Beberapa bulan lalu MASKULIN pernah menulis tentang atlet MMA muda negara yang baru berusia 16 tahun bernama Johan Ghazali. Pada ketika itu, namanya menjadi sebutan ramai dan tular di laman media sosial kerana kejayaan menumbangkan lawan lebih tua dalam masa 16 saat sahaja!

Di sebalik usia mudanya, Johan Ghazali atau nama gelarannya Jojo tidak pernah gentar menghadapi lawan yang rata-rata lebih berpengalaman dan lebih berusia.

Tak Terkesan Provokasi Lawan, Petarung Muda Johan Ghazali ‘KO-kan’ Wakil Dari Thailand

Terbaru, namanya kembali menjadi sebutan terutamanya di kalangan peminat MMA selepas menumbangkan seorang lagi lawan dari negara jiran, Thailand. Sebuah video menampilkan bagaimana petarung dari Thailand itu melakukan provokasi dengan menjelirkan lidah ketika perlawanan.

Namun, Johan Ghazali yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap dilihat terus tenang dan memberikan fokus sepenuhnya tanpa terkesan dengan provokasi murahan daripada lawannya. Perlawanan Johan menentang Tai Sor Jor Piek tersebut tidak berlangsung dengan lama.

IKLAN
Tak Terkesan Provokasi Lawan, Petarung Muda Johan Ghazali ‘KO-kan’ Wakil Dari Thailand
Sebelum…

Dalam pusingan ketiga, setiap kali Uthai menumbuk dia akan menjelirkan lidahnya, menyindir Ghazali seolah-olah kuasanya tidak memberi kesan.

Tak Terkesan Provokasi Lawan, Petarung Muda Johan Ghazali ‘KO-kan’ Wakil Dari Thailand
Dan selepas!

Tetapi kemudian, Johan memastikan lawannya merasai tumbukan-tumbuknya, ketika dia mendaratkan gabungan cangkuk kiri yang cukup padu. Uthai segera rebah ke atas kanvas dan dia tidak dapat kembali berdiri, ketika pengadil melambai dari pertarungan menandakan kemenangan ‘KO’ kepada Johan.

Tak Terkesan Provokasi Lawan, Petarung Muda Johan Ghazali ‘KO-kan’ Wakil Dari Thailand

IKLAN

Selepas disahkan menang, Johan dan jurulatihnya tidak dapat menahan perasaan gembira dan dilihat terus melompat dan berpelukan meraikan kemenangan tersebut.

“Saya kuat kerana ada sokongan daripada ibu di stadium, bapa saya yang menonton di rumah selain rakan-rakan yang datang dari Malaysia, jadi tak adil kalau saya tidak berikan 100 peratus dalam pertarungan ini.

IKLAN

“Sasaran saya seterusnya untuk mendapatkan kontrak, saya rasa tali pinggang One Championship ini ditakdirkan buat saya. Saya adalah masa depan,” katanya dalam satu rakaman.

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kedua Johan Ghazali di dalam pertandingan ONE Championship Muay Thai. Manakala pada tahun lalu, dia turut menjuarai Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Russia, Rustam Yunusob dalam kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram).

Ramai menjangkakan petarung muda dari Malaysia ini memiliki masa depan yang cukup cerah dalam karier profesionalnya. Semoga Johan Ghazali terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI