Ads

Lelaki Harus Tahu Keutamaan, Antara Hobi & Tanggungjawab Sebagai Suami atau Bapa

hobi

Hobi bukan masalah. Malah bagi lelaki, hobi boleh menjadi ruang untuk melepaskan tekanan, membina persahabatan dan mengekalkan identiti diri selepas sibuk dengan kerja serta keluarga. Ada yang memilih motosikal, berbasikal, memancing, gaming, golf atau mendaki gunung. Semua itu tidak salah.

Masalah bermula apabila hobi tidak lagi menjadi ruang untuk recharge, sebaliknya mengambil masa, wang dan tenaga yang sepatutnya diberikan kepada keluarga.

Apabila seorang lelaki memilih untuk berkahwin dan mempunyai anak, hidupnya berubah. Dia masih individu yang mempunyai minat sendiri, tetapi pada masa sama memegang dua peranan besar iaitu sebagai seorang suami dan bapa.

Dua peranan ini datang dengan tanggungjawab yang tidak boleh diletakkan dalam mod “pause” hanya kerana ada ride hujung minggu, trip memancing atau sesi gaming dengan kawan.

Lelaki Harus Tahu Keutamaan, Antara Hobi & Tanggungjawab Sebagai Suami atau Bapa

Kehadiran Lebih Bernilai Daripada Sekadar Menyediakan Wang

Masih ada yang beranggapan bahawa tanggungjawab lelaki selesai apabila bil rumah sudah dibayar dan keperluan keluarga sudah cukup. Hakikatnya, keluarga memerlukan lebih daripada seorang penyedia kewangan.

Satu kajian longitudinal terhadap 103 keluarga mendapati penglibatan bapa dalam penjagaan anak sejak peringkat awal mempunyai kaitan dengan kualiti interaksi keluarga kemudian hari. Dalam erti kata lain, “hadir” bukan sekadar berada di bawah satu bumbung, tetapi benar-benar terlibat dalam rutin, penjagaan dan kehidupan anak.

Kajian lain menggunakan United Kingdom Time Use Survey pula mendapati masa bersama pasangan, keluarga dan anak mempunyai kaitan positif dengan subjective well-being ibu dan bapa. Kajian itu turut menunjukkan pembahagian kerja domestik yang tidak seimbang boleh mempengaruhi bagaimana pasangan menikmati masa bersama.

Maksudnya mudah. Kalau suami sedang seronok dengan hobinya tetapi isteri pada masa sama keletihan mengurus rumah dan anak seorang diri, isu sebenar bukan motosikal, memancing atau gaming.

Ads

Isunya ialah ketidakseimbangan tanggungjawab.

Jangan Tunggu Isteri Minta Tolong

Antara ungkapan biasa sesetengah lelaki yang sering diungkapkan kepada isteri atau pasangan, “Kalau perlukan bantuan, beritahu.”

Niatnya mungkin baik. Tetapi menjadi suami dan bapa bukan seolah-olah memegang jawatan sebagai pembantu yang menunggu arahan.

Anak perlu dimandikan, barang dapur habis, pasangan belum sempat makan, rumah perlu diurus atau anak perlu dibawa ke klinik — semua itu bukan semata-mata “kerja isteri” yang kemudian dibantu oleh suami. Ia adalah kehidupan keluarga yang perlu dikongsi bersama.

Sebab itu masa untuk hobi sepatutnya datang selepas perkara penting diselesaikan, bukannya seluruh keluarga terpaksa menyusun kehidupan mengikut jadual hobi kita.

Ads

Lelaki Harus Tahu Keutamaan, Antara Hobi & Tanggungjawab Sebagai Suami atau Bapa

Hobi Tetap Perlu, Tetapi Ada Syaratnya

Menjadi suami atau bapa tidak bermaksud lelaki perlu membuang semua minat dan hidup hanya untuk keluarga. Ruang peribadi yang sihat tetap penting. Malah pasangan juga berhak mendapat ruang yang sama.

Apa yang diperlukan ialah kemampuan mengurus keutamaan.

Sebelum keluar melakukan hobi, cuba tanya diri:

  • Tanggungjawab utama sudah selesai?
  • Pasangan benar-benar okay menjaga anak ketika kita tiada?
  • Perbelanjaan hobi mengganggu kewangan keluarga?
  • Dan paling penting, pasangan kita sendiri pernah mendapat masa untuk berehat seperti yang kita nikmati?

Jika beberapa jawapannya “tidak”, mungkin bukan hobi itu yang perlu dibuang. Cuma waktunya belum tepat.

Ads

Kajian tentang aktiviti rekreasi pasangan juga menunjukkan bahawa aktiviti yang dinikmati bersama boleh dikaitkan dengan kepuasan hubungan yang lebih baik. Jadi sesekali, daripada semua aktiviti dibuat secara solo atau bersama geng, mungkin ada hobi yang boleh dikongsi dengan pasangan.

BACA: Ramadan Ondash Tolak Pertarungan Semula Dengan Johan Ghazali

Akhirnya, lelaki matang bukan lelaki yang berhenti menikmati hidup selepas berkahwin.

Lelaki matang ialah lelaki yang tahu bila masanya untuk dirinya, dan bila masanya dirinya diperlukan oleh keluarga.

Helmet, joran, basikal, set golf atau console boleh dibeli kemudian. Tetapi fasa anak membesar, saat pasangan benar-benar memerlukan sokongan dan peluang membina kenangan bersama keluarga tidak boleh diulang.

Hobi sepatutnya menjadi sebahagian daripada hidup.

Jangan sampai kerana terlalu mengejar hobi, seorang lelaki terlepas perkara yang sebenarnya jauh lebih penting.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
aliff

Aliff Rakib Hadiahkan Banglo RM1 Juta Buat Ibu Bapa Selepas Cipta...

Aliff Rakib meraikan kejayaan bergelar juara dunia ONE Championship dengan menghadiahkan banglo bernilai RM1 juta kepada ibu bapanya di Rantau Panjang.