Jika mahu membentuk otot dan sixpack, kena makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.
Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.
Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.
Ads
1. Tidur lebih nyenyak
Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.
2. Membentuk & memulihkan otot
Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.
Ads
3. Mencegah kemurungan
Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.
Ads
4. Mengecilkan pinggang
Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.
5. Menguatkan tulang
Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.
6. Perut kenyang lebih lama
Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan sahaja kalori, dengan hanya empat minit melakukan senaman Tabata anda juga bakal mendapat manfaat dan kesan yang sama seperti anda berjoging selama 40 minit.
Apa Itu Senaman Tabata?
Senaman Tabata merupakan kaedah latihan High Intensity Interval Training (HIIT) yang diolah berdasarkan kajian pada tahun 1996 oleh seorang saintis terkenal bernama Dr. Izumi Tabata bersama pasukan penyelidiknya dari National Institute of Fitness and Sports, Tokyo, Jepun.
Mereka telah menjalankan kajian ke atas dua kumpulan atlet. Kumpulan pertama dilatih pada tahap intensiti sederhana manakala kumpulan kedua dilatih pada tahap intensiti tinggi.
Kumpulan pertama melakukan latihan lima hari seminggu selama enam minggu secara berturut-turut, dalam setiap senaman selama satu jam. Sedangkan kumpulan kedua pula melakukan latihan empat hari seminggu selama enam minggu dalam setiap sesi selama empat minit dan 20 saat (dengan 10 saat rehat di antara setiap set).
Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kumpulan pertama berjaya meningkatkan sistem aerobik (kardiovaskular), tetapi hanya sedikit atau tiada perubahan untuk sistem anaerobik (otot). Kumpulan kedua pula menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam sistem aerobik dan peningkatan sistem anaerobik sebanyak 28 peratus.
Kesimpulannya, senaman Tabata berintensiti tinggi memberi kesan positif kepada kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik. Ia membolehkan tubuh anda bekerja lebih efisien, meningkatkan stamina dan mempercepatkan pembakaran lemak walaupun selepas senaman tamat.
Cara Melakukan Senaman Tabata
Tabata merupakan sesi latihan yang dilakukan dalam tempoh singkat, kebiasaannya empat minit. Dalam masa singkat ini, anda boleh meningkatkan kapasiti aerobik, anaerobik, resting metabolic rate (RMR), dan membakar lemak lebih banyak daripada senaman aerobic biasa selama 60 minit.
Langkah-langkah melakukan Tabata:
Memanaskan badan
Senaman ultra-intensif dalam tempoh 20 saat
Rehat dalam tempoh 10 saat
Ulangi 8 pusingan bagi rutin ini
Menyejukkan badan
senaman Tabata
Anda hanya perlu melakukan senaman ultra-intensif selama 20–30 saat dan mengambil masa 10 saat untuk berehat. Lakukan lapan set untuk setiap latihan bagi hasil terbaik.
Kebaikan Senaman HIIT Menurut Coach Cem
Waktu senaman yang pendek tetapi sangat berkesan.
Berdasarkan kajian Dr. Tabata, mereka yang menggunakan kaedah ini empat kali seminggu bersama satu sesi kardio (jogging) mengalami peningkatan kapasiti aerobik dan anaerobik yang sama seperti mereka yang berjoging lima kali seminggu.
Kesan pembakaran kalori after burn sehingga 12–24 jam — badan masih membakar kalori walaupun anda sedang tidur!
Membantu menyahtoksinkan metabolic waste daripada otot agar tubuh kelihatan lebih ‘lean’ dan sihat.
Amalan konsisten selama lapan minggu mampu memanjangkan jangka hayat serta mengekalkan metabolisme seaktif usia remaja.
Siapa Yang Tidak Sesuai Melakukan Tabata?
Walaupun senaman Tabata nampak mudah kerana hanya empat minit, tidak semua orang sesuai melakukannya. Untuk melaksanakan Tabata, anda memerlukan jantung yang benar-benar kuat dan tahap kecergasan yang baik.
Jika anda cepat semput selepas berjoging 20 minit tanpa henti, ini bermakna jantung anda masih belum bersedia. Pastikan anda benar-benar sihat atau dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman Tabata.
Mulakan perlahan-lahan, dan tingkatkan intensiti dari masa ke masa. Jangan lupa senaman Tabata lebih kepada kualiti gerakan dan disiplin masa, bukan kuantiti.
Jangan lupa untuk mengikuti saluran YouTube MASKULIN dan TikTok MASKULIN untuk lebih banyak video senaman menarik dan tip gaya hidup sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ahli kumpulan BTS, Jin mencipta sejarah pagi ini apabila menjadi penyanyi pertama dari Korea Selatan yang diberikan penghargaan untuk mengangkat obor Sukan Olimpik dalam acara larian obor di Paris sempena #SukanOlimpik#Paris2024 yang bakal membuka tirai pada 26 Julai.
Jin BTS Bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024, Penyanyi Pertama Wakili Korea Selatan
Acara ini menjadi sangat istimewa kerana bersempena dengan Hari Bastille, hari cuti besar di Perancis. Jin akan mewakili Korea Selatan sebagai pembawa obor dalam acara larian berganti-ganti di Paris, dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre.
Kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada peminat yang telah berkumpul di lokasi dengan sepanduk dan sorakan semangat.
Rasa terhormat dan bangga
Dalam wawancaranya dengan KBS News, Jin berkata,
“Saya amat berbangga untuk terlibat dalam larian obor pada hari ini. Saya berterima kasih kepada ARMY dan kepada semua peminat yang menyokong saya hinggakan saya mampu mengangkat obor pada hari ini.”
Melalui agensinya, Big Hit Music, Jin juga menyampaikan harapannya agar atlet Korea Selatan mencapai kejayaan dalam Olimpik dan Paralimpik Paris ke-17 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti.
Untuk pengetahuan, acara obor Olimpik ini akan melalui lebih 400 lokasi di Perancis, meliputi perjalanan kira-kira 12,000km. Tambahan, terdapat 11,000 pembawa obor yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ini termasuklah Jin, Didier Drogba, Tony Parker dan ramai lagi.
Lelaki pada zaman sekarang memang penuh dengan pelbagai aktiviti masa lapang yang menyihatkan. Kalau bukan setiap hari pun setidak-tidaknya hujung minggu pasti terisi dengan aktiviti yang mempau mengeluarkan peluh seperti berlari, futsal, berbasikal dan juga pelbagai sukan lain.
Seiring dengan kegiatan menyihatkan ini pengambilan minuman bertenaga atau energy drink juga menjadi semakin popular di kalangan lelaki. Kalau ke pasar raya atau kedai runcit buka sahaja peti ais pasti anda boleh dapati deretan pelbagai jenama minuman tenaga ditawarkan.
Ada pelbagai perisa dan warna! Namun tahukan anda bahawa pengambilan berlebihan minuman tenaga ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian posting oleh Public Helath Malaysia, mereka menceritakan tentang satu senario di mana seorang lelaki berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Apa yang menghairankan lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tak merokok. Pemeriksaan lanjut mendapati degupan jantungnya sangat kencang dengan kadar 130 ke 140 denyutan seminit, sedangkan denyutan normal ialah antara 60 ke 100 sahaja.
Nak tahu mengapa situasi ini boleh berlaku dan apakah kaitannya dengan minuman tenaga, ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Ini merupakan antara gejala bahaya yang boleh dihidapi jika ia diambil berlebihan.
MENGAPAKAH MINUMAN TENAGA MEMBERI RISIKO KEPADA KESIHATAN?
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi gula yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
APAKAH YANG DI CADANGKAN OLEH PENGKAJI?
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
KESIMPULAN
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.