Jika mahu membentuk otot dan sixpack, kena makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.
Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.
Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.
Ads
1. Tidur lebih nyenyak
Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.
2. Membentuk & memulihkan otot
Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.
Ads
3. Mencegah kemurungan
Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.
Ads
4. Mengecilkan pinggang
Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.
5. Menguatkan tulang
Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.
6. Perut kenyang lebih lama
Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mencapai kelajuan larian (pace) yang lebih baik dalam masa yang singkat memerlukan disiplin dan strategi latihan yang betul.
Bagi pelari aktif yang serius mahu meningkatkan prestasi larian mereka terutamanya untuk menamatkan maraton dengan masa yang lebih pantas atau hanya untuk kekal cergas dengan lebih efisien, tempoh sebulan adalah masa kritikal untuk melihat perubahan ketara.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi panduan ringkas yang mungkin sesuai untuk anda ikuti. Perkongsian ini menerangkan tentang cara menyusun program larian anda untuk meningkatkan pace secara konsisten dan mampan.
Sebelum mengejar kelajuan, anda perlu memastikan asas ketahanan anda kukuh. Pace yang pantas tidak berguna jika anda gagal mengekalkannya sehingga ke garisan penamat.
Setelah badan anda menyesuaikan diri dengan jarak yang lebih jauh, tiba masanya untuk memperkenalkan latihan yang memaksa anda keluar dari zon selesa.
Minggu ini adalah tentang mendapatkan letusan kelajuan dan membina kekuatan otot yang spesifik.
Minggu terakhir sebelum ujian larian atau perlumbaan adalah masa untuk mengurangkan intensiti dan membiarkan badan anda pulih, sambil mengekalkan perasaan kelajuan.
Nota Peringatan:
Dengan menyusun jadual latihan ini, anda bukan sahaja akan meningkatkan pace anda, tetapi juga menjadi pelari yang lebih kuat dan berdisiplin dalam masa sebulan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia. Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.
Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras. Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.
Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung. Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.
Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera. Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi. Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.
BOLEH MENGGANGGU KADAR DEGUPAN JANTUNG
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung. Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel, dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi. Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mahu diet tetapi susah kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Tak ada masalah, anda boleh juga turunkan berat badan sepanjang PKP ni, cuma janganlah kerap makan sahaja.
Ada banyak lagi aktiviti yang boleh di buat. Keluarkan peluh anda, kerana peluh yang dihasikan juga mampu mengeluarkan toksin dari badan.
Okaylah, tak perlu cakap banyak. Ini beberapa cara anda turunkan berat badan dan boleh diguna pakai sepanjang PKP.
Cuba kawal diri, jangan terlalu kerap memasuki dapur. Kerana anda akan lebih kerap buka peti ais dan ambil makanan. Namun jika anda benar-benar lapar dan perlukan sesuatu di mulut, ambil lah kekacang atau makanan sihat.
Tahukah anda setiap makanan yang anda ambil itu boleh di bakar dengan pengunaan tenaga?
1 burger = 538 Kalori
2 jam 30 minit berjalan
1 jam 20 minit berlari
English Big Breakfast = 522 kalori
2 jam 30 minit berjalan
1 Jam 15 minit berlari
Ayam goreng 2-3 ketul = 350
1 jam 40 minit berjalan
0 Jam 50 minit berlari
Aiskrim Sunday Chocolate = 457 kalori
2 jam 10 minit berjalan
1 Jam 00 minit berlari
Mee goreng (sepinggan) = 580 kalori
2 jam 45 minit berjalan
1 Jam 20 minit berlari
Nasi lemak dan ayam goreng = 690 kalori
3 jam 30 minit berjalan
1 Jam 40 minit berlari
Roti Canai (Sekeping) = 420 kalori
2 jam 00 minit berjalan
1 Jam 00 minit berlari
Mee rebus = 450 kalori
2 jam 10 minit berjalan
1 Jam 05 minit berlari
Air sirap bandung = 139 kalori
0 jam 40 minit berjalan
0 Jam 20 minit berlari
Teh Tarik = 121 kalori
0 jam 35 minit berjalan
0 Jam 20 minit berlari
Kopi = 63 kalori
0 jam 20 minit berjalan
0 Jam 10 minit berlari
Minuman bertin / soda = 137 kalori
0 jam 40 minit berjalan
0 Jam 20 minit berlari
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang