Tak dinafikan nasi merupakan makanan utama yang diambil oleh rakyat Malaysia setiap hari. Bahkan ada di antara kita yang pagi, tengahari dan malam sekalipun makan nasi.
Nasi adalah makanan ruji yang memang sudah sebati dengan kehidupan kita di Malaysia. Pada waktu pagi sahaja pun tengoklah berapa benyak jenis juadah nasi yang boleh kita beli dan makan.
Begitu juga dengan makan tengahari. Pelbagai lauk-pauk yang menjadi hidangan santapan makan yang disertakan dengan nasi. Dan malam pula usah ceritalah, memang meriah dengan pelbagai menu nasi.
Tapi sejak kebelakangan ini ramai orang terutamanya yang ingin menurunkan berat badan mula menjauhi nasi. Tak keterlaluan MASKULIN katakan mereka juga anggap nasi ini sebagai ‘musuh’ utama yang membuatkan berat badan naik sebelum itu.
NASI TAK SALAH
Ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya ya, nasi boleh mengakibatkan berat badan naik tetapi jika ia diambil dengan berlebihan. Dan salah jika anda nak anggap nasi itu sebagai musuh. Nasi tak pernah salah. Anda boleh makannya setiap hari cuma perlu ambil dalam kuantiti yang mencukupi sahaja.
Ads
Seperti MASKULIN pernah kongsi sebelum ini, gunakan formula makan suku-suku-separuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah.
Selain makan dalam kuantiti atau jumlah yang tak kerterlaluan anda juga perlu menjaga bila masa sesuai untuk makan nasi. Jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
Masa terbaik untuk anda makan nasi ialah pada waktu siang. Ini kerana pada waktu siang metabolisme badan berada pada tahap paling aktif dan mampu menyerap nutirisi daripada makanan seperti nasi. Tubuh juga boleh mencerna semua makanan yang anda nmakan dengan baik.
Makanan paling penting dalam diet harian anda ialah sarapan. Dan jika anda ingin makan nasi pada waktu pagi, pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang.
Sebagai contoh pastikan posrtion nasi yang anda makan itu tak lebih segenggam sahaja. Untuk lengkapkan sarapan sertakan dengan sayur dan juga sedikit buah.
Ads
JANGAN MAKAN SELEPAS WAKTU INI
Sebaiknya waktu makan malam terbaik ialah sebelum masuknya waktu maghrib atau sebelum pukul 8. Jika anda makan pada waktu malam ia merupakan tempoh masa yangh sangat dekat dengan waktu tidur. Dan bila ini berlaku fungsi perncernaan akan bekerja lebih lambat semasa anda sedang tidur dan berehat.
Lalu lama-kelamaan boleh menjadi punca berat badan anda naik dan perut juga mula jadi boroi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa bulan lalu MASKULIN pernah menulis tentang atlet MMA muda negara yang baru berusia 16 tahun bernama Johan Ghazali. Pada ketika itu, namanya menjadi sebutan ramai dan tular di laman media sosial kerana kejayaan menumbangkan lawan lebih tua dalam masa 16 saat sahaja!
Di sebalik usia mudanya, Johan Ghazali atau nama gelarannya Jojo tidak pernah gentar menghadapi lawan yang rata-rata lebih berpengalaman dan lebih berusia.
Terbaru, namanya kembali menjadi sebutan terutamanya di kalangan peminat MMA selepas menumbangkan seorang lagi lawan dari negara jiran, Thailand. Sebuah video menampilkan bagaimana petarung dari Thailand itu melakukan provokasi dengan menjelirkan lidah ketika perlawanan.
Namun, Johan Ghazali yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap dilihat terus tenang dan memberikan fokus sepenuhnya tanpa terkesan dengan provokasi murahan daripada lawannya. Perlawanan Johan menentang Tai Sor Jor Piek tersebut tidak berlangsung dengan lama.
Dalam pusingan ketiga, setiap kali Uthai menumbuk dia akan menjelirkan lidahnya, menyindir Ghazali seolah-olah kuasanya tidak memberi kesan.
Tetapi kemudian, Johan memastikan lawannya merasai tumbukan-tumbuknya, ketika dia mendaratkan gabungan cangkuk kiri yang cukup padu. Uthai segera rebah ke atas kanvas dan dia tidak dapat kembali berdiri, ketika pengadil melambai dari pertarungan menandakan kemenangan ‘KO’ kepada Johan.
Selepas disahkan menang, Johan dan jurulatihnya tidak dapat menahan perasaan gembira dan dilihat terus melompat dan berpelukan meraikan kemenangan tersebut.
“Saya kuat kerana ada sokongan daripada ibu di stadium, bapa saya yang menonton di rumah selain rakan-rakan yang datang dari Malaysia, jadi tak adil kalau saya tidak berikan 100 peratus dalam pertarungan ini.
“Sasaran saya seterusnya untuk mendapatkan kontrak, saya rasa tali pinggang One Championship ini ditakdirkan buat saya. Saya adalah masa depan,” katanya dalam satu rakaman.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kedua Johan Ghazali di dalam pertandingan ONE Championship Muay Thai. Manakala pada tahun lalu, dia turut menjuarai Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Russia, Rustam Yunusob dalam kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram).
Ramai menjangkakan petarung muda dari Malaysia ini memiliki masa depan yang cukup cerah dalam karier profesionalnya. Semoga Johan Ghazali terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RAMAI YANG BERTANYA KENAPA LELAKI PERUT BUNCIT SELEPAS KAHWIN. SELALU JUGA DENGAR ORANG CAKAP MACAM NI, “SEKARANG NI KURUS, DAH KAHWIN NANTI MESTI GEMUK.” WALAUPUN ISTILAH GEMUK DAN BUNCIT ITU TAK SAMA, TAPI DALAM KONTEKS INI IANYA MEMBAWA MAKSUD YANG SERUPA, IAITU PERUT NAIK.
Mana tak buncit, makan-minum semua tersedia bila dah kahwin, nak pergi bersenam pun agak malas sebab bini dah ada kat rumah bersenam dengan bini lagi best.
DAH KAHWIN, TAK PAYAH LAH NAK FIKIR PASAL ‘MARKET’. CUKUPLAH ADA BINI SORANG.
Isteri suka masak dan suka cuba resipi baru, suami akan jadi bahan uji kaji dan juri professional.
Dah memang keturunan perut buncit, nak buat macam mana. Terima saja la
Tapi hakikatnya ada fakta yang perlu kita tahu:
LELAKI YANG DAH KAHWIN NI SENANG BUNCIT DISEBABKAN FAKTOR KELAMIN SEBENARNYA. KEBUNCITAN LELAKI INI BERLAKU APABILA CECAIR DARIPADA ISTERI YANG MENGALIR MASUK MELALUI ALAT SULIT LELAKI SEMASA HUBUNGAN KELAMIN AKAN MEMBUATKAN PERUBAHAN HORMON YANG MEMBUATKAN PERUT SENANG BUNCIT.
Bila ade sexual intercourse, orgasm dan sebagainya kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang menggalakkan pembesaran sel.
Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.
Perempuan pun sama juga, tapi perempuan lepas kahwin bertambah berat badan secara overall sebab terkena ‘buatan orang’. Fakta telah mengatakan perempuan bertambah berat badan kerana khasiat air mani si suami itu sendiri.
KEPADA WANITA YANG SUDAH BERKAHWIN, DIKATAKAN AKAN MEMPUNYAI KULIT YANG LEBIH LEMBUT HASIL DARIPADA PANCUTAN SPERMA SUAMI YANG MENGANDUNGI BANYAK PROTEIN YANG BERKHASIAT.
Protein yang banyak akan meransang pertumbuhan sel dalam badan & menurunkan metabolisme.
Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
Mengurangkan jerawat.
Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
BUKANLAH KENA MELAWAN FITRAH KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA, TAPI BILA TENGOK PADA PUNCA BANYAK DATANG DARI FAKTOR HORMON. JADI, CARA UNTUK ATASI DAN KURANGKAN PERUT BUNCIT ATAU GEMUK SELEPAS BERKAHWIN KITA KENA ‘KACAU’ BALIK HORMON KITA. PALING UTAMA, KURANGKAN HORMON ESTROGEN MELALUI PEMAKANAN ATAUPUN AMBIL ANTI-ESTROGEN. SENAMAN DAN GAYA HIDUP SIHATPERLU DIAMALKAN KERANA BOLEH MENSTIMULASIKAN KELENJAR HORMON KITA AGAR BEKERJA SECARA OPTIMUM.
Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan.
Namun begitu, dari satu sudut yang lain mereka yang berkahwin sebetulnya mendapat manfaat yang cukup besar pada kesihatan mereka. Terdapat dua teori yang mungkin boleh menjadi faktor masalah ini berlaku. Teori ini diilhamkan oleh seorang ahli statistik Charlotte Schoenborn.
Pertama, berdasarkan teorinya, perkahwinan secara tidak langsung berkemungkinan memberi perlindungan terhadap kesihatan. Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin mempunyai kelebihan daripada aspek perkongsian sumber ekonomi, sokongan sosial dan psikologi. Selain itu, mereka juga mendapat dorongan dan galakan antara satu sama lain untuk meneruskan amalan gaya hidup yang sihat.
Kedua, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sihat akan berkahwin dan kekal dalam perkahwinan tersebut. Sebaliknya mereka yang `kurang sihat” tidak berkahwin atau lebih cenderung berpisah, bercerai, menduda atau menjanda. Secara keseluruhan, kaitan antara status perkahwinan dan status kesihatan wujud tanpa mengira status sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan dan kemiskinan di mana saja mereka dilahirkan.
MENGIKUT KAJIAN TERHADAP LEBIH 125,000 ORANG, MENDAPATI MEREKA YANG BERKAHWIN KHUSUSNYA LEBIH CENDERUNG UNTUK BERTAMBAH BERAT BADAN. DI KALANGAN ORANG DEWASA YANG BERUSIA LEBIH 18 TAHUN DAN KE ATAS, 12 PERATUS TAHAP KESIHATAN MEREKA DALAM LINGKUNGAN BAIK ATAU TERUK.
Tahap kesihatan golongan duda dan janda dikategorikan paling teruk. Secara umum, orang dewasa yang berkahwin paling sedikit mengalami masalah kesihatan. Selain itu, mereka paling kurang terbabit dalam tingkah laku yang berisiko kecuali pertambahan berat badan.
Di samping tahap kesihatan yang jauh lebih baik, kajian itu juga mendapati mereka yang berkahwin kurang mengalami beberapa masalah kesihatan.
ANTARANYA, KURANG MENGALAMI SAKIT BELAKANG BAHAGIAN BAWAH, KURANG SAKIT KEPALA DAN TEKANAN P SIKOLOGI KECUALI MASALAH BERAT BADAN. BERITA BAIKNYA, MEREKA JUGA KURANG MINUM MINUMAN KERAS, MEROKOK DAN AKTIF SECARA FIZIKAL BERBANDING ORANG LAIN.
70 PERATUS SUAMI OBES
APA YANG MEMBIMBANGKAN, BUAT MASA INI, LEBIH DARIPADA SEPARUH ORANG DEWASA TERGOLONG DALAM KUMPULAN YANG OBES. KIRA-KIRA 70 PERATUS PARA SUAMI TERMASUK DALAM KATEGORI OBES BERBANDING 65 PERATUS LELAKI YANG LAIN.
Hubung kait antara perkahwinan dan kesihatan ini buat julung kalinya dilaporkan pada tiga dekad lalu. `Hubungan yang istimewa” ini masih wujud hingga ke hari ini
sekalipun banyak berubah.
Bagaimanapun, hari ini, semakin ramai yang berkahwin lewat dan memilih bersekedudukan dengan pasangan. Berbeza dengan mereka yang berkahwin, golongan yang tinggal serumah tanpa ikatan pernikahan memberi implikasi negatif pada kesihatan.
SEMENTARA ITU, DALAM SATU KAJIAN YANG BERASINGAN OLEH THE HARVARD SCHOOL OF PUBLIC HEALTH, MENDEDAHKAN LELAKI YANG BERKAHWIN SEMULA JUGA BOLEH MENGALAMI PERTAMBAHAN BERAT BADAN. KESIMPULAN YANG DIPEROLEH DARIPADA KAJIAN TERSEBUT PERTAMBAHAN BERAT BADAN INI KERANA PERKAHWINAN ITU SENDIRI MENGUBAH TINGKAH LAKU MAKAN MEREKA SEMASA MEREKA MENJADI `ORANG BUJANG”.
Kajian ini juga menyimpulkan banyak kesan positif pada kesihatan seorang lelaki. Mereka juga dilaporkan kurang minum minuman keras, makan lebih banyak sayuran, daging yang kurang lemak, kurang minuman manis berbanding dengan mereka yang bercerai. Perubahan ini amat ketara pada tabiat pemakanan mereka terutama kepada lelaki muda yang berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.
KURANG SENAMAN
Sekalipun ada perubahan positif dalam tabiat pemakanan, lelaki yang berkahwin semula kurang melakukan senaman. Ini mengakibatkan mereka mengalami pertambahan berat badan.
Kemungkinan lebih banyak masa diperlukan untuk pasangan baru menyebabkan mereka kekurangan masa untuk melakukan senaman secara rutin.
KAJIAN YANG DISIARKAN DALAM JOURNAL OF EPIDEMILOGY AND COMMUNITY HEALTH ITU, MENDAPATI RATA-RATA LELAKI YANG BERPISAH DENGAN PASANGAN MEREKA MENGALAMI PENURUNAN BERAT BADAN, MEROKOK DAN LEBIH BANYAK MINUM MINUMAN KERAS.
Profesor Ben Fletcher, dari Persatuan Psikologikal Britain berkongsi pandangannya tentang lelaki yang berkahwin semula. Ujarnya, golongan ini biasanya mendapat lebih banyak sokongan sosial iaitu kuasa yang paling besar pada kesihatan dan diri seseorang.
Ketua Jabatan Psikologi University of Hertfordshire bersetuju dengan pandangan tersebut berdasarkan kajian lain. Lelaki katanya, tidak dapat mengendalikan diri apabila mereka kehilangan pasangan. Mereka tidak seperti wanita yang lebih tabah, kita dapat lihat peningkatan kes kematian di kalangan lelaki dalam tempoh enam bulan selepas kematian pasangan mereka.
Sumber : Intimku.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak ingin memiliki badan yang sihat dan fizikal yang mantap, bukan?
Demi mencapai objektif itu ramai lelaki sanggup berpenat-lelah bersenam dengan melakukan pelbagai teknik serta cara senaman.
Bersenam sememangnya aktiviti yang sangat dituntut sekiranya anda ingin dapatkan tubuh badan yang sihat serta stamina yang baik.
Dan pada masa kini terdapat ratusan jenis regim senaman yang boleh anda ikuti. Setiap senaman itu mempunyai intensiti serta disiplin yang berbeza.
Ya, memang bagus jika anda seorang yang sangat rajin bersenam. Namun dalam apa jual hal pun jika anda melakukan melebihi limit fizikal sendiri ia hanya akan bawa keburukan.
Ramai orang yang tak sedar bahawa mereka sebenarnya telah melakukan over training. Sekejap, mungkin anda bertanya apa itu ‘over training’.
Ia sebenarnya kondisi di mana seseorang itu melakukan aktiviti atau latihan melebihi tahap kemampuannya lalu menyebabkan prestasinya jatuh merudum dan berdepan kesukaran untuk dipulihkan.
Terdapat beberapa petanda di mana anda boeh kesan jika anda melakukan over training.
Anda berdepan kesukaran untuk capai prestasi terbaik walaupun sudah melakukan senaman yang difikirkan sesuai. Prestasi semasa anda juga bertukar jadi sukar untuk diramalkan. Ada ketika okay dan ada ketikanya sangat merudum. Ini petanda bahawa anda sudah overtraining.
Walaupun melakukan senaman yang sangat banyak namun semakin lama semakin sukar untuk anda capai sasaran yang diletakkan. Ini kerana badan anda memberi reaksi tindak balas terhadap senaman yang terlebih dilakukan anda.
Ini petanda yang paling jelas boleh berlaku kepada anda. Bila anda sering merasa sakit selepas melakukan senaman itu tandanya ada sesuatu yang tak kena. Besar kemungkinan anda tak mengendahkan isyarat badan dan melakukan overtraining.
Mungkin anda fikir bila badan terlalu penat ia akan buat badan dan minda akan mudah tidur. Tapi sebenarnya yang sebaliknya juga boleh berlaku. Masalah ini kemudian boleh melarat kepada gangguan lain seperti mental serta menjejaskan kehidupan harian anda.
Bila melakukan latihan atau senaman anda jadi mudah hilang fokus. Perkara ini berlaku kerana tubuh badan anda sudah tidak dapat mencapai objektif senaman. Perkara ini juga dikaitkan juga dengan masalah stres yang tinggi.
Ingalah bersenamlah secara sihat dan jangan lakukannya seorang diri. Jika anda rasa ada yang tak kena rujuklah jurulatih senaman atau doktor untuk dapatkan nasihat. Kecederaan akibat overtraining juga cukup merbahaya dan menjejaskan kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.