Ramai orang mahu menurunkan berat badan dari digelar gemuk hingga kurus. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang berbadan kurus hingga sukar untuk dia menaikkan berat badan ke tahap yang ideal sepertimana lelaki sihat yang lain.
Kita kena tahu bahawa, jika terlalu gemuk anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan namun, jika terlalu kurus sama juga anda tidak sihat kerana badan kekurangan zat.
Dalam badan manusia, terdapat 2 jenis lemak, iaitu lemak sihat dan lemak tidak sihat serta merbahaya kepada manusia. Lemak yang baik memainkan peranan yang penting untuk perkembangan otak untuk mencegah inflamasi serta pembekuan darah.
Terpanggil dengan isu tersebut, seorang pengguna twitter Syam berkongsi melalui twitter thread bagaimana untuk menambahkan berat badan dengan ideal & sihat. Posting tersebut mendapat 6540 ulang kicau, serta 7769 tanda suka.
Kerja syif biasanya ditakrifkan sebagai syif malam di mana orang bekerja sepenuhnya pada waktu malam. Kerja syif melibatkan semua jenis pekerjaan yang jadualnya ditetapkan di luar pukul 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan kesemua kajian tersebut menyimpulkan bahawa kerja syif mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Hari ini, dalam artikel ini, kita akan mempelajari lebih lanjut tentang kesan kerja syif ke atas kesihatan.
Terdapat pekerjaan yang memerlukan kerja syif, seperti bomba, pegawai polis, jururawat, doktor, juruterbang, pemandu trak/lori dan banyak lagi. Mereka tidak hanya bekerja pada waktu malam kadang-kadang tetapi jadual mereka ditetapkan pada kadar waktu malam. Kerja syif memberikan lebih banyak masa pada waktu siang dan dibayar dengan bayaran yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ia meningkatkan risiko seseorang mendapat gangguan berkaitan kesihatan.
Pekerja yang bekerja sepenuhnya pada waktu malam lebih cenderung untuk mengalami gangguan tidur, kehilangan tidur atau kemurungan kerana mereka tidak dapat bersama dengan keluarga dan rakan mereka. Ia membawa kepada rasa terasing dan tambahan lagi, ia menimbulkan keinginan untuk makan makanan ringan dan mengurangkan keinginan mereka untuk bersenam.
Tidur dan berjaga pada waktu yang ganjil boleh mengganggu dengan jam biologi kita yang secara saintifik dipanggil ritma sirkadian. Ritma sirkadian berfungsi bersama-sama dengan cahaya matahari semula jadi, kegelapan dan keheningan. Setelah terganggu, ia merosakkan keseluruhan sistem badan anda termasuk metabolisme, pencernaan, keseimbangan hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Secara asasnya, ia meninggalkan kesan yang serius dan rumit.
Percaya atau tidak, kebanyakan orang pernah mengalami suasana bekerja syif malam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Sama ada anda perlu mengambil peperiksaan yang sangat penting, ujian kemasukan, perjalanan ke luar negara, rancangan untuk pulang ke rumah menaiki kapal terbang bersama orang tercinta, keluar rumah sepanjang malam atau penerbangan trans-atlantik. Tidak kiralah apa tujuannya, berjaga malam menyebabkan kesan yang sama. Keletihan adalah tanda yang paling jelas. Selain itu, sesetengah orang mungkin mengalami loya, cirit-birit, insomnia, merasa tidak selesa manakala sesetengahnya lebih cenderung untuk mengalami kecederaan.
Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya mendapati terdapat hubungan antara kerja syif dan peningkatan peluang untuk mendapat penyakit kronik. Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang bekerja syif selama lebih daripada 15 tahun mempunyai 40% lebih risiko untuk mengalami strok jantung. Pekerja syif malam juga mempunyai 50% peluang yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Lebih daripada itu, peluang mendapat penyakit metabolik lain seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, obesiti dan kolesterol tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi bagi pekerja yang bekerja syif malam berbanding dengan pekerja bekerja pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Di samping itu, bekerja syif malam boleh menyebabkan perubahan emosi (mood swing) yang tidak teratur. Penyelidik mendapati bahawa kemurungan dan gangguan emosi (mood) berlaku kerana perasaan terasing, dan kekurangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin.
Walaupun terdapat banyak risiko kesihatan dan kebanyakan orang yang bekerja syif malam seolah-olah menyedari risiko ini, mereka masih tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja syif malam dianggap sebagai keperluan profesional. Cara yang terbaik untuk kekal sihat adalah dengan memakan makanan yang seimbang, mendapatkan tidur yang cukup, senaman secara teratur, berhubung dengan orang yang anda sayangi dan rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat.
Setiap daripada kita pasti mempunyai kisah yang tersendiri untuk turunkan berat badan. Ada yang ingin kurus atas sebab kesihatan, ada yang sebab kerjaya dan pelbagai lagi kisah menarik yang dijadikan motivasi untuk turunkan berat badan.
Motivasi sebegini amatlah penting kerana proses untuk menurunkan berat badan tidak mudah. Ia menuntut satu proses serta usaha yang berterusan. Bukan hari ini buat senaman, esok sudah kurus.
Sebagai contoh, Mohamad Hanafi dari Johor yang berjaya menurunkan berat badannya daripada 130kg ke 69kg. BMInya daripada status BMI Obesiti berjaya ditukar ke BMI Normal.
Dia berkongsi kepada MASKULIN bahawa dia pernah dimarahi oleh doktor. Ini berlaku kerana ketika pembedahan untuk membuang apendiks, agak sukar untuk doktor mencari apendiks kerana lemaknya terlalu tebal. Doktor juga menyatakan bahawa penyakit apendiks boleh membahayakan nyawanya.
Maka disebabkan itulah, dia tekad untuk menguruskan berat badannya. Ini antara tip yang telah beliau kongsikan kepada MASKULIN. Semoga perkongsian ini memberi panduan untuk anda menguruskan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.
Saya bermula dengan follow Diet Atkins. Dua tahun saya lakukan Diet Atkins yang hardcore. Semua ilmu saya belajar dengan research dan bertanya kepada pakar. Waktu itu, saya tiada pengalaman so saya follow sahaja di Google menu makanan. Berat saya mula drop secara drastik sebelum statik kerana badan saya sudah tepu dan minta pengambilan sumber lain.
Light exercise: Masa awal saya start Diet Atkin kerana ketika itu berat badan saya besar (140kg). Saya juga lakukan aktiviti berjalan keliling kawasan rumah (apartment). Saya lakukan secara daily 4km.
Heavy exercise: Saya start joging dan set pembakaran kalori, minimum 6km.
Di awal fasa memulakan diet dan senaman perut, kaki dan punggung merupakan antara bahagian badan yang jelas kelihatan kesan perubahannya.
Selain itu, saya turut mengamalkan banyak minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Motivasi lain yang membuatkan saya fokus untuk menguruskan badan adalah kerana teringat kata-kata doktor yang memarahi saya ketika pembedahan. Itu adalah pembakar semangat untuk saya mencapai berat badan yang dimahukan.
Selain itu, saya turut membuat rujukan kepada pakar pemakanan dan media sosial yang memberikan pelbagai informasi berkaitan gaya hidup sihat.
Untuk sesetengah orang apabila sudah mencapai berat badan yang ideal, inginkan berat badan statik tetapi tidak bagi saya. Ini kerana saya merancang untuk misi yang lain iaitu untuk membina otot pula.
Alhamdulillah sekarang berat badan saya maintain dan telah mencapai BMI. Buat semua pembaca MASKULIN, ‘Jaga kesihatan dari sekarang sebelum terlambat’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang beranggapan untuk kurus, mereka terpaksa makan makanan yang tidak sedap serta perlu terlalu mengawal itu dan ini sebelum masuk ke dalam mulut.
Namun demikian, persepsi itu mungkin sudah boleh ubah bermula hari ini kerana hakikatnya, makanan yang boleh menurunkan berat badan tetapi sedap sebenarnya wujud!
Berikut adalah contoh 15 makanan yang bukan sahaja mudah didapati malah mempunyai khasiat yang tersendiri :
Yogurt mengandungi banyak khasiat seperti kalium, kalsium, protein dan vitamin D. Yogurt sangat baik untuk sistem penghadaman dan boleh membuatkan tubuh rasa lebih sihat. Makanlah yogurt tanpa gula atau perisa atau tambahkan sedikit madu untuk kuruskan badan anda hari ini.
Sarapanlah dengan kurma kerana ia mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga sepanjang pagi. malah ia mungkin masih membuatkan anda kenyang sehingga tengahari, dengan itu anda tidak akan makan sewaktu makan tengahari.
sesetengah rempah seperti cili dan halia didapati boleh membakar kalori. malah penambahan lada hitam dalam makanan bukan sahaja membantu proses penghadaman, malah ia juga meningkatkan pembakaran lemak sehingga 25%. Jadi tambahkan cili atau halia dan masakan anda.
Jus lemon ditambah sedikit air dan madu dipercayai mampu membantu menurunkan berat badan. Jus lemon kaya dengan vitamin c yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh manakala madu pula memiliki nutrisi dan mineral larut lemak.
Dapatkan buah yang mengandungi serat dengan banyak. Serat merupakan nutrien yang penting dalam diet anda. Ia membantu anda supaya kenyang lebih lama dan melawaskan sistem penghadaman juga.
Kacang merupakan sumber tenaga yang baik bagi tubuh kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti protein, vitamin dan lemak yang sihat. Kekacang dipercayai dapat menurunkan berat badan dan kadar kolesterol dalam darah anda.
Jika anda ingin mempercepatkan proses pelansingan diri, minum susu suam yang tinggi kalsium dan rendah lemak. Pola pemakanan yang tinggi kalsium dan rendah lemak membuatkan berat anda cepat turun. Set kurus shak mengandungi susu tinggi kalsium dan rendah lemak.
Oat sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia juga sekaligus membantu tubuh anda supaya lebih ramping dan lansing.
Ubi panggang yang disapu dengan minyak zaitun mampu menghilangkan rasa ketagih anda kepada makanan berlemak seperti burger atau kentang goreng.
Anda juga mampu menghasilkan piza yang mampu buatkan anda kurus. Sediakan piza dengan toping yang dipenuhi dengan sayuran dan buat sendiri sos piza di rumah menggunakan bahan semulajadi seperti tomato serta minyak zaitun dan tepung gandum yang rendah lemak.
Buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut. Delima hebat melawan lemak sebagaimana ia menolong membawa dalam proses pencernaan.Bahan yang terkandung dalam buah delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan masalah kembung.
Mentega kacang mengandungi protein dan serat di dalamnya yang boleh membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama. jadi anda akan tidak makan sebarangan sehingga waktu makan sampai.
Popcorn adalah makanan ringan yang boleh mengenyangkan. Ia mempunyai lebih banyak protein daripada kerepek ubi dan lebih banyak zat besi daripada telur dan bayam. Popcorn kebanyakkannya lempung dengan udara. Ini menjadikan ia sangat berkesan untuk diet anda.
Minyak kelapa mengandungi rantaian asid lemak sederhana. Lemak ini boleh diserap terus ke dalam sel dimana ia boleh segera dibakar dan bertukar menjadi tenaga untuk keperluan tubuh. Menambah minyak kelapa dan menu harian sangan bermanfaat untuk penurunan berat badan.
Apabila mulut anda sukar berhenti mengunyah makanan yang lazat, cubalah mengunyah gula-gula getah perisa pudina. Rasa ini membantu menahan keinginan untuk makan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.