Bulan Ramadan bukan sahaja bulan penuh keberkatan, tetapi juga tempoh di mana ramai orang mengalami masalah cepat mengantuk.
Rasa letih dan mengantuk ini sering dikaitkan dengan berpuasa, namun menurut Dr. Roland Victor, punca utama bukanlah berpuasa semata-mata tetapi lebih kepada corak pemakanan dan gaya hidup.
Foto : Kompas Otomotif
Kekurangan Karbohidrat dan Kalori
Menurut Dr. Roland Victor, penyebab utama rasa mengantuk ketika berpuasa adalah kerana tidak cukup makan pada waktu sahur dan berbuka.
Ramai yang mengambil makanan dalam jumlah sedikit atau memilih makanan yang tidak memberikan tenaga mencukupi.
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan, jadi jika pengambilannya kurang, tubuh akan kekurangan tenaga dan menyebabkan rasa lesu sepanjang hari.
Kualiti Tidur Terganggu
Selain pemakanan, kualiti tidur yang tidak mencukupi turut menjadi faktor penyumbang.
Jika seseorang tidak makan kalori yang bagus ketika sahur atau berbuka, kualiti tidur mereka juga akan terganggu.
Ini kerana tubuh memerlukan tenaga yang cukup untuk memastikan tidur yang lena.
Ads
Kekurangan kalori boleh menyebabkan tidur menjadi tidak nyenyak, sekaligus membuatkan badan lebih mudah letih pada siang hari.
Minum air yang mencukupi juga memainkan peranan penting. Dehidrasi boleh menyebabkan badan menjadi lesu dan mengantuk.
Dr. Roland Victor menekankan bahawa tidur selama 6 hingga 7 jam setengah adalah sangat diperlukan untuk memastikan tubuh kekal bertenaga.
Selain itu, perubahan rutin bangun awal untuk bersahur juga menjadi salah satu faktor penyebab mengantuk, terutama bagi mereka yang tidak biasa bangun awal sebelum waktu Subuh.
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut : ◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung. ◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
THIRD HAND SMOKER
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok Ketiga” ?
Ini mungkin istilah baru bagi kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
1) Apakah “Asap ketiga” ? Mengapakah ‘Asap ketiga’ sangat berbahaya?
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
‘Asap ketiga’ dapat melekat selama berhari-hari pada permukaan benda-benda tersebut, sungguhpun ruang tersebut telah dibersihkan atau dianginkan dengan membuka kipas atau jendela. Terdapat beberapa kajian mengenai berapa lamakah ‘asap ketiga’ berada dalam sesuatu ruang:
Walaupun setelah ENAM BULAN berhenti merokok, rumah para perokok tegar masih mempunyai partikel-partikel beracun daripada asap rokok
‘Asap ketiga’ masih terdapat pada rumah yang pernah didiami oleh perokok walaupun rumah tersebut telah dibiarkan kosong untuk DUA BULAN dan telah dibersihkan.
2) Perokok Pasif dan Perokok Ketiga menanggung bahaya yang lebih dahsyat berbanding Perokok Aktif kerana:
Mereka menyedut lebih banyak toksin dalam asap yang terbebas daripada pembakaran rokok. Di dalam kebanyakkan rokok, terdapat penapis yang menghalang perokok aktif daripada menyedut toksin tertentu.
Mereka menyedut asap sisa pembakaran hujung rokok yang mempunyai kandungan agen penyebab kanser (carcinogens) yang lebih tinggi.
Asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif mempunyai partikel yang lebih halus daripada yang terkandung dalam asap rokok yang disedut oleh perokok aktif. Partikel halus ini lebih mudah diserap ke dalam paru-paru, permukaan kulit dan salur darah.
3) Apakah risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga?
Risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga adalah sama seperti perokok tegar. Sesuatu yang ingin ditegaskan di sini ialah bahaya yang bakal dihadapi oleh KANAK-KANAK akibat menghidu ‘asap ketiga’ ini. Antara masalah kesihatan yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak adalah seperti : Penyakit paru-paru, jangkitan telinga, kematian mengejut pada bayi (SIDS), masalah pembelajaran, alahan dan kanser (leukimia, kanser kalenjar, kanser paru-paru
4) Mengapakah kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk mendapat penyakit akibat ‘Asap Ketiga’?
Sistem pernafasan dan sistem imuniti mereka belum matang sepenuhnya.
Kanak-kanak kecil lebih berkemungkinan untuk menyedut, menelan dan menyerap melalui kulit sisa-sisa partikel beracun ini semasa mereka meniarap, merangkak atau memasukkan tangan ke dalam mulut.
Mereka tidak dapat membuat pilihan atau menyuarakan keengganan mereka untuk tidak berada di kawasan yang tercemar dengan asap rokok atau menolak untuk berada dengan individu yang merokok / dicemari asap rokok. Lebih malang lagi jika individu yang merokok itu adalah ibu bapa atau penjaga mereka sendiri.
5) Di manakah kemungkinan berlakunya potensi untuk menjadi “Perokok Ketiga” ?
Terdapat individu yang merokok dalam rumah yang kita diami atau di dalam kenderaan yang kita naiki.
Bilik-bilik hotel yang kita duduki pernah dicemari dengan asap rokok daripada penghuni sebelum ini.
Kenderaan-kenderaan awam / sewa yang telah dicemari dengan asap rokok.
Ruang-ruang awam yang tidak menyekat aktiviti merokok di kalangan pengunjungnya.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara — Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka .
Dan yang paling utama, jika anda seorang perokok, BERHENTILAH MEROKOK ! Demi kesihatan anda, demi kesihatan keluarga anda !
Ingatlah !! Anda tetap MERACUNI keluarga anda walaupun :
Anda merokok di luar rumah atau jauh dari keluarga dan anak-anak anda.
Anda membuka tingkap kereta semasa merokok di dalam kereta.
Anda menghisap rokok yang paling mahal dengan filter yang paling canggih.
Anda menggunakan hand-sanitizer sebelum menyentuh anak-anak anda. Kerana asap rokok masih boleh melekat pada perkakas rumah, dashboard, kusyen kenderaan, pakaian dan diri anda.
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila Hari Raya Aidilfitri menjelma, tradisi ziarah kubur ahli keluarga yang telah meninggal telah menjadi satu perkara wajib dan rutin bagi kebanyakan kita semua. Tapi, ada yang bertanya-tanya, apa sebenarnya hukum melakukan ziarah kubur pada hari raya ini, boleh ke tak boleh?
Mengikut sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tradisi ini awalnya tidak disarankan oleh Rasulullah SAW, namun kemudian dibenarkan, merujuk pada hadis yang mengatakan, “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim).
Melihat kembali kepada asas perbuatan ini sebenarnya ziarah kubur boleh menjadi sumber keinsafan dan memberi dorongan untuk terus beribadat sebagai peringatan kepada kematian dan bekalan untuk hari akhirat.
Foto: Sinar Harian
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakr, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan ada dua pandangan tentang ziarah kubur di hari raya.
Pertama, ia dibolehkan kerana tidak ada larangan khusus atau spesifik terhadapnya. Manakala ada ulama menilainya sebagai sunat, terutamanya di hari raya, seperti yang dinyatakan dalam Fatawa al-Hindiyyah.
Pandangan kedua menilai ziarah kubur pada hari raya sebagai makruh atau tidak digalakkan kerana tiada nas Rasullah SAW menziarahi kubur pada hari Raya.
Namun, baginda SAW beliau biasa melayani tamu dan bertukar kunjungan sebagai menzahirkan kegembiraan hari raya.
Foto: Astro Awani
Dalam meneliti berbagai sumber, pendapat yang lebih mendominasi adalah membolehkan ziarah kubur di hari raya dan bulan Ramadan, atau pada hari-hari lain. Ini didasarkan pada pandangan umum bahwa ziarah kubur dianjurkan dan dilaksanakan oleh banyak salafus soleh.
Jadi, bottom line, jika tujuan ziarah kubur adalah untuk mengambil pelajaran, mengenang yang telah pergi, dan berdoa memohonkan rahmat Allah SWT untuk mereka, maka melakukannya setelah solat hari raya tidaklah menjadi masalah. Ini adalah cara kita, sebagai lelaki yang peduli dan bertanggungjawab, menghormati dan mengingati mereka yang telah berpulang, sambil memelihara nilai-nilai kekeluargaan dan keagamaan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun kita kini kira berada di zaman serba moden, masih lagi ada hal-hal yang tidak sedap didengar dan melanggar perintah dariNya. Walaupun baru masuk ke pertengahan tahun, namun pelbagai khabar duka telah diterima oleh selebriti tanah air pada awal tahun ini. Selain kehilangan orang tersayang, terdapat beberapa selebriti yang sedang melawan penyakit misteri yang tidak diketahui punca nya.
Ada yang mendakwa terkena ‘perbuatan’ orang dan ada juga yang khabarnya kian pulih.
Ini 5 selebriti tempatan tersebut dan sama-sama kita titipkan doa supaya mereka pulih seperti sedia kala.
1. Cico Harahap
Siapa sangka, pelakon berbadan sasa yang juga anak kepada primadona Uji Rashid ini ditimpa penyakit misteri sejak sekian lama. Malah sehingga hari ini Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuhnya.
Jika dahulu, Cico mengalami kesukaran untuk bercakap, kini pelakon ini menunjukkan reaksi yang positif berbanding keadaannya terdahulu.
“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif” – Uji Rashid
2. Fendy Bakry
Namanya baru sahaja melonjak naik namun Fendy Bakry yang mula dikenali menerusi drama Mr Grey dilaporkan ditimpa penyakit misteri pada awal bulan lalu. Malah pelakon yang berasal daripada Perlis ini telah pulang ke kampung dan menjalani rawatan secara perubatan islam setelah dilaporkan keadaannya yang merosot dan tidak mampu bergerak.
Namun begitu beberapa hari yang lalu, pihak keluarganya memaklumkan bahawa Fendy beransur pulih dan dia turut memuat naik di Instagram ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatannya.
3. Aiman Tino
Umurnya baru setahun jagung namun Aiman Tino sudah ada yang membencinya. Tidak pasti dengan apakah yang terjadi padanya, namun penyanyi yang mencatat rekod sebagai tontonan muzik video paling tinggi di YouTube ini mengadu mengalami kesukaran untuk bernyanyi.
Bukan itu sahaja, suaranya juga sering kali dikatakan hilang setiap kali mahu membuat persembahan.
5. Rafly Rahamat
Baru-baru ini kami telah menulis sebuah artikel dimana bekas penyampai HotFM Terengganu, Rafly Rahamat kini ditempatkan di sebuah hospital kerana jatuh sakit. Jika dahulunya berbadan tegap, kini Rafly kelihatan begitu kurus sekali malah jika sekali imbas pasti sukar mengenalinya.
Namun begitu, Rafly memberitahu di Instagram nya, dia semakin pulih dan mahu kembali seperti asal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.