Sad couple photo created by Drazen Zigic - www.freepik.com

Buat anda yang sudah berumah tangga salah satu perkara yang cukup dirisaukan ialah kemampuan anda menjalankan tanggungjawab sebagai suami sama ada dari segi zahir dan batin. Ternyata menjadi suami bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.

Disebabkan itulah walaupun sudah berumah tangga dan usia semakin meningkat anda harus sentiasa menjaga kecergasan diri. Jika anda dapati keinginan untuk bersama dengan isteri semakin berkurangan, usahlah berdiam diri lagi. Sebagai lelaki anda sendiri boleh mengukur kekuatan stamina dan kekuatan batin anda.

Kenapa perkara seperti itu boleh berlaku? Mungkin itu salah satu perkara yang anda persoalkan. Sebenarnya selain beberapa jenis penyakit tertentu terdapat banyak faktor dan perkara yang boleh mejejaskan tahap ‘tenaga’ anda.

Lima Perkara Boleh Jadi Punca ‘Tenaga’ Lelaki Lemah Tak Bermaya, Ini Pandangan Saintifik
Sad couple photo created by jcomp – www.freepik.com

Lemah tenaga batin merupakan satu istilah yang sering dilemparkan apabila membiarakan masalah ini. Namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lemah tenaga batin?

Tenaga batin atau dalam istilah saintifiknya, libido membawa maksud rangsangan seks yang dimiliki seseorang individu. Jadi jika seseorang berdepan lemah tenaga batin ia menggambarkan penurunan minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti ‘bersama’ dengan pasangan.

Perkembangan usia boleh menyebabkan kekurangan minat terhadap seks kerana tahap libido manusia juga berbeza-beza sepanjang hayat.

IKLAN

Akan tetapu libido yang rendah untuk jangka masa yang panjang boleh menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah orang. Malah ia juga boleh menjadi indikasi terhadap penyakit atau kondisi kesihatan yang perlu diberikan perhatian sebaiknya.

PUNCA LEMAH TENAGA BATIN

TAHAP TESTOSTERON RENDAH

Ia merupakan hormon yang sangat penting buat lelaki. Hormon ini bertanggungjawab membina otot, jisim tulang, dan untuk merangsang pengeluaran sperma. Paras testosteron boleh menjadi faktor penentu sama ada lemah tenaga batin atau sebaliknya. Jadi bila paras hormon testosteron menurun, keinginan untuk bersama juga menurun.

IKLAN

KEMURUNGAN

Kesihatan mental memainkan peranan sangat penting dalam menjalani kehidupan lebih baik. Kemurungan yang teruk boleh menyebabkan seseorang kurang berminat dengan aktiviti fizikal yang pernah mereka nikmati. Ini termasuklah bersama dengan isteri.

Lima Perkara Boleh Jadi Punca ‘Tenaga’ Lelaki Lemah Tak Bermaya, Ini Pandangan Saintifik
Sad couple photo created by gpointstudio – www.freepik.com

MASALAH TIDUR

Menerusi satu kajian dicatatkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine mendapati bahawa lelaki yang tidak obes, yang mempunyai apnea tidur obstruktif (OSA) memiliki tahap testosteron yang lebih rendah. Kajian itu juga mendapati hampir satu pertiga lelaki yang mengalami apnea tidur teruk, turut alami pengurangan kadar hormon testosteron.

Mankala dalam satu kajian berbeza mendapati kadar testosteron menurun sebanyak 10% hingga 15% setelah mengalami pengurangan waktu tidur selama 5 jam seminggu setiap malam.

IKLAN

TEKANAN

Berdepan gaya hidup yang tidak sihat dengan sentiasa terdedah dengan tekanan boleh menjejaskan tenaga dalaman lelaki. Stres berupaya menjejaskan tahap hormon anda. Arteri dalam badan boleh menjadi sempit sebagai tindak balas terhadap tekanan. Apabila ia berlaku aliran darah terganggu dan berpotensi menyebabkan mati pucuk!

KURANG BERSENAM ATAU TERLEBIH BERSENAM

Dalam melakukan apa-apa perkara sekalipun janganlah berkurang dan juga berlebihan. Begitu juga dengan senaman. Melakukan senaman yang terlalu sedikit atau terlalu banyak juga boleh menyumbang kepada punca masalah tenaga dalaman lelaki.

Jika kurang bersenam anda berdepan risisko pelbagai masalah kesihatan. Manakala jika melakukan aktiviti fizikal secara sederhana terbukti dapat menurunkan kadar kortisol pada waktu malam dan mengurangkan stres, lantas bantu meningkatkan rangsangan.

Kredit: Hello Doktor

https://www.youtube.com/watch?v=crPc455oynI&t=182s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI