Lemah tenaga batin merujuk kepada kesukaran memperoleh atau mengekalkan ereksi cukup kuat untuk melakukan hubungan seksual.
Keadaan ini bukan sekadar menjejaskan kepuasan bersama pasangan, tetapi boleh memberi tekanan mental, merendahkan keyakinan diri, malah menjejaskan keharmonian rumahtangga.
Faktor Fisiologi dan Peredaran Darah
Foto : Harian Metro
Aliran darah ke zakar memainkan peranan terpenting dalam ereksi.
Jika salur darah tersumbat akibat kolesterol tinggi, tekanan darah, atau kerosakan salur darah kecil, tisu erektil tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien mencukupi.
Golongan muda yang gemar gaya hidup terutama bekerja di belakang meja selama berjam-jam tanpa bersenam lebih berisiko mengalami masalah ini.
Pengaruh Hormon dan Stres
Hormon testosterone adalah bahan bakar utama keinginan dan keupayaan seksual lelaki.
Walaupun lazimnya turun selepas umur 40, kajian menunjukkan lelaki muda juga boleh menghadapi kekurangan testosterone jika terdedah kepada stres kronik.
Tekanan kerja, beban keluarga, atau masalah kewangan memacu peningkatan hormon cortisol (hormon stres), yang secara tidak langsung menurunkan paras testosterone.
Kombinasi hormon tidak seimbang ini menjejaskan libido dan fungsi ereksi.
Gaya Hidup dan Amalan Tidak Sihat
Amalan seperti merokok, minum alkohol secara berlebihan, dan kurang tidur memberi kesan besar terhadap kesihatan dalaman lelaki, termasuk prestasi dan keinginan seksual.
Merokok, contohnya, menyebabkan salur darah menjadi sempit, sekali gus mengganggu aliran darah ke organ reproduktif.
Ini boleh mengakibatkan masalah seperti mati pucuk jika tidak dikawal.
Ads
Pengambilan alkohol secara berlebihan pula merencat sistem saraf pusat, mengganggu keupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap rangsangan dan menurunkan kawalan ereksi.
Sementara itu, tidur yang tidak mencukupi atau tidak berkualiti mengganggu penghasilan hormon testosteron hormon penting untuk keinginan dan kekuatan seksual lelaki.
Ads
Kurang tidur juga menyebabkan keletihan berpanjangan dan kurang daya fokus, yang akhirnya menjejaskan kehidupan intim secara keseluruhan.
Cara Mengatasi dan Pencegahan
Amalkan Senaman Teratur
Lakukan senaman kardiovaskular seperti larian atau berbasikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk memperbaiki peredaran darah.
Pastikan tidur 7–8 jam setiap malam untuk mengoptimumkan keseimbangan hormon.
Kawal Stres
Terapkan teknik relaksasi seperti meditasi, pernafasan dalam, atau hobi yang menyeronokkan.
Pemakanan Sihat
Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran, bijirin penuh, ikan berlemak, dan elakkan makanan tinggi lemak tepu serta garam berlebihan.
Berhenti Merokok & Hadkan Alkohol
Kedua-duanya memberi impak negatif kepada aliran darah dan fungsi saraf.
Dengan mengenal pasti punca sebenar dan mengubah gaya hidup secara holistik, lelaki muda boleh memulihkan dan mengekalkan tenaga batin yang sihat demi kesejahteraan diri dan hubungan intim yang lebih memuaskan.
Percaya atau tidak ,epal hijau yang nilainya tidak sampai berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model?
Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.
Epal secara amnya, terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan. Persoalannya, apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakannya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.
Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrient tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.
Epal hijau juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan,jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.
JADI APA ITU DIET EPAL HIJAU?
[sociallocker id=156]
Kelebihan Epal Hijau
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.
Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.
Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.
Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet saya dengan epal hijau.
CARA DIET EPAL HIJAU
SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau
Lunch: Jus Epal Hijau
Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)
10 malam sebelum tidu : Jus Epal Hijau
* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang gemar potongan rambut panjang mampu memukau orang lain jika kena pada gayanya. Bagaimanapun, mereka yang memilih gaya rambut panjang perlu peka dan mendandan serta membelai rambut supaya kemas, bersih dan menarik, sama seperti kaum hawa menjaga rambut mereka. Apatah lagi, kaum Adam merupakan golongan yang memiliki gaya hidup lasak. Maka, mereka tidak boleh mengambil mudah berbanding rakan-rakan lain yang memilih untuk berambut pendek.
Terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh mereka yang berambut panjang supaya setiap kali ditiup angin atau ketika mendekati teman wanita, mereka tidak jauhkan diri daripada anda disebabkan bau yang kurang menyenangkan ataupun kelihatan tidak menarik.
Hanya sekadar mahu tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang pun tidak guna juga. Oleh kerana itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 cara yang betul untuk memiliki rambut panjang.
1. Sesuai atau tidak?
Pertama sekali sebelum anda menyimpan rambut panjang, tanya kepada diri sendiri dahulu sama ada gaya ini sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk memiliki rambut yang panjang. Ada juga jenis kerjaya yang tidak benarkan anda berambut panjang, contohnya guru.
Oleh itu, anda perlu kenal pasti sama memiliki rambut panjang ini sesuai ataupun tidak untuk anda.
2. Jangan kerap bersyampu
Elakkan daripada selalu syampu rambut anda setiap hari. Jika anda kerap syampu rambut anda ia akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat dan merosakkan akar rambut.
Pastikan anda juga tidak memilih syampu yang tinggi kandungan sulfatnya.
3. Jaga pemakanan
Makan sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan boleh memelihara rambut sedia ada. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin c, biotin dan niacin yang boleh membantu menumbuhkan rambut dengan baik.
Buah-buahan seperti buah oren dan betik boleh membantu dalam hal penjagaan rambut ini.
4. Gunakan perapi rambut
Bagi anda yang mahukan rambut yang panjang, menggunakan perapi rambut adalah satu kemestian. Ini perlu dijadikan amalan agar rambut anda tidak kelihatan kusut dan serabut. Perapi rambut akan memastikan rambut anda kelihatan kemas dan juga terurus.
5. Menggunakan tonik rambut
Anda juga boleh mencuba tonik rambut untuk mempercepatkan penumbuhan rambut.
Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan juga akar rambut yang kuat.
Bila rambut dah panjang sila jaga!
Cuci rambut elak berbau!
Apabila berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan sangat tinggi. Berdasarkan fakta, lelaki lebih cenderung berpeluh dengan banyak berbanding perempuan. Kamu disaran mencuci rambut setiap hari untuk mengelakkan daripada berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Lebih-lebih lagi, penunggang motosikal yang memakai helmet untuk tunggangan lasak dan perjalanan yang jauh.
Pastikan Kering
SELESAI sahaja kamu mencuci rambut, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan. Mengelap rambut basah dengan tuala memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering dan menyebabkan rambut kelihatan kusut dan tidak menarik!
Jangan Ikat Kuat Sangat
MASALAH traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku kerana memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat. Ini menyebabkan kamu mengalami keguguran rambut yang banyak dan mungkin juga lama-kelamaan, botak! Selain itu, rambut kamu yang panjang juga boleh patah dan rosak.
Syampu sesuai
MEMBASUH rambut sahaja tidak memadai jika kamu tidak mencucinya dengan syampu. Urut rambut kamu dengan syampu yang sesuai dengan menggunakan hujung jari dan bilasnya dengan menggunakan air sejuk. Hindari air panas untuk membilas rambut kerana ia akan menyebabkan perapi yang terdapat pada syampu tersebut terpisah daripada kulit kepala dan kamu tidak mendapat rawatan yang baik.
Trim
TRIM atau buang rambut yang telah rosak merupakan tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Sama ada ke salun ataupun menggungting sendiri. Potonglah hujung rambut untuk mengelaknya daripada bercabang. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lebih 7,500 peserta menyertai Toyota Start Your Impossible Outrun 2026, sekali gus berjaya mengumpul RM200,000 bagi membantu National Cancer Society of Malaysia.