Sebagai seorang pekerja makan gaji kita pastinya sudah sedia maklum akan jumlah gaji tertentu yang bakal diterima selepas sebulan bekerja. Paling tidak pun kita sudah boleh agak berapa banyak pendapatan hasil dari pekerjaan sepanjang sebulan.
Jadi memang agak mengejutkan jugalah jika tiba-tiba gaji yang masuk bertaus kali ganda jumlahnya. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang telah tidak sengaja dibayar majikannya dengan gaji sebanyak 286 kali ganda dari gaji sebenarnya.
Kejadian ini berlaku kepada seorang lelaki tang tidak dinamakan bekerja di Consorcio Industrial de Alimentos, Chile. Apa yang mengejutkan selepas mendapat wang tersebut dia dilapokan terus meletak jawatan dan menghilangkan diri.
Menurut laporan Diario Financiero, lelaki tersebut sepatutnya menerima kira-kira 500,000 Chilean Peso (kira-kira RM2,322) sebagai gaji bulanan. Namun pada bulan Mei lalu, syarikatnya telah tersilap membayar sejumlah bayaran yang sangat tinggi iaitu 165,398,851 Chilean Pesos (RM768,310). Ia bermakna gaji diterima lelaki itu beratus-ratus kali ganda dari gaji sebenarnya.
Ads
Apabila jabatan sumber manusia syarikat tersebut menyedari kesilapan tersebut mereka segera menghubunginya bagi membincangkan kesilapan tersebut. Difahamkan dia telah dimaklumkan dan diberitahu bahawa wang tersebut tidak selari dengan gaji yang sepatut diterimanya.
Pada mulanya lelaki tersebut bersetuju untuk pergi ke bank pada keesokkan pagi untuk membincangkan perkara tersebut namun dia gagal muncul di tempat kerja dan akhirnya hilang tanpa dapat dikesan.
Ads
Majikannya juag tidak dapat menghubunginya walaupun banyak panggilan telefon, pesanan teks dan juga mesej WhatsApp. Namun kemudian dia menghubungi syarikat itu untuk memaklumkan perletakan jawatan.
Apabila tidk mendapat sebarang respons yang baik syarikat itu melancarkan tindakan undang-undang ke atasnya bagi mendapatkan semula wang tersebut.
Ads
Namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilaporkan.
Bagaimana pula dengan anda? Apakah yang anda akan lakukan jika perkara seperti ini berlaku? Tiba-tiba dapat ‘durian runtuh’ yang muncul dalam angka besar di akaun sendiri.
Sumber: LADbible
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.
“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.
“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop) akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.
“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.
Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.
Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.
Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 akan berlangsung esok, menyaksikan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar secara rasminya ditabalkan sebagai ketua negara, manakala Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Menjelang istiadat pertabalan diraja itu, MASKULIN kongsikan beberapa maklumat menarik yang dipetik dari perkongsian di laman Instagram @officialsultanibrahim mengenai busana yang akan dipakai oleh Sultan Ibrahim sepanjang istiadat berlangsung.
Seperti yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, baginda akan memakai Muskat merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Namanya diambil sempena kota Muskat iaitu ibu negara Oman yang merupakan tempat berasalnya rekaan pakaian kebesaran diraja itu.
Diperbuat daripada kain sakhlat berwarna hitam, ia turut dihiasi dengan corak awan larat dan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang ditekat menggunakan benang emas.
Berbeza dengan istiadat pertabalan, pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ketika berangkat ke Majlis Santapan Diraja ialah Mess Kit.
Pemakaian Mess Kit dipakai buat pertama kalinya secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-13 iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Reka bentuk dan corak Mess Kit diolah berdasarkan Muskat.
Ketika istiadat pertabalan, baginda akan memakai Tengkolok Diraja dikenali sebagai Dendam Tak Sudah seperti yang dipakai Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Pending Diraja merupakan alat kebesaran yang dipakai bersama bengkung. Diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah permata delima serta tertera Jata Negara di bahagian tengahnya.
Samping yang diperbuat dari kain songket akan dipakai bersama bengkung dan Pending Diraja.
Yang menariknya, ini merupakan kali pertama motif tradisional negeri Johor iaitu dedaun gambir dan lada hitam digunakan sebagai motif utama pada Samping Diraja, Tengkolok Diraja dan juga bengkung.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu, 20 Julai 2024, diikuti dengan Majlis Santapan Diraja pada hari yang sama.
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan membebankan diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3.Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4.Berinteraksi dengan keluarga dan rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.