Di pentas hiburan, Nabil Ahmad dikenali dengan gelak tawa yang menghiburkan.
Namun, di sebalik jenaka spontan dan personaliti ceria itu, tersembunyi satu sisi lain dirinya seorang yang sangat komited terhadap gaya hidup sihat dan mental yang seimbang.
Setiap hari, tanpa gagal, Nabil menjalani rutin yang bukan calang-calang.
Dari larisejauh 5 kilometer, senaman CrossFit, sehinggalah mandi ais pada suhu ekstrem, semuanya dilakukan demi satu tujuan keseimbangan antara fizikal dan emosi.
Bagi sesetengah orang, mandi ais mungkin hanya trend TikTok, tapi bagi Nabil, ia adalah rutin penting untuk pemulihan otot dan kestabilan emosi.
Setiap hari, beliau akan berendam selama 3 minit dalam air sejuk bersuhu sekitar 5 hingga 6 darjah Celsius.
Ads
“Kalau kita harapkan mesin penyejuk, suhu biasa dapat dalam 12 darjah je. Tapi kalau dapat ais banyakmemang padu. Rasa lain. Tenang dia tu lain macam,” katanya.
Selain membantu badan pulih selepas aktiviti fizikal, ice bath juga meningkatkan pengeluaran dopamine secara semula jadi, bahan kimia otak yang memberi rasa motivasi dan gembira.
“Dopamine organik tu yang buat saya rasa happy. Rasa fresh, rasa ready untuk hadap hari,” tambahnya.
CrossFit, Kalisthenik & Disiplin Diri
Nabil juga konsisten dengan senaman harian, khususnya CrossFit, yang menggabungkan latihan kekuatan, daya tahan dan kelajuan.
Walaupun kalisthenik hanya dilakukan secara ringan, komitmen terhadap senaman berat ini bukan main-main.
Ads
“Saya tak kisah bila pun pagi, petang, malam. Janji workout jalan. CrossFit ni cabar fizikal dan mental, dan saya suka push diri saya.”
Beliau percaya bahawa dalam hidup yang serba sibuk dan tekanan tinggi, senaman adalah saluran utama untuk melepaskan stres, bukan sekadar untuk penampilan fizikal.
Foto : Media Hiburan
Lari 5KM ‘Warming Up’ Untuk Hari Baru
Walau sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan keluarga, satu rutin yang tidak pernah Nabil tinggalkan ialah lari sejauh 5KM setiap pagi, dengan pace sekitar 8 atau 9.
“Lari tu benda yang saya tak boleh tinggal. Kalau tak sempat pagi, saya buat petang. Tapi saya memang akan cari masa untuk lari.”
Dalam dunia yang penuh gangguan, waktu inilah dia paling fokus dan tenang.
Dengan semangat yang luar biasa dalam menjaga kesejahteraan diri, Nabil membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian kerjaya, tetapi juga melalui disiplin diri dan kesedaran dalaman.
Dalam dunia penuh tekanan dan gangguan digital, rutin seperti ini bukan sahaja menguatkan badan, tetapi juga membina kekuatan mental yang jarang dilihat dalam kalangan selebriti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supayadapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap orang pernah mengalami sakit kepala, namun tidak pasti sama ada ia sakit kepala biasa ataupun sakit kepala migraine. Bila sakit kepala menyerang, akan menjejaskan segala kerja harian kerana anda perlu berehat untuk meredakan sakit kepala.
Namun bila sakit kepala tidak berkurangan, ramai yang beranggapan ia adalah sakit kepala migraine. Benarkah tanggapan anda itu? Untuk mengenalpasti ciri-ciri sakit kepala biasa ataupun sakit kepala migraine, jom ikuti penulisan Dr Khairul Faizie ini.
Ada ramai patient yang datang dengan aduan “saya migraine”. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hinggalah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri-cirinya.
Secara mudahnya utk faham, migraine ialah:
1. Sakit kepala yang cirinya berdenyut-denyut (throbbing pain). Sakit berdenyut-denyut ini agak kuat atau sangat kuat (bukan sakit kepala biasa, sikit-sikit)
2. Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri atau kanan.
3. Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas-kebas.
3 perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. 3 perkara ini yang biasanya doktor akan tanya utk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.
Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan (seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak) dijalankan dan didapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.
Migraine memang diketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.
Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak-kanak jarang dilaporkan, antara sebabnya kanak-kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.
Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, diketepikan. (Diagnosis of exclusion). Maknanya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang (lumbar puncture) utk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya, dan ciri-ciri sakit kepalanya menepati 3 kriteria yg ditulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine Headache.
Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yg disuspek migraine, perlu jalani test yang ditulis tu. Ramai yg didiagnosed based on ciri-ciri simptomnya sahaja, dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak diikuti simptom2 lain yang bahaya / warning simptom.
Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak, dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik didapati ada main peranan.
Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak diketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil “trigger factor”. Tiggers factornya ada yg bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan. Kena kenalpasti trigger faktor, dan cuba elakkan. Lain orang, lain trigger factornya.
– Datangnya haid – Stress – Terlampau gembira / murung / kerisauan (anxiety) – Kurang rehat / kurang tidur – Faktor makanan seperti caffeine, coklat, buah-buahan citrus. Juga makanan yg ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk, dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese. – Faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip-kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising, bauan yg kuat / mengganggu, perubahan cuaca.
Sebenarnya, ada 4 fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa-fasa ini, dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je (fasa ke 3).
Penting untuk memahami fasa-fasa migraine ini, sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.
Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung utk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘pre-headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tibanya simptom sakit kepala. Sekitar 30%-40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.
Antara simptom Fasa 1 ialah:
– Sakit leher – Rasa penat – Food craving – Mengantuk atau menguap berlebihan – Sembelit atau cirit – Sukar utk fokus – Rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan – Perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah
Sekitar 20%-25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini. Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.
Ada 2 jenis aura yang biasa dialami oleh pesakit migraine
1. Auditory Hallucination 2. Visual Hallucination
Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud (auditory hallucination) – Nampak perkara yg tidak wujud (visual hallucination) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak / jadi blurred vision, walhal mata & penglihatan sebenarnya normal. – Vertigo iaitu perasaan rasa berpusing (bukan pening) – Simptom allodynia iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.
Inilah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa. Ajaibnya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Maknanya mereka tidak sakit kepala! Ini dipanggil migraine aura without headache.
Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni dicirikan sebagai:
– Sakit berdenyut-denyut – Sakit pada sebelah kepala – Sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa – Tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam (bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital) – Sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal – Rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus (sebab penglibatan saraf trigeminal di muka) – Rasa mual / muntah – Sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan (osmophobia), bila ada bunyi (phonophobia) dan pada cahaya (photophobia)
Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.
Antara simptom Fasa 4 ialah:
– Keletihan – Mood jadi rendah / hilang mood – Sukar beri tumpuan – Sukar buat keputusan
1) Migraine with aura Iaitu migraine yang ada simptom aura (Fasa 2) seperti yg dijelaskan.
2) Migraine without aura Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs (simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.
3) Migraine aura without headache Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.
Maka, fahami dulu penerangan ringkas yg aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.
Insya Allah, dalam tulisan berikutnya, aku akan tulis tentang rawatan migrane
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.