Banyak artikel yang kita dengar tentang keburukan merokok dan tip-tip berenti merokok, tapi jarang pula kita disajikan tentang artikel tentang langkah demi langkah yang tepat untuk dipraktikkan.
Kali ini mari kita ikuti perkongsian dari seorang lelaki yang menceritakan bagaimana dia berjaya berhenti dan juga menulis secara satu persatu langkah bagaimana dia berjaya berhenti merokok.
Menurut lelaki yang enggan dikenali itu, dia sudah mula bertemankan rokok pada usia 15 tahun di bangku sekolah namun berjaya mencipta rekod peribadi apabila berjaya berhenti dari merokok pada September lalu dan sehingga kini dia masih ‘clean’.
Langkah 1– Beli apps berhenti merokok.
Perkara pertama yang saya buat adalah membeli apps untuk berhenti merokok di App Store. App yang saya beli bernama Smoke Free. Tapi saya tak guna pun apps tu. Ia cuma sebagai tanda komitmen yang saya sudah mula mahu berhenti merokok.
Mengapa beli sedangkan ada je apps free? Kerana kita akan lebih hargai benda yang kita bayar. Jadi apps tu akan kekal dalam telefon. Lagipun harga apps tu lagi murah dari harga sekotak rokok. Pastikan apps tu diletakkan di Home Screen.
Tapi buat masa ni, teruskan hisap rokok macam biasa.
Langkah 2– Tengok video-video pasal mangsa ‘kekejaman’ rokok.
Follow page atau akaun media sosial yang selalu cerita tentang keburukan merokok seperti contoh, Siakap Keli atau akaun-akaun lain. Antara video-video yang telah menyedarkan saya termasuklah:
Ads
Ini antara video-video yang agak menginsafkan yang saya temui di media sosial, yang menimbulkan tanda tanya kepada diri saya. Adakah saya ingin menjadi serupa seperti mereka yang sudah terlambat?
Tapi tak apa, teruskan lagi hisap rokok seperti biasa.
Langkah 3 – Tunggu masa sakit (demam/ selsema) & Mula berhenti merokok!
Kenapa perlu tunggu sakit dulu baru nak berhenti? Kerana masa inilah semangat berhenti itu berkobar-kobar sebab badan rasa lemah. Ketika ini, saya rasa ada ‘sesuatu’ dalam leher (dan takut rokok menjadi puncanya). Ia menjadi sebab yang kuat untuk saya berhenti merokok.
Jadi, ketatkan tali pinggang korang, 7 hari yang paling mencabar dalam hidup akan bermula!
Langkah 4 – Mulakan Kempen Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari!
Hari 1 – Hisap rokok macam biasa. Tapi korang akan rasa tak berapa sedap memandangkan korang demam. Jadi, ini peluang terbaik untuk berhenti merokok!
Hari 2- Kurangkan hisap rokok kepada separuh untuk dapatkan momentum berhenti merokok dan pada hari ini, korang sudah kena bersedia menerima hakikat yang tiada lagi rokok untuk hari esok.
Sebelum tidur, hisaplah rokok sepuas-puasnya. Tapi jangan overdose pulak. Lepas tu, buang segala kotak rokok atau bekas habuk yang ada dalam rumah.
Sebagai bantuan untuk lawan ‘craving’ hari esok, belilah gula-gula lozenges bagi bantu korang. Lagipun kalau masa ni ada batuk-batuk, lozenges boleh bantu sedikit sebanyak.
Pilihan saya, Fishermen’s Friend Lemon.
Ads
Hari 3 – Hari pertama tanpa rokok. Banyakkan bersabar, sebab dua hari seterusnya akan lebih mencabar. Kalau rasa nak hisap rokok, cepat-cepat makan gula-gula. Dalam masa yang sama Google artikel di internet pasal keburukan merokok dan kebaikan yang boleh korang dapat kalau berhenti merokok.
Jika korang berada di tempat kerja, hebohkan kepada rakan-rakan yang korang tengah cuba berhenti merokok supaya ego korang untuk berhenti merokok tinggi sikit. Pada hari ni, jangan sesekali singgah di kedai-kedai yang menjual rokok sebab itu antara punca utama kegagalan untuk berhenti merokok.
Kalau ada ‘craving’ selepas makan tu, cepat-cepat makan gula-gula atau minum air kosong ataupun tarik nafas dalam-dalam. Ia boleh menghilangkan ‘craving’ buat seketika. Dalam masa yang sama, minta Tuhan untuk bantu kita dalam berhenti merokok ni.
Hari 4 – Tahniah, hari ini merupakan hari kedua korang tanpa rokok setelah XX tahun setia dengan rokok (dalam kes saya, 12 tahun). Pergi ofis, kecoh kat orang sekeliling bahawa korang telah berjaya berhenti merokok selama sehari. Berbanggalah sebab itu satu pencapaian peribadi yang sukar untuk dicapai.
Di hari kedua tanpa rokok ni agak mencabar kerana pelbagai dugaan yang akan korang tempuhi, termasuklah rasa sesak nafas tiba-tiba, nak marah, takut dan lain-lain. Tapi kalau dah teruk sangat, pergilah mandi kejap untuk hilangkan rasa tu. Macam biasa, kalau ada rasa craving cepat-cepat makan gula-gula atau minum air kosong ataupun tarik nafas dalam-dalam.
Pastikan juga telefon sentiasa di tangan supaya boleh ‘distract’ dari perasaan ingin merokok terutamanya sebelum tidur. Bacalah artikel-artikel mengenai kebaikan berhenti merokok.
Hari 5 – Hari ketiga tanpa rokok, bangun dengan azam yang korang mahu berhenti merokok secara 100% dan tempuhi hari ini seperti biasa. Sepatutnya, korang akan rasa paru-paru korang sedikit clear kerana sudah berhenti dalam masa 48 jam.
Ok, apa yang korang perlu lakukan adalah pergi ke klinik kesihatan yang menawarkan klinik berhenti merokok. Disitu, korang akan diberi kaunseling untuk berhenti merokok. Jika penuh, buat appoinment dengan doktor.
Tapi apa yang menarik pasal klinik berhenti merokok ni, doktor akan berikan dua pilihan ubat iaitu 1) ubat berasaskan nikotin dan 2) ubat yang boleh menghalang keinginan untuk mengambil nikotin. Ubat yang nombor 2 tu tak dijual secara umum dan berharga ratus-ratus ringgit setiap pek (selama seminggu).
Hari 6 – Sepatutnya, korang sudah boleh merasa paru-paru korang lebih kuat pada hari ni. Craving tu masih ada tapi sudah kurang.
Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah tabiat bermain asap. Disini, korang perlu cari pengganti untuk tabiat itu (selain vape). Kalau saya, scroll Twitter.
Hari 7 – Jika korang boleh bertahan sampai ke hari ini, korang boleh bertahan ke hari lainnya. Terus kuat semangat untuk berhenti merokok dan korang tidak akan hadapi sebarang masalah.
Ingat, kalau ada craving, cepat-cepat makan gula-gula, Google artikel di internet pasal keburukan merokok dan kebaikan yang boleh korang dapat kalau berhenti merokok. Jangan gatal-gatal pulak nak hisap ‘satu sip je’. Ia bukan sahaja akan menggagalkan impian korang untuk berhenti, malah akan menipiskan lagi peluang korang untuk berhenti di masa hadapan.
Kalau korang gagal, terus cuba lagi dan lagi. Jangan pernah berhenti dari cuba berhenti merokok.
Sumber : Siakap Keli
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki beranggapan apabila umur mencecah 30-an adalah masa untuk berehat. Oh, kenyataan ini salah sama sekali kerana sebenarnya pada usia ini merupakan waktu yang ‘sibuk’ untuk seseorang lelaki dalam mengatur haluan hidupnya ke tahap lebih baik. Sebelum itu, teliti dahulu lapan perkara yang harus dielakkan apabila usia anda mencecah 30 tahun dan ke atas.
Makan Makanan Segera
Jika boleh elak memilih makanan segera sebagai juadah untuk mengisi perut kosong. Ini kerana kandungan garam yang tinggi dan penambah perasa(MSG) yang terdapat di dalam makanan ini mampu mempengaruhi tahap kesihatan anda. Harus tahu, bermulanya umur 30, tahap kesihatan lelaki akan terdedah pada kelesuan, kurang stamina, tekanan darah dan juga risiko penyakit prostat.Mulai dari sekarang, cakna dengan kesihatan anda. Seboleh-bolehnya tambahkan stamina dengan bersukan atau bersenam di gim.
Bermain ‘Video Game’
Umur sebegini tetapi anda masih ‘gila’ bermain game? Ishh, jika boleh cuba kurangkan bro. Bukan nak halang anda dengan hobi ini tetapi banyak lagi perkara yang lebih penting harus dilakukan. Tiada siapa yang akan marah jika anda bermain game sewaktu menunggu tren atau seseorang tetapi jika sudah melekat di hadapan komputer atau TV selama 48 jam, anda harus berubah. Jangan jadi zombie di alam maya tetapi jadilah individu yang berguna di alam nyata.
Tinggal di Persekitaran Kotor
Maskulin faham erti ‘berjimat cermat’. Ia digalakkan sama sekali. Akan tetapi jika sehingga sekarang anda masih lagi duduk di rumah kongsi yang mempunyai 10 orang penghuni di dalamnya, maka sila ubah cara hidup anda. Tahap kebersihan seharusnya seiring dengan tahap umur. Jika bujang dan masih menyewa, anda digalakkan untuk hadkan bilangan penghuni rumah. Paling ideal hanya tiga orang penghuni sahaja mengikut bilangan bilik yang ada di dalam sebuah rumah. Makin sedikit penghuni makin terjamin tahap kebersihan sesebuah rumah itu.
Suka Berhutang
Hadkan penggunaan kad kredit. Apabila memasuki umur 30-an, anda seharusnya menekankan pembayaran secara tunai dalam setiap transaksi. Jika berhutang, hadkan pada perkara yang penting sahaja. Contohnya pembelian kereta atau rumah. Transaksi secara tunai sebenarnya dapat mengurangkan tekanan hidup dan menjamin kelancaran kewangan anda. Satu lagi, jika pada usia 30-an anda masih meminjam duit daripada ahli keluarga atau rakan-rakan setiap bulan, tolong ubah. Jangan hidup dibebani hutang keliling pinggang.
Bahan terlarang
Cukup-cukuplah anda menghambakan diri dengan bahan terlarang seperti dadah dan ganja ini. Apa gunanya setia dengan perkara-perkara yang menghancurkan hidup anda? Untuk umur sebegini, anda seharusnya mempunyai kehidupan yang selesa dan bukannya masih berada di lorong-lorong busuk mencari ‘kaki’ dadah. Renungkan kembali matlamat hidup anda. Masih tidak terlambat untuk berubah. Yang penting cekalkan hati dan cuba sedaya upaya untuk keluar dari kancah kehinaan ini.
Buat kerja pada saat akhir
Tarikh akhir tugasan sudah dikeluarkan tetapi anda kata tiada ‘mood’ untuk menyiapkannya? Hello! Perangai ini sudah tidak relevan lagi pada umur anda sekarang. Ini adalah perangai budak-budak yang sedang meningkat naik usia. Berubah sekarang atau hidup anda akan sentiasa dikejar dengan beban kerja yang bertimbun-timbun.
Fahaman politik
Jika seseorang meminta anda memberi komen terhadap parti-parti politik maka anda harus ada pendapat tersendiri dan bukannya memberi komen; ‘saya tidak gemar politik’. Jika anda peka tentang politik tempatan melihatkan kematangan anda. Satu lagi bro, jika anda taksub sekali pun pada apa-apa fahaman politik, jangan menyusahkan orang lain. Fahaman politik yang diikuti itu adalah hak anda, tetapi memaksa orang lain untuk ikut serta itu salah.
Berpakaian Selekeh
Ke mana sahaja termasuk majlis besar anda masih lagi setia dengan kemeja-T dan jeans. Pemakaian tersebut tidak salah tetapi haruslah berpadanan dengan lokasi tempat yang anda tuju. Bukankah lebih kemas jika anda hadir ke majlis besar dan formal dengan berbaju kemeja dan berkasut dikilatkan?. Nampak eksekutif dan segar. Tampa kemas dan bersih sentiasa menunjukkan kematangan anda.
Kalau dahulu jenama fesyen antarabangsa Moschino keluar dengan seleksi kolaborasinya bersama menu makanan ringan Mc Donald, kini jenama dari mee segera IndoMie dari Indonesia pula menjadi kegilaan. Sempat juga ada di kalangan mereka yang membuat parodi mengenai gaya fesyen yang diterjemahkan.
Kalau di Malaysia, rasa-rasa makanan ringan apa paling sesuai kita jadikan aksesori seperti bag, kasut dan macam-macam lagi?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.