ramai semakin yakin, Mickey juga memuat naik foto yang hampir sama di media sosialnya, malah Nora turut kelihatan meninggalkan tanda suka pada beberapa hantarannya.
Ads
Perkara ini segera mencetuskan spekulasi bahawa kedua-duanya kini sedang dalam fasa mengenali hati budi, walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Nora atau Mickey sendiri.
Netizen Serbu Akaun Mickey
Akibat rasa ingin tahu, akaun media sosial Mickey mula ‘diserbu’ netizen yang mahu mengetahui status sebenar hubungan tersebut. Ada yang mengucapkan tahniah, tidak kurang juga yang menasihati supaya mereka berdua lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi.
Dari sudut pandang lelaki, isu ini membawa mesej yang jelas status duda bukan lagi halangan untuk membina hubungan baharu, malah menjadi nilai tambah yang boleh dilihat sebagai tanda kematangan. Lelaki yang pernah melalui fasa rumah tangga lazimnya lebih berpengalaman dalam soal tanggungjawab, lebih realistik, dan lebih menghargai pasangan.
Ads
Ini bukti bahawa daya tarikan lelaki bukan sekadar pada rupa paras atau status sosial, tetapi pada sikap, kestabilan hidup, dan kejujuran dalam membina perhubungan.
Walaupun gosip ini masih belum disahkan, kisah Nora Danish dengan lelaki berstatus duda anak dua ini sudah cukup untuk menjadi topik hangat. Apa pun kenyataannya kelak, ia menjadi inspirasi kepada lelaki bahawa peluang kedua sentiasa wujud — asalkan anda matang, bertanggungjawab, dan tahu menghargai wanita dengan sebaiknya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada 14 Mac 2017 lalu Lexis Hibiscus Port Dickson telah mencatat sejarah yang membanggakan bagi industri pelancongan Malaysia apabila dinobatkan Guiness World Records bagi dua kategori.Rekod pertama adalah bagi kategori ‘ Resort kolam renang terbanyak 643’ dan ‘Resort dengan Vila di atas air terbanyak 522’.Resort yang menelan belanja hampir 400 juta ringgit ini terima dua plak pengiktirafan dari Guiness World Records yang disampaikan oleh Swapnil Dangarikar wakil yang didatangkan khas dari ibu pejabat Guiness World Records yang beroperasi di London.Upacara penyampaian plak ini telah diterima oleh pemilik hartanah berkenaan Pengarah Urusan Kuala Lumpur Metro Dato’ Low Tak Fatt dan Presiden Kumpulan Hotel Lexis Mandy Chew Siok Cheng,dengan disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Terdahulu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata lebih ramai rakyat Malaysia,sama ada individu atau syarikat korporat wajar mencontohi Lexis Hibiscus Port Dickson meletakkan Malaysia pada kedudukan positif dan setanding dengan pihak lain didunia, Lexis Hibiscus mencipta rekod baharu di Negara ini dengan menjadi resort pertama yang melengkapi setiap biliknya dengan kolam renang dan bilik mandi wap untuk bersantai serta melakukan aktiviti bagi tujuan beristirehat.
Sentuhan inovatif inilah yang memungkinkan resort ini mencapai dan merangkul bukan sahaja satu malah dua kedudukan yang amat dipandang tinggi dalam Guiness World Records iaitu ‘Resorts dengan kolam terbanyak 643 dan ‘resort dengan vila di atas air terbanyak 522’. Saya ingin menegaskan bahawa ia adalah pencapaian yang amat istimewa apabila resort ini dan Malasyia mendapat pengiktirafan dan pujian daripada sebuah institusi berprestij,yang terkenal kerana usahanya mendokumentasikan pencapaian yang memecah rekod,”katanya. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan Kuala Lumpur Metro Dato’ Haji Mat Hassan Esa.Sementara itu,Low berkata dengan pengiktirafan ini akan menjangka percambahanpeningkatan kadar penginapan hotel sebanyak 70 peratus berbanding 60 peratus sekarang ,hasil daripada usaha pengiklanan secara agresif jerayawara,pesta perjalanan dan perdagangan pemasaran media sosial .Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan 639 vila dilengkapi kolam renang yang terdiri daripada 117 bilik menara dan 522 bilik vila atas air.Mengenai perkembangan lain,low berkata kumpulan itu merancang untuk membuka sebuah lagi resorts di Melaka yang berkonsepkan rumah air. Kami sedang berbincang dengan kerajaan negeri berkenaan dan mencari rakan usaha sama untuk membinanya,’kata beliau sambil menjelaskan bahawa selain Lexis Hibiscus Port Dickson,kumpulan itu juga mengurus Lexis PD,Grand Lexis PD dan Lexis Suites Penang.
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.Marah dan manusia memang tidak akan pernah terpisah. Emosi sering menggangu gugat manusia, malah mampu mengubah sifat manusia dalam sekelip mata.
Ini beberapa panduan cara mengawal serta memulih kemarahan dengan cepat. Ye lah, lagi-lagi pada bulan puasa ni. Tak elok jika kita marah-marah, nanti kurang pahala.
Kadang kala, kita merasakan dengan menumbuk bantal, menghempas barang-barang adalah suatu kepuasan yang dapat melegakan amarah. Walhal, sebuah kajian yang dilakukan telah mendapati reaksi itu sama sekali tidak membantu untuk mengurangkan marah seseorang. Bahkan, ia sebenarnya meningkatkan lagi kebencian.
Yup! Dan kalau anda nak tahu, jika anda gemar benar melenting tidak tentu pasal, ia sebenarnya meningkatkan risiko untuk anda terkena serangan jantung! Eee takut…
Jika anda sedang mengamuk, keseluruhan badan anda sebenarnya sedang tegang. Menarik nafas dalam-dalam sebenarnya bisa bantu menurunkan meter kemarahan anda. Tak percaya? Cuba tarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali. Ianya cukup untuk melegakan amukan anda itu tadi 🙂
Cuba selami diri anda, ketahui situasi, kenali orang lain serta apa sahaja punca yang mungkin menjadi dalang kepada kemarahan anda. Sebaik sahaja anda memahami kelemahan diri anda, cuba mengelak darinya. Jika anda tidak dapat mengelak, sekurang-kurangnya anda dapat menjangka bila kemarahan anda akan tiba. Berwaspadalah.
Siapa yang marah, mereka sebenarnya adalah loser paling nyata. Marah akan membuat anda kelihatan seperti seorang individu yang jahat, tidak kiralah apa puncanya sekalipun. Cuba rakam wajah anda ketika marah dan mainkan semula rakaman itu berulang kali. Pasti anda ngeri melihat riak wajah bengis anda dan tidak mahu berkelakuan begitu lagi.
Apa kata selepas ini, jika anda mahu marah, cuba cari jalan untuk membalas respon lawan secara lebih profesional kerana marah itu BUKAN TINDAKAN PROFESIONAL!
Jika anda marah pada seseorang atau sesuatu, jauhi diri anda darinya buat seketika. Ambil masa selama beberapa minit untuk bergerak, bersiar-siar sambil menghirup udara segar atau buat apa sahaja perkara yang bisa memberi ketenangan.
Duduk dengan lurus dan selesa di atas kerusi, sofa atau lantai. Letak kaki anda secara rata dihadapan anda. Relaks. Kemudian, luruskan kedua belah tangan anda dan letakkan tapak tangan di atas peha. Pastikan siku anda berada di sisi berdekatan pinggang dengan selesa.
Gerak-gerakkan bahu anda supaya otot dan sendi di kelilingnya turut relaks. Tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Lalu, pejamkan mata sambil anda melakukan teknik pernafasan yang sama seperti tadi.
Jika anda dan individu rapat sedang berada dalam situasi tegang, salah seorang dari anda perlu bertindak untuk membuat lawan anda ketawa.
Ini adalah salah satu cara untuk menghentikan pergaduhan dengan segera. Why so serious?
Kerana ia tidak dapat melegakan amarah anda pun, sebaliknya membuatkan orang menjadi takut/meluat terhadap anda. Marah bukanlah senjata emosi mahupun cara berkomunikasi yang baik. Tahu?
Jadi jika anda marah, jangan tunjukkan kemarahan melalui riak wajah anda kepada orang lain, terutamanya terhadap anak-anak. Kemarahan anda adalah masalah anda, bukan masalah anak-anak anda atau orang sekeliling anda yang tidak bersalah. Behave!
Jika anda tidak mahu memaafkan seseorang secara terang-terangan, anda boleh menulis luahan hati anda yang telah lama terbuku di atas kertas mahupun email. Jika anda masih mahu menjalin hubungan baik dengan individu tersebut, tekanlah butang “send” atau hantar surat itu kepadanya. Jika tidak, simpan sahaja untuk diri anda.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Hope College di Michigan, apabila seseorang memikirkan tentang seseorang yang membuatkan mereka marah, kadar degupan jantung dan otot anda semuanya bakalan tegang.
Akan tetapi, jika seseorang itu membayangkan bahawa mereka sedang atau telah memaafkan orang tersebut, tekanan darah seseorang serta fungsi badannya tidak akan berubah langsung! Ianya kekal tenang… Hebat kan?
Kongsi disini bukanlah bermaksud meluahkan kemarahan anda pada seseorang. Maksudnya merujuk kepada bercakap sambil menghilangkan tekanan bersama dengan seorang rakan atau individu yang neutral (tidak menyebelahi mana-mana pihak) supaya si pendengar bisa memberi perspektifnya mengenai situasi tersebut secara adil dan tidak berat sebelah.
Selamat beramal!
SUMBER : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada jam 8 pagi hari ini bermulanya tempoh permohonan kredit RM100 e-Madani, sebuah inisiatif diperkenalkan kerajaan untuk memperkasakan pembayaran tanpa tunai.
Para pemohon yang menepati syarat kelayakan boleh membuat permohonan sehingga tarikh tutup, iaitu jam 11.59 malam pada 20 Februari 2024.
Sudah pasti ramai rakyat Malaysia yang layak teruja untuk memohon dan sudah merancang perkara untuk memanfaatkan kredit bernilai RM100 itu.
Namun, tahukah anda ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan dengan kredit tersebut?
Memetik portal Manfaat, kredit eMadani boleh digunakan untuk semua perkara kecuali 10 perkara ini:
Anda tidak boleh menghantar atau menerima wang secara terus antara individu
Anda tidak boleh menukarkan kredit e-MADANI kepada wang tunai
Walaupun selama ini anda membayar bil utiliti menggunakan aplikasi e-dompet, penggunaan kredit e-Madani ini tidak boleh digunakan untuk tujuan berkenaan.
Sebarang bayaran fi yang berkaitan dengan kerajaan yang terhubung dengan aplikasi e-dompet juga tidak dibenarkan
Pembelian bil telekomunikasi, sama ada pascabayar atau prabayar, yang terintegrasi dengan aplikasi e-dompet juga tidak termasuk dalam manfaat kredit e-Madani.
Bagi pencinta games, anda boleh lupakan hasrat anda untuk membeli permainan menggunakan kredit e-Madani. Jika anda mahu beli juga, gunakan wang peribadi anda sahaja.
Sayangnya, kredit e-Madani tidak boleh digunakan untuk membayar tempat letak kereta
Jika anda ingin menambah nilai kad Touch N Go anda atau MyRFID untuk digunakan di plaza tol, pastikan anda menggunakan wang peribadi anda ya.
Sebarang aktiviti pelaburan yang terhubung dengan aplikasi e-dompet juga tidak dibenarkan
Jika anda suka membeli-belah secara atas talian, harap maaf kerana anda masih perlu menggunakan wang peribadi anda juga untuk melakukan perkara tersebut.
Apa-apa pun masih banyak perkara boleh dilakukan untuk memanfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan ini. Jadilah pengguna yang bijak untuk merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kredit bernilai RM100 itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang