Baru-baru ini, tular di TikTok melalui perkongsian pengguna @wawawandering yang menunjukkan kisah seorang lelaki di Sweden.

Lelaki tersebut dilaporkan jatuh cinta dengan ais kacang selepas pertama kali merasainya ketika berada di Malaysia.

Pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam sehingga dia mengambil keputusan untuk membawa manisan tradisional ini pulang ke negaranya.

Malaysia bukan sahaja dikenali dengan keindahan budaya dan kepelbagaian kaum, tetapi juga kerana kepelbagaian makanannya yang memikat selera.

Antara yang sering menjadi kegemaran ramai termasuklah nasi lemak, roti canai, nasi goreng, teh tarik, dan tidak ketinggalan ais kacang pencuci mulut klasik yang sangat sesuai dinikmati ketika cuaca panas.

@wawawandering__ A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp ♬ Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee

Harga “Premium” Untuk Pencuci Mulut Malaysia

Menurut Wawa, semangkuk ais kacang di gerai itu dijual pada harga sekitar 60 SEK, iaitu kira-kira RM28.

Ads

Walaupun dianggap mahal berbanding harga di Malaysia, ia tetap menarik perhatian pelancong yang ingin merasai pengalaman unik menikmati pencuci mulut eksotik dari Asia Tenggara.

“Sedap, terubat sikit rindu dekat Malaysia,” ujar Wawa selepas membeli semangkuk ais kacang di situ.

Sanggup Beli Mesin Dari Malaysia

Apa yang lebih menarik, lelaki berkenaan sanggup membeli mesin pengisar ais khas dari Malaysia semata-mata untuk menghasilkan ais kacang yang autentik.

Dengan usaha itu, dia kini membuka sebuah gerai kecil berbentuk basikal comel di kawasan tumpuan pelancong sekitar Stockholm, khususnya di Gamla Stan dan Slussen ketika musim panas.

Lelaki Sweden Jatuh Cinta Dengan Ais Kacang, Sanggup Beli Mesin Dari Malaysia

Ads

Ramai Teruja Di Media Sosial

Video tersebut pantas meraih perhatian warganet.

Ramai yang kagum melihat usaha lelaki Sweden itu mempopularkan makanan Malaysia di luar negara.

Tidak kurang juga yang terkejut dengan harga yang ditawarkan, namun rata-rata netizen berbangga apabila ais kacang berjaya diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.

Fenomena ini jelas membuktikan bahawa makanan bukan sahaja menjadi penghubung budaya, malah mampu mencipta peluang niaga baharu di serata dunia.

Ads

Setiap hidangan membawa bersama cerita dan identiti, dan kisah ais kacang di Sweden ini menjadi bukti bagaimana satu pengalaman rasa boleh menumbuhkan minat, membuka pintu rezeki, serta memperkenalkan Malaysia kepada komuniti global.

Mungkin selepas ini, lebih banyak makanan jalanan dan pencuci mulut tempatan akan menembusi pasaran antarabangsa sekaligus menjadikan Malaysia lebih dikenali sebagai syurga makanan dunia.

Sumber : Tiktok @wawawandering

BACA LAGI : Selepas 70 Tahun, Warga Emas Ini Akhirnya Rasai Nikmat Jadi Warganegara Malaysia

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads