Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita.
Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab kenapa lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
1. Lelaki membakar kalori dengan lebih mudah
Ads
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun anda dalam keadaan rehat.
Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
3. Tubuh lelaki cepat memberi reaksi
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila korang dalam usaha menurunkan berat badan.
Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
5. Wanita lebih mudah dan cepat panas letih ketika bersenam
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
JANGAN SALAHKAN WANITA JIKA MEREKA TERLEBIH DULU MELIHAT PERUT ANDA KEMUDIAN BARU MELIHAT WAJAH ANDA. JIKA WANITA MEMPUNYAI ‘ASET’ UNTUK DIJAGA, ANDA JUGA TIDAK TERLEPAS. JANGAN AMBIL MUDAH APABILA PERUT MULA NAIK KERANA ADA KAJIAN PERUBATAN MENDAPATI, JUMLAH LEMAK PADA PERUT BOLEH MENYUMBANG KEPADA BEBERAPA PENYAKIT.
PUNCA
Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak ‘membiak’ dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut. Ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.
Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.
TABIAT
Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam. Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak.
RAJIN
Kaedah liposuction, pil diet dan diet melampau perlu dielakkan. Meskipun kadang-kadang ia memberi kesan tetapi ia untuk kesan sementara saja malah memberi kesan sampingan. Sanggupkah anda melakukan liposuction atau sedut lemak yang boleh mendatangkan kecederaan dalaman? Manakala pil diet pula memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Kami tahu ada sesetengah berpersepsi boroi itu seksi! Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks. Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3. Pertama, kawal pemakanan. Kedua, rajin bersenam dan ketiga banyakkan makanan organik. Nicknameboroi tak sedap. Tukarkan kepada jejaka six pack!
BOROI TIDAK CURANG
Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.
Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.
Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.
23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Percaya atau tidak kita kini sudah lebih setahun terpaksa ‘berkurung’ di rumah. Pandemik COVID-19 ternyata telah banyak mengubah hidup kita, berbeza dengan normal biasa. Disebabkan itulah kita harus membiasakan diri dengan norma baharu yang sudah kita amalkan sejak pandemik ini bermula.
Dengan kadar vaksinasi yang kini semakin rancak, kita berharap dalam masa terdekat kita boleh kembali normal. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa jenis senaman yang sangat mesra dilakukan di rumah.
Ingat, jaga kesihatan diri untuk pastikan diri sentiasa dalam kondisi yang baik.
Paling penting semasa melakukan senaman pastikan bernafas dengan betul dan ada air untuk elakkan berlakunya dehidrasi. Berikut beberapa jenis senaman yang MASKULIN cadangkan.
JUMPING JACKS
WALL SITS
PUSH UP
ABDOMINAL CRUNCH
STEP UP ON CHAIR
SQUATS
TRICEPS DIP ON CHAIR
PLANK
HIGH KNEES RUNNING
LUNGES
Bagi anda yang tidak biasa bersenam boleh memilih melakukan beberapa jenis senama selama 10 ke 15 minit. Manakala bagi anda yang mampu melakukan kesemuanya boleh cuba untuk tempoh 15 ke 30 minit.
Selamat mencuba dan mengharungi tempoh mencabar buat kita rakyat Malaysia. Stay fit, healhty and safe!
Jangan lupa subsribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout mantap seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melakukan latihan workout dengan teknik yang betul dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan. Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa.
Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya. Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu dalam latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah betul. Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout dan biasanya kita terlepas pandang.
Tidak belajar teknik asas
Ramai mereka yang workout tidak mengamalkan teknik betul. Hal ini terjadi apabila melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapat ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai. Ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan ( limitation) dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan. Melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam dan teknik yang salah akan mengakibatkan kecederaan, membuang masa dan tenaga.
Pemanasan badan dan regangan
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal. Manakala regangan dilakukan selepas melakukan workout bertujuan mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan serta memaksimumkan prestasi workout dan mengurangkan risiko kecederaan.
Kekurangan Nutrisi
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gim atau taman rekreasi. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum workout atau bersenam. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak yang akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
Tidak mempelbagaikan pergerakan
Bagi anda yang inginkan tubuh badan cantik dan solid, amat digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi mereka yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh akan lambat terbentuk. Ini kerana terdapat sesetengah pergerakan yang tidak diamalkan, hanya sekadar melakukan latihan asas sahaja.
Hal ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda pelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding dengan mereka yang hanya melakukan latihan asas, hanya mengangkat dumbbell sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.