Setiap orang mempunyai cara yang berbeza-beza untuk berusha menurunkan berat badan. Ada orang memilih untuk melakukan diet sahaja. Tak kurang juga yang berusaha dengan kudrat melakukan senaman setiap hari membakar segenapa kalori yang bermaharajalela terutamanya di perut.

Lain orang lain caranya. Tapi tak semestinya hanya fokus pada satu cara sahaja untuk turunkan berat badan.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bergelar seorang suami dan bapa kepada 7 orang anak.

Mohd Noor Bin Saari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Noah pada suatu ketika dahulu pernah berdepan masalah berat badan dengan berat hampir 100kg. Noah yang berasal daripada Pahang kemudian mengambil keputusan untuk menurunkan berat badannya dari 96 kilogram tersebut.

Ternyata dengan usaha yang dilakukan tanpa mengira penat dan erti putus ada dia kini berjaya menurunkan berat badan kepada 76kg. Walapun sibuk di pejabat dengan tugasnya sebagai Juruukur Bahan Kanan dan menjadi suami serta ayah kepada 7 cahaya mata, itu tak menjadi penghalang buatnya.

Kudos MASKULIN ucapkan. Ikuti rahsia beliau menerusi temubual MASKULIN bersamanya di bawah.

1. Boleh perkenalkan diri; nama, umur, asal, kerja?

Nama saya  Mohd Noor Bin Saari, nama pangilan Noah @ abahjambang. Saya berasal dari Pahang dan kini bertugas di Perbadanan Putrajaya sebagai Jurukur Bahan Kanan.

2. Terlebih dahulu boleh kongsi bagaimana gaya hidup sebelum ini sehingga boleh naik berat badan ke 96kg?

Gaya hidup sebelum ini,  makan tak tentu masa. Saya juga selalu makan sehingga sampai kenyang dan selalu pada waktu malam. Dulu juga banyak sangat makan makanan segera. Selain itu kurang bersenam kerana saya anggap tak ada masa kerana sibuk dengan kerja dan menguruskan 7 orang anak. Junkfood dan makanan bergula pula antara favourite.

IKLAN

Kerana Anak, Bapa 7 Orang Cahayamata ‘Ghaibkan’ 20kg & Kembali Sihat

3. Apakah yang membuatkan anda ingin turun berat badan?

Ramadan baru-baru ni saya tiba-tiba tak alami sakit perut. Kebiasaannya seminggu sekali mesti sakit perut atau cirit-birit. Disebabkan itu saya teruskan berdiet.. Namun sebab utama ialah saya banyak komitmen kerana anak saya ramai dan masih kecil. Jadi saya fikir kalau saya sakit dan tak sihat siapa nak kaga dan sara mereka. Anak sulung baru umur 12 tahun dan yang bongsu 1 tahun setengah.

BACA: Lelaki Ini Berjaya Turun Berat Badan Dari 120kg Ke 80kg, Ini Resepi Kejayaannya!

4. Bagaimana dengan perubahan diet anda. Apakah menu yang diambil setiap hari?

Diet saya

  • Saya potong terus gula.. tak kira apa jenis gula.. putih..merah..melaka dan lain2..
  • Pagi makan telor ayam kampong 2 biji dan kurma 2 bijii tahan sehingga tengah hari
  • Tengah hari just ambik ikan dan sayuran
  • Petang green tea… tanpa gula.
  • Malam oat dan buah buahan
  • Saya tidak mengambil nasi dah.. dah 2 bulan lebih.. turun hampir 17kg

5. Apakah tip untuk tahan diri daripada makan makanan lain seperti sebelum ini?

IKLAN

Saya beli seluar yang saiz lebih kecil. Sebelum ini saiz 38 jadi saya beli saiz 35 dan bertekad untuk turunkan berat dan memakainya. Alhamdulillah sekarang ini saiz 35 pun dah longgar.

Kerana Anak, Bapa 7 Orang Cahayamata ‘Ghaibkan’ 20kg & Kembali Sihat

6. Untuk bulan pertama adakah perubahan pada fizikal dan berat badan itu ketara?

Ya, sangat ketara dan itu buat saya suka dan makin bersemangat.

7. Boleh share beberapa contoh menu harian sepanjang diet?

Biasa pada waktu pagi saya akan makan 2 biji telur ayam kampong, air saderi yang mesin, dan kurma 2 biji. Untuk makan tengahari pula saya hanya akan makan ikan dan sayur. Dinner pula saya pilih makan oat dan juga buah.

IKLAN

8. Untuk senaman jogging, pada permulaan berlari pada jarak sejauh mana?

Pada mulanya saya berlari dalam jarak 3km. Kemudian tambah jarak sedikit demi sedikit. Kini saya sudah boleh lari 6km. Tapi setiap hari saya akan buat sit up dan push up. Sekurang-kurangnya 30 kali waktu pagi, tengahari dan malam.

9. Adakah puas hati dengan berat sekarang?

Masih belum puas hati. Kalau boleh saya saya nak capai sasaran 75kg. Sekarang berat saya 79kg, jadi sedikit sahaja lagi. BMI normal yang saya target pula adalah 25.

10. Apakah misi seterusnya? Adakah ingin turun lagi berat?

Sekarang sertai program ‘slim shape’ yang dianjurkan di office saya dengan hanya bayaran RM120.

11. Tip kekalkan motivasi diri.

Ingat anak-anak yang ramai dan kekal sihat supaya dapat menjaga mereka dengan baik.

Kerana Anak, Bapa 7 Orang Cahayamata ‘Ghaibkan’ 20kg & Kembali Sihat
Inilah sumber inspirasinya yang terbesar!

12. Bagaimana hidup dalam keluarga besar. Boleh share juga sokongan dari keluarga sepanjang berat turun.

Mungkin jika arwah mak masih hidup, dia pasti akan senyum melihat perubahan saya sekarang. Sebab dulu dia selalu perli dan ingatkan saya yang perut sudah semakin galak membesar. Isteri yang tercinta juga sangat sporting dan banyak memberikan sokongan serta inspirasi. Dialah wanita yang melahirkan anak-anak saya yang seramai 7 orang itu. Bila sudah turun berat badan, anak-anak juga semakin peka dan sudah tak berani nak minta makan fast food sebab mreka tahu abahnya tak makan. Hehehe.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI