Kita selalu dihidangkan dengan maklumat untuk diet, kena makan ikan salmon. Kandungan nutrisinya memang tidak diragui lagi namun, tidak semua orang mampu untuk membeli ikan ini kerana harganya yang agak mahal.
Itu tidak bermaksud kita tidak perlu makan ikan. Terdapat ikan lain yang harganya jauh lebih murah dan mudah untuk didapati iaitu Ikan Siakap.
MASKULIN percaya ramai yang masih tidak pasti dengan kebaikan yang ada pada ikan siakap, kali ini anda akan dihidangkan dengan kebaikkannya.
Semua orang tahu bahawa vitamin yang sangat diperlukan dan baik untuk menjaga kesihatan mata adalah vitamin A.
Selain carrot, vitamin A juga terkandung dalam ikan siakap. Sama seperti vitamin A yang terkandung dalam carrot. Selain itu, ia juga dapat mencegah terjadinya kerosakan mata dan menjaga kesihatan mata agar tetap jernih.
Bola mata juga kelihatan segar dan bersih.
2. Mengatasi Sakit Jantung
Penyakit jantung berpunca dari ketidakmampuan jantung dalam mengepam keseluruh tubuh.
Akibatnya, aliran darah akan terhenti dan terhenti juga seluruh sistem organ dalam tubuh manusia.
Ads
Untuk mencegahnya, dapat dilakukan dengan mengambil siakap dalam diet. Ikan siakap mampu membantu menguatkan jantung untuk mengepam darah keseluruh tubuh. Bila jantung kuat barulah boleh mengepam darah ke seluruh badan dengan cepat.
3. Mencegah Masalah Batu Karang
Apabila seseorang yang menderita batu karang tidak segera ditangani, ia mampu membahayakan penghidapnya bahkan dapat menyebabkan kematian.
Namun jangan takut, bagi mengatasi batu karang ini tidak hanya dapat dilakukan dengan pembedahan, tetapi juga dapat dilakukan dengan cara mengganti pola makan.
Mengganti pengambilan daging dengan ikan siakap dapat membantu mengatasi masalah batu karang yang dialami.
Kandungan dalam ikan siakap mampu menghancurkan kristal batu karang, yang kemudian akan keluar bersama dengan urin.
4. Menurunkan Kadar Lemak Dalam Tubuh
Meskipun tergolong ikan yang dimanfaatkan dagingnya, ikan siakap memiliki kandungan lemak yang rendah.
Ads
Bahkan, kandungan lain dalam ikan ini mampu menurunkan kadar lemak berlebihan pada tubuh.
Bagi orang yang memiliki masalah berat badan, dan tetap ingin memakan daging, sebaiknya menggantikan daging dengan ikan siakap.
Daging ikan siakap tidak kalah kelazatannya dengan daging ayam mahupun daging lembu.
5. Mencegah Gigi Berlubang
Ikan siakap memiliki kandungan kalsium di dalamya, tidak hanya menjaga kesihatan tulang dengan mencegah tulang mengalami osteoporosis (kalau biasa tengok iklan susu, pasti korang dengar pasal osteoporosis).
Kandungan kalsium dalam ikan ini mampu menjaga kesihatan gigi. Kalsium dalam ikan siakap mampu mengatasi masalah gigi berlubang yang banyak dialami orang ramai masa kini.
6. Meningkatkan Metabolisme
Ikan siakap memiliki kandungan mineral kalium yang cukup tinggi, dan dapat memenuhi keperluan kalium harian tubuh. Kalium memainkan peranan penting dalam tubuh.
Ads
Salah satu jenis mineral ini sangat diperlukan tubuh untuk metabolisme tubuh. Kalium dalam ikan siakap dapat membantu mengaktifkan pelbagai enzim dalam tubuh untuk metabolisme tenaga.
Kekurangan kalium dalam tubuh, dapat menyebabkan proses metabolisme tersekat, akibatnya tubuh dapat merasa lemah karena kekurangan energi.
Jika metabolisme terganggu, maka aktiviti yang sedang dilakukan juga terganggu.
Hipertensi terjadi kerana tekanan darah meningkat yang disebabkan oleh tidak lancarnya aliran darah.
Untuk menurunkan tekanan darah, biasanya memakan mentimun, atau buah-buahan yang mengandung banyak air. Secara umum, ikan ini mampu melancarkan peredaran darah.
Meskipun tidak memiliki kandungan air yang banyak seperti buah mentimun, daging ikan siakap dipercayai mampu melancarkan sistem peredaran darah.
Ikan siakap dapat menurunkan tekanan darah yang tinggi dan menjaga tekanan darah agar tidak terlampau rendah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang individu boleh kentut sehingga 20 kali sehari. Sama ada anda mengaku atau tidak, tiada siapa yang boleh mengelakkan proses semulajadi ‘membuang angin’ ini. Namun, jika kekerapan kentut anda lebih daripada itu, ia mungkin faktor-faktor berikut.
1. Makan terlalu laju
Setiap kali makan, kita sebenarnya turut menelan udara bersama-sama makanan dan minuman tersebut. Maka lebih laju anda makan, lebih banyak udara yang anda telan. Kebanyakannya akan dikeluarkan kembali apabila anda sendawa, tetapi udara selebihnya itulah yang akan menyebabkan kembung dan menambahkan kekerapan anda buang angin. Anda juga mungkin menelan banyak udara apabila mengunyah gula-gula getah, menghisap gula-gula atau minum melalui straw.
2. Terlalu banyak mengambil pemanis tiruan
Ya, pemanis tiruan mengandungi kurang nilai kalori berbanding gula biasa. Walaubagaimanapun, sistem badan manusia tidak boleh bertoleransi dengan pemanis tiruan seperti sorbitol, mannitol dan sorbito. Tambahan pula, pemanis tiruan turut mengandungi alkohol gula yang boleh menyebabkan gas dan perut kembung.
3. Menghidap Irritable Bowel Syndrome (IBS)
IBS merupakan sindrom kronik yang menyerang usus besar. Bagi sesetengah penghidap IBS, koordinasi pengecutan otot yang menggerakkan makanan dari perut ke rektum menjadi lebih kuat atau lama, menyebabkan gas, kembung dan cirit-birit. Atau pengecutan otot menjadi semakin lemah, melambatkan proses pergerakan makanan sehingga menyebabkan sembelit.
4. Tidak toleran terhadap laktosa
Sesetengah individu tidak boleh menghadam produk tenusu seperti keju, yogurt dan susu dengan baik. Laktosa – gula yang terkandung si dalam susu – perlu diuraikan oleh enzim laktase yang dihasilkan oleh usus kecil. Kekurangan enzim laktase menyebabkan laktosa tidak dapat dihadam dan terus masuk ke kolon lalu diuraikan oleh bakteria; maka bermulalah masalah gas. Intoleransi laktosa merupakan perkara biasa yang biasanya bermula di peringkat dewasa, apabila penghasilan enzim laktase turun mendadak.
5. Hidangan berkarbohidrat
Jika diet anda mengandungi banyak kekacang, tauge, kubis atau bunga kubis, kandungan fiber di dalamnya adalah baik untuk sistem penghadaman, mengatur gula dan kolesterol dalam darah, dan mengawal berat badan. Namun kesan sampingannya anda akan kentut selepas makan. Ini disebabkan perut dan usus kecil tidak dapat menyerap kesemua karbohidrat (gula, kanji, fiber) di dalam makanan yang diambil. Brokoli dan kekacang, makanan yang dikatakan ‘berangin’ pula sebenarnya tinggi kandungan raffinose (sejenis karbohidrat) yang tidak dapat dihadamkan oleh badan. Ia akan diuraikan oleh bakteria di dalam kolon, dan menghasilkan gas sebagai produk sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
9 selebriti antarabangsa ini melakukan pelbagai cara dan teknik untuk berhenti untuk merokok. Patut diberikan pujian ni..
1. Cameron Diaz
Teringat pula kami pada lakonannya dalam filem Bad Teacher. Mungkin anda akan mengaitkan tajuk tersebut dengan dirinya kerana Diaz mengaku pernah menghisap rokok hampir 20 batang sehari. Walaupun begitu, pada 2003 dia nekad untuk berhenti setelah sedar ianya memberi kesan terutama kepada ibubapanya.
2. Matt Damon
Juga menggunakan khidmat hypnotherapy, Matt Damon telah menjalani rawatan tersebut sebanyak tiga kali. Sehinggalah pada akhirnya, dia menyedari akan kesan merokok pada masa akan datang, jadi pendekatan itu digunakannya untuk tidak lagi merokok.
3. Ben Affleck
Rakan baik kepada Matt Damon ini juga menggunakan teknik yang sama untuk berhenti merokok. Namun sebelum itu, Ben Affleck merupakan seorang perokok tegar dan pernah menghabiskan 5 kotak rokok dalam masa sehari. Fuhh!
4. Charlize Theron
Mengaku dirinya seorang perokok yang tegar hingga merasakan tidak normal, Charlize akhirnya berhenti merokok setelah menjalani rawatan hypnosis dan juga Yoga.
5. Barrack Obama
Percaya atau tidak, Barrack Obama dahulunya merupakan seorang perokok tegar! Mengaku agar sukar memberhentikan tabiatnya itu, Obama terpaksa mengunyah gula-gula Nicorette bagi mengelakkan ketagih. Hasilnya pada 2007 dia berjaya menjauhkan diri daripada tabiat merokok. The real idol bukan?
6. Gisele Bundchen
Seperti model yang lain, Gisele menghisap rokok sebagai salah satu cara untuk mengekalkajn bentuk badan yang ramping. Dia mula berhenti merokok pada 2003 dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Meskipun beratnya meningkat sehingga 15kg, dia begitu gembira menjalani gaya hidup sihat serta kini menjadi role model kepada wanita-wanita muda.
7. Catherine Zeta-Jones
Tahukah anda, Catherine Zeta-Jones kali terakhir dilihat merokok adalah ketika mengandung buat kali terakhir pada tahun 2003. Seperti yang kita tahu, perempuan mengandung yang merokok berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang. Pada 2005 Zeta-Jomes mengumumkan tidak lagi merokok demi anaknya namun begitu pelbagai kepayahan dilaluinya bagi menghentikan tabiatnya yang sejak sekian lama.
8. Jennifer Aniston
Pelakon ini mengambil masa hampir setahun untuk benar-benar berhenti merokok pada 2007. Apa yang dilakukannya? Yoga dan bersenam selalu antara langkah yang berjaya diambilnya untuk tidak ketagih.
9. Paul Rudd
Ant-Man ini dahulunya adalah seorang perokok! Cara untuknya berhenti merokok adalah cukup unik kerana Paul telah menggunakan teknik, Kerry Gaynor sebuah teknik hypnotherapy yang diasaskan oleh Pakar hypnotherapist di Los Angeles, Kerry Gaynor.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebanyakan pakar kecergasan bersetuju bahawa seseorang individu biasa disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali seminggu untuk memastikan kesihatan dan kecergasan yang optimum.
Dan setiap sesi senaman disarankan dilakukan selama kira-kira 30 minit untuk aktiviti bersederhana atau 75 minit untuk aktiviti yang intensif.
Namun, adalah penting untuk mendengar badan anda dan membuat penyesuaian berdasarkan keperluan dan keupayaan individu. Jangan pula anda terikut-ikut dengan orang lain yang mungkin tahap kecergasan mereka berbeza-beza.
Tapi apa akan berlaku jika melakukan senaman secara berlebihan? Sebenarnya bersenam melebihi had kemampuan diri boleh mendatangkan banyak masalah sama ada dari segi fizikal dan mental.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kesan melakukan senaman secara berlebihan.
Kecederaan Fizikal
Melakukan senaman dengan intensiti yang tinggi tanpa rehat yang mencukupi boleh menyebabkan kecederaan seperti ketegangan otot, koyakan ligamen, dan kecederaan sendi.
Penurunan Sistem Imun
Senaman yang berlebihan boleh menurunkan sistem imun tubuh, menjadikan seseorang lebih mudah dijangkiti penyakit.
Masalah Tidur
Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mengganggu kualiti tidur seseorang, menyebabkan masalah seperti insomnia.
Sindrom Kelelahan Kronik
Melakukan senaman tanpa rehat yang mencukupi boleh menyebabkan keletihan yang berterusan, kelemahan otot, dan sakit kepala.
Masalah Jantung
Walaupun senaman adalah baik untuk jantung, tetapi jika dilakukan secara berlebihan, ia boleh meningkatkan risiko masalah jantung seperti aritmia.
Ketidakseimbangan Hormon
Senaman yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh, termasuk hormon pertumbuhan dan testosteron.
Masalah Mental
Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan makan.
Dehidrasi
Berpeluh secara berlebihan tanpa pengambilan cecair yang mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh mengakibatkan keletihan, kejang otot, dan masalah kesihatan lain.
Kerosakan Otot
Melakukan senaman yang sama berulang kali tanpa rehat boleh menyebabkan kerosakan otot.
Kurang Nutrien
Senaman yang berlebihan tanpa pemakanan yang seimbang boleh menyebabkan kekurangan nutrien tertentu dalam tubuh.
Penting untuk mendengar badan kita dan memberi masa yang cukup untuk pemulihan selepas sesi senaman. Adalah baik untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan atau jurulatih kecergasan sebelum memulakan rutin senaman yang intensif.
Jadi berpada-padalah melakukan senaman. Jangan pula menganiaya tubuh badan sendiri dengan bersenam melebihi kemampuan diri.
Jom follow dan subscribe TikTok dan YouTube untuk seleksi video menarik di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.