Siapa sangka, pelakon yang dikenali menerusi watak romantik dan drama berat kini berjaya menawan pentas sukan tempur tanah air.

Ikmal Amry membuktikan dirinya bukan sekadar selebriti apabila baru-baru ini meraih kemenangan berprestij dalam perlawanan Fury Championship, menewaskan rakan selebriti Hun Haqeem dalam pertarungan penuh adrenalin di Zepp Kuala Lumpur.

Momen kemenangan itu bukan sekadar hiburan ia adalah kemuncak kepada latihan keras, pengorbanan mental dan fizikal yang tidak kelihatan di balik sorotan kamera.

‘Macam-Macam Sakit, Tapi Saya Habiskan’ Ikmal Amry Buktikan Di Fury Championship

Fury Championship Satu Fenomena Baru di Malaysia

Sekadar info, Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur pertama seumpamanya di Malaysia.

Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, kejohanan ini menghimpunkan pejuang profesional, pencabar amatur, selebriti dan pempengaruh.

Inspirasi mereka datang daripada gergasi global seperti ONE Championship, dengan misi menjadikan Fury sebagai platform utama sukan tempur tanah air.

‘Macam-Macam Sakit, Tapi Saya Habiskan’ Ikmal Amry Buktikan Di Fury Championship

“Dia Macam-Macam Sakit”

Memenangi perlawanan bukanlah satu keajaiban yang datang secara tiba-tiba.

Ads

Sebaliknya, ia hasil latihan yang penuh pengorbanan.

“Dia macam-macam sakit, tapi saya tak nak bagitahu oranglah,” katanya.

“Training fighter ni lain daripada kita training jadi athlete. Just different. Cara mereka tekan kita pun lain.”

Menurut Ikmal, latihan sebagai pejuang melibatkan impak fizikal yang lebih agresif dan mendalam.

“Kalau kita jadi runner, lain training dia. Tapi fighter ni, dia banyak physical impact dekat body. Macam-macam yang kita akan sakit”, katanya.

Ads

Berjuang Hingga Titik Akhir

Setiap sesi latihan menjadi ujian keazaman. Di saat ramai mungkin sudah mengalah, Ikmal tetap teruskan.

“Saya rasa macam kenapalah saya pilih untuk jadi fighter ni. Tapi macam mana pun, saya akan habiskan,” tegasnya.

Baginya, sakit hanyalah sementara, tetapi kepuasan mengatasi cabaran itu akan kekal selamanya.

‘Macam-Macam Sakit, Tapi Saya Habiskan’ Ikmal Amry Buktikan Di Fury Championship

BACA LAGI : Cara Dapatkan Rambut Macho Seperti Ghaz Filem ‘Blood Brothers’!

Ads

Bukan Sekadar Watak, Ini Realiti

Kemenangan melawan Hun Haqeem membuktikan bahawa Ikmal bukan sekadar berlakon sebagai fighter, dia benar-benar menjadi seorang pejuang.

Dengan latar belakang dunia lakonan, kini dia membuktikan dirinya juga mampu berdiri di dalam gelanggang sebagai pejuang sebenar.

Kini, Ikmal Amry bukan lagi sekadar pelakon yang tampil kacak di layar kaca.

Dia adalah wajah baharu ketahanan, simbol kepada keberanian mencabar norma dan membuktikan bahawa selebriti juga mampu jadi pejuang.

“Kita akan fikir balik untuk next,” tambahnya, memberi bayangan tentang masa depan yang mungkin lebih agresif dan mencabar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI