Aktiviti berbasikal seperti mana kita tahu bertambah popular sekarang. Tidak kisahlah sama ada dari jenis road bike, mountain bike mahupun folding bike ia dilihat mendapat tempat di hati ramai orang pada masa kini sama ada di Malaysia mahupun dunia.
Berbasikal di atas permukaan berbeza-beza memberikan kepuasan berlainan. Layan road bike pastinya lebih tenang dan lancar. Manakala untuk off road seperti menunggang mountain bike pula memberikan cabaran berbeza.
Tapi pernahkah anda membayangkan bagaimana untuk mengayuh basikal di atas permukaan ais? Bagi mereka yang tinggal di negara empat musim mungkin cukup beruntung kerana boleh mencuba seperti mana yang dilakukan oleh lelaki ini.
Kredit: The Q
Lelaki yang merupakan seorang jurutera dan dikenali dengan nama gelaran The Q, mencipta roda yang unik untuk mengayuh basikal di atas tasik yang beku.
Ads
Rekaan inovatif yang bukan sahaja unik tetapi berani itu diberikan nama gelaran ‘Icycycle’. The Q menggantikan tayar asal basikal tersebut dengan roda dalam betul xakera besi yang tajam seperti mata gergaji!
Kredit: The Q
Ini juga bukanlah kali pertama dia melakukan ubah suai basikal. Pada tahun 2019 dia pernah mencipta roda menampilkan puluhan susunan kasut digantikan sebagai tayar.
Ads
Ketika pertama kali melakukan kayuhan di atas tasik yang beku, rodak unik itu mencengkam terus ke dalam ais dan membuatkan ia sukar untuk dinaiki.
Kredit: The Q
Namun selepas itu dia melakukan sedikit ubah suai dan menambah sedikit komponen besi di bahagian mata bilah untuk mendapatkan kayuhan lebih stabil.
Ads
Cubaan kali keduanya berjaya dilakukan dengan baik sekali. Ikuti pengalaman lelaki ini menerusi video di bawah.
Kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan tambahan lagi di saat-saat musim perayaan ini. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
Sumber: viralcycle.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon Hollywood terkenal, Mark Wahlberg, kini berada di Pulau Pinang bagi menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan Netflix berjudul The Big Fix, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai salah satu lokasi utama produksi antarabangsa berkenaan.
Penggambaran dilaporkan bermula pada Jumaat lalu dan dijangka berlangsung selama kira-kira dua minggu di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang.
Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran, beberapa lokasi ikonik yang dipilih sebagai set penggambaran termasuk Lebuh Melayu, Lorong Kulit, Stadium Bandaraya, Stadium Batu Kawan dan Padang Macallum.
Kehadiran Mark Wahlberg di negeri itu turut mengundang keterujaan peminat yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video sepanjang proses penggambaran berlangsung.
Namun menariknya, bukan sahaja kehadiran Wahlberg yang menjadi bualan ramai.
Sebaliknya, sebuah Perodua Kelisa berwarna perak yang muncul dalam salah satu babak penggambaran turut mencuri perhatian pengguna media sosial.
Rakaman video yang memaparkan Wahlberg berdiri di sebelah kereta kompak ikonik keluaran Perodua itu tular di pelbagai platform, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ada yang berseloroh kononnya Kelisa bakal menjadi watak utama filem tersebut, manakala tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan francais Transformers.
Seorang pengguna Facebook, Ding Xiang, bergurau,
“Filem Transformers baharu ke? Nak tengok juga Kelisa ni bertukar jadi robot apa.”
Jenaka tersebut pantas menerima pelbagai reaksi kerana Kelisa sememangnya antara model yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia sejak diperkenalkan lebih dua dekad lalu.
The Big Fix merupakan filem thriller jenayah arahan pengarah Iceland, Baltasar Kormákur, yang sebelum ini terkenal menerusi beberapa filem antarabangsa seperti Everest dan Beast.
Selain Mark Wahlberg, filem ini turut dibintangi Riz Ahmed, Zlatko Burić dan Chin Han.
Jalan ceritanya berkisar mengenai seorang bekas pegawai Interpol yang kini bertugas bersama Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum menemui bukti mengenai satu sindiket mengatur perlawanan bola sepak di peringkat global.
Apa yang bermula sebagai satu siasatan biasa akhirnya bertukar menjadi misi berbahaya apabila dia semakin menghampiri dalang utama yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap Triad dari China.
Gabungan elemen jenayah, aksi dan konspirasi antarabangsa dijangka menjadikan The Big Fix antara filem Netflix yang dinanti-nantikan apabila ditayangkan kelak.
Pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi penggambaran turut dilihat mampu memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan.
Selain memperkenalkan keunikan landskap bandar warisan George Town kepada penonton antarabangsa, penggambaran filem berskala besar seperti ini turut membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk produksi filem global.
Dengan kehadiran nama besar seperti Mark Wahlberg serta barisan pelakon antarabangsa lain, ramai berharap lebih banyak produksi Hollywood akan memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran pada masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia pekerjaan, tentunya ada persaingan kerja antara sesama pekerja. Sememangnya persaingan sangat diperlukan untuk meningkatkan kualiti kerja di kalangan pekerja. Namun persaingan tersebut perlu berjalan dengan sihat. Namun ada di kalangan kita yang merasa takut dengan adanya persaingan dalam dunia kerja. Perasaan takut itu biasanya muncul daripada pelbagai perkara, antaranya kurangnya percaya diri atas kemahiran yang rendah, merasa tidak mempunyai teman juga pelbagai lagi masalah yang mengganggu.
1.Persaingan kerja itu suatu yang sihat
Pertama yang harus anda lakukan ketika merasa takut dalam menghadapi persaingan dalam dunia kerja ialah yakinkan diri anda. Yakinkan pada diri anda bahawa setiap persaingan yang ada di pejabat ialah sesuatu yang sihat, tidak hanya untuk syarikat namun juga untuk anda. Dengan persaingan yang sihat anda memacu diri untuk meningkatkan kualiti kerja. Ia baik untuk perkembangan diri anda untuk maju ke hadapan.
Kadang kala yang menjadi penyebab seseorang takut dalam menghadapi persaingan dalam dunia kerja ialah merasa kemampuan yang dimiliki tidak membanggakan. Jika demikian, mahu atau tidak, anda perlu meningkatkan kualiti diri anda sendiri. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan lebih fokus terhadap keterampilan yang menjadi keunggulan anda dibandingkan yang lain. Bermakna di sini anda fokus pada apa yang ada dalam diri anda.
Dalam menghadapi persaingan kerja di pejabat, bukan hanya tertumpu pada kemahiran saja. Namun lebih daripada itu, etika anda dalam bekerja juga perlu menjadi perhatian yang serius. Cara memenangkan setiap persaingan dalam pekerjaan ialah sesuatu yang membanggakan, namun demikian bagaimana cara memenanginya ialah sesuatu yang lebih terhormat. Dengan menjaga etika yang positif, itu ialah nilai lebih untuk anda.
Meskipun anda bersaing kerja, namun menjaga hubungan baik dengan pesaing adalah hal yang utama. Saling membantu juga menunjukkan anda seorang yang tulus dan sihat dalam menjalani persaingan. Tidak usah takut membantu pesaing anda, kerana sebenarnya membantu pesaing anda ialah cara yang elegan untuk menunjukkan kemampuan anda di mata atasan. Hilangkan prasangka buruk ketika memasuki persaingan dalam dunia kerja. Bersikap dan berprasangka positif akan membantu meningkatkan energi anda untuk melakukan pekerjaan yang maksimum.
Bekerja dengan lebih rajin dan lebih bijak ialah cara yang sangat ampuh dalam menghadapi persaingan dalam lingkungan kerja. Jangan hanya bekerja lebih rajin saja, namun anda juga harus menjadi lebih bijak dalam menjalankan pekerjaan. Jangan anda mengerjakan yang bukan tanggungjawab anda. Kerjakan saja yang menjadi tanggungjawab anda dengan maksimal, itu akan lebih bernilai daripada anda mengerjakan sesuatu yang bukan tanggungjawab anda.