Masalah rambut gugur sangat membimbangkan terutama golongan lelaki.
Setiap orang mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka, namun tidak salah mencuba cara yang diamalkan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini.
Seminggu dah nampak anak rambut tumbuh
Mengalami masalah rambut gugur sejak hamil, dia sudah menggunakan pelbagai jenis syampu namun tak berjaya sehingga dia mencuba petua ringkas yang dikongsi oleh ibu mentuanya.
Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.
Ads
Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.
Bahan-bahan
Santan dari satu atau setengah biji kelapa
Isi aloevera
Minyak zaitun – jika suka
Ads
Cara membuatnya
Kisar semua bahan ini dan masker sudah sedia untuk digunakan.
Sapu pada rambut dengan rata masker tadi kemudian sikat.
Balut rambut dengan tuala selama 30-45 minit.
Bilas dan syampu rambut untuk hilangkan bau santan.
Amalkan setiap hari.
Masker ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cuma perlu disimpan dalan peti.
Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.
Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu bahawa wanita lebih sensitif dan tertarik matanya kepada lelaki yang berambut panjang. Menurut beberapa pakar mereka mendapati wanita lebih sensitif kepada lelaki berambut panjang kerana ia memberikan penampilan yang lebih menarik dan bersifat maskulin.
Kajian juga menunjukkan wanita lebih teliti memerhatikan wajah dan rambut lelaki berbanding lelaki itu sendiri. Ini mungkin berkaitan sifat feminin yang ada pada mereka lantas membuatkan lelaki berambut panjang tampil lebih menyerlah.
Maka beruntunglah anda lelaki yang memiliki rambut panjang kerana sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai! Namun apa gunanya jika sekadar berambut panjang tetapu tidak tahu cara yang betul untuk menjaganya.
Jika anda mengabaikan cara penjagaan rambut, kelak anda akan berdepan dengan pelbagai masalah rambut.
Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan tip-tip penjagaan rambut agar sentiasa kemas, bersih, sihat dan dijaga dengan baik.
Alert perkara ini kalau nak simpan rambut yang panjang
Sebelum nak menyimpan rambut, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk membela rambut yang panjang. Selain gaya, anda juga perlu memikirkan tentang kerjaya anda. Ada sesetengah kerjaya tidak membenarkan anda berambut panjang.
Jangan syampu rambut anda setiap hari. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi semakin kering, merosakkan folikel rambut dan mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Penggunaan syampu dengan bahan sulfat yang tinggi juga perlu dielakkan kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada di kulit kepala dan membuatkan rambut anda lebih bermasalah.
Pengambilan makanan yang berzat boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sekali gus memelihara rambut.
Amalkan pemakanan dengan kandungan zat protein, vitamin C dan biotin yang boleh membantu pertumbuhan rambut dengan baik. Ambillah buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ikan, kekacang, tauhu dan sebagainya yang boleh membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut.
Jika anda miliki rambut yang panjang, menjadi kemestian untuk anda menggunakan perapi rambut agar mudah untuk diuruskan.
Kandungan perapi rambut ini penting kerana ia dapat membantu menjaga hujung rambut agar tidak kusut dan bercabang. Selain itu perapi juga bolehmenjadi pengganti minyak semula jadi untuk melembapkan rambut.
Selesai sahaja mencuci rambut, lapkan lebihan air yang membasahi rambut anda secara perlahan menggunakan tuala kering.
Kemudian biarkan rambut anda kering dengan sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak, mudah patah dan kusut.
Trim atau buang hujung rambut yang rosak dan bercabang merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Tidak semestinya perlu ke salun kerana anda boleh mengguntingnya sendiri. Memotong hujung rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih baik.
Rambut panjang lebih berisiko besar mengalami masalah rambut kusam dan rapuh. Untuk menjaganya agar akar rambut tetap kuat dan sihat, gunakan vitamin rambut agar nutrisinya tetap terjaga.
Vitamin ini boleh anda ambil sama ada dalam bentuk suplemen yang diminum, dioles pada rambut ataupun menggunakan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sama seperti kulit pada tubuh badan, kulit kepala juga boleh mengalami kekeringan. Jadi minumlah air dalam anggaran satu setengah liter hingga dua liter sehari. Selain untuk keperluan tubuh badan, air juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku ketika anda mengikat rambut dengan getah yang kuat. Akhirnya rambut akan mengalami keguguran yang banyak sehingga lama-kelamaan menjadi nipis dan botak.
Oksigen berfungsi dalam membantu sel berkembang dan membuatkan tubuh badan lebih sihat. Senaman kardio seperti berlari, berjoging, berbasikal dan sebagainya dapat membantu menjadikan pertumbuhan rambut lebih sihat.
Keperluan tidur yang secukupnya juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Ketika tidur, tubuh badan mengalami proses perbaikan secara semula jadi.
Tidur yang teratur anggaran tujuh hingga lapan jam sehari boleh membuatkan sel kulit kepala anda menjadi lebih aktif. Selain itu, tidur juga dapat meningkatkan pengedaran darah di sekitar folikel rambut sehingga membantu rambut anda tumbuh lebih lebat dan sihat.
Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk mereka yang mempunyai rambut keriting, kadalangkala tidak tahu apakah stail yang sesuai kerana rambut mereka tidak tumbuh dengan lurus.
Kebanyakan gaya potongan moden pada hari ini amat sesuai untuk digayakan oleh pelbagai jenis rambut. Ia tidak lain tidak bukan untuk memperhebatkan lagi gaya anda.
Ini MASKULIN sediakan panduan senarai 5 gaya yang sesuai anda buat walaupun berambut keriting.
Pompadour merupakan salah satu gaya rambut yang paling popular untuk lelaki. Biasanya setelah rambut dipotong, tukang gunting akan menggunakan pengering rambut untuk meluruskan rambut yang keriting, lalu rambut akan di blow untuk membuat efek ikal yang sempurna.
Potongan rambut ini memiliki gaya rambut yang lebih panjang di bahagian atas dengan tekstur keriting yang sedikit. Selain itu rambut di bahagian kanan dan kiri kepala dipotong rapi dengan potongan pendek. Panjang atau pendeknya rambut bahagian atas dapat disesuaikan mengikut bentuk wajah anda.
Stail ini merupakan pilihan gaya rambut yang sangat tepat. Potongan rambut dengan gaya yang tipis di sisi kiri dan kanan kepala akan menimbulkan kesan yang lebih mendalam di garis wajah serta bentuk muka. Potongan rambut ini sangat sesuai digunakan bila anda mempunyai jambang nipis sehingga membuatkan anda nampak lebih jantan.
Potongan rambut yang pendek adalah salah satu cara termudah untuk mengawal rambut keriting anda. Namun, anda kena pastikan agar ia tidak terlalu pendek hingga rambut keriting anda dicukur habis.
Mungkin perkara ini telah berulang kali anda dengar.
Kebersihan diri dan penjagaan rapi segenap sudut pada bahagian tubuh badam merupakan aspek sangat penting untuk anda tampil sebagai lelaki yang bukan sahaja kemas tetapi kacak. Dan bersih itu bukan merujuk kepada jenis potongan rambut atau apa jua jenis fesyen pakaian anda pergakan.
Bersih itu terletak kepada penjagaan diri yang baik dan sentiasa tampil dengan bau yang segar, wangi serta senantg untuk didekati terutamanya oleh kaum wanita. Bagi mereka lelaki yang menarik adalah lelaki yang sangat mementingkan faktor-faktor seperti MASKULIN nyatakan di atas.
Perkara yang MASKULIN nyatakan di bawah ini adalah penjagaan ‘basic’ yang telah disepakati oleh wanita bahawa setiap lelaki harus menjaganya dengan baik. Jadi apakah bentuk penjagaan diri yang anda harus lakukan untuk sentiasa tampil segak dan seksi di mata wanita?
Ikutinya di bawah!
Tahukah anda bahawa wanita memandang anda bukan sekadar singgah di matanya sahaja? Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda.
Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
Kalau kena dengan gaya senyuman anda boleh mencairkan hati wanita. Dan senyuman yang manis adalah senyuman yang disusun dengan kehadiran gigi yang bersih. Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita.
Ini kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.
Lakukan lima step grooming di atas pasti anda akan sentiasa tampil kemas, bersih dan bergaya. Bukan sahaja anda akan mudah didekati tetapi keyakinan diri juga akan bertambah. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.