Cuba tengok masyarakat Jepun yang suka jalan laju? Siapa sangka, amalan jalan laju sebenarnya memberi banyak manfaat.

Selain baik untuk tubuh badan dan menguatkan jantung, amalan jalan laju juga boleh memanjangkan jangka hayat hidup seseorang walaupun BMI anda obese.

Perkongsian Dr Latif Saad dalam page TheDiagnosa mengungkap rahsia jalan laju. Dengan kebaikan yang kita dapat daripada jalan laju ini, seharusnyalah kita jadikan ia sebagai amalan.

BACA: 10 Trik Nak Wajah Muda Dari Usia Sebenar, Antaranya Kena Kerap Berjalan Kaki!

Orang yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat umur yang lebih panjang berbanding mereka yang berjalan lambat. Ini merujuk kepada kajian yang telah dibuat pada lebih kurang 475,000 orang berserta cara dia berjalan.

Kajian ini dimulakan pada umur mereka 50 tahun sehinggalah mereka meninggal dunia.

Definisi berjalan laju yang diberikan oleh pengkaji tersebut adalah berjalan lebih daripada 100 langkah dalam masa seminit.

IKLAN

Akan tetapi dalam kajian ini, ianya melibatkan pelaporan daripada peserta sahaja sama ada mereka berjalan secara lambat, sederhana ataupun laju.

Peserta yang berjalan laju mempunyai had umur yang lebih panjang untuk semua kategori BMI. Bermaksud walaupun anda mempunyai BMI yang obese, tetapi jika anda berjalan laju, maka anda mungkin mempunyai kurang risiko untuk mati lebih awal. Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Mayo Clinic Proceedings.

BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Sakit & Mudah Cedera!

Pengkaji menyatakan daripada kajian ini ia menunjukkan fungsi fizikal seseorang mempunyai faktor yang kuat bagi menentukan jangka hayat ataupun kesihatan seseorang berbanding BMI. Ia juga menunjukkan walaupun BMI seseorang itu tinggi, tetapi jika dia mempunyai kecergasan yang bagus, maka umurnya mungkin akan lebih panjang berbanding orang lain.

Amalkan Jalan Laju Lebih 100 Langkah Seminit Kalau Nak Jantung Kuat & Panjang Umur!

IKLAN

Sebaliknya, seseorang yang berjalan lambat itu mempunyai jangka hayat yang lebih pendek walaupun dia berada di dalam kategori BMI yang normal.

Dalam kajian itu melaporkan wanita yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat hingga 87 tahun berbanding wanita yang berjalan lambat iaitu pada umur 72 tahun.

Lelaki yang berjalan pantas pula mempunyai jangka hayat hingga 86 tahun berbanding yang berjalan lambat iaitu pada umur 65 tahun.

Secara puratanya terdapat 15 hingga 20 tahun perbezaan diantara mereka yang berjalan pantas dan lambat.

IKLAN

Jamie Hickey, salah seorang jurulatih dan pakar nutrisi menyatakan “Kajian ini memberitahu kami bahawa jika anda berjalan secara pantas anda telah melakukan senaman kardio yang rendah dan jika ianya dilakukan secara kerap, maka ia boleh menguatkan jantung anda. Jadi tidak kira anda terlebih berat badan ataupun tidak, berjalan pantas dapat menguatkan jantung dan memanjangkan umur anda.

BACA: Jangan Sapu Dengan Minyak Panas, Ini 4 Tip Cepat Yang Perlu Buat Lepas Kaki Terseliuh!

Kesimpulan

Walaupun kajian ini secara spesifik mengatakan jangka hayat umur anda bertambah jika anda berjalan dengan pantas tanpa mengambil kira BMI, bukanlah bermaksud selepas ini anda tidak kisah dengan BMI anda dan anda boleh makan sesukati hati.

Tetapi ia merujuk kepada perlunya anda sentiasa berada di dalam keadaan aktif walaupun anda pada ketika itu sedang berjalan.

Jadi gunakan masa yang terluang seperti berjalan untuk bersenam dengan cara berjalan lebih laju daripada biasa.

Rujukan:

  1. Francesco Zaccardi, MD, PhDa, Melanie J. Davies, MD, Kamlesh Khunti, MD, PhD, Tom Yates, PhD. Comparative Relevance of Physical Fitness and Adiposity on Life Expectancy. A UK Biobank Observational Study. June 2019 Volume 94, Issue 6, Pages 985–994. DOI: https://doi.org/10.1016/j.mayocp.2018.10.029
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI