Ketibaan tahun baru sentiasa membawa sinar harapan dan peluang untuk memperbaiki diri, menggapai impian dan melangkah maju dengan semangat yang segar.
Tahun baru bukan sekadar satu perubahan kalendar, ia adalah peluang untuk kita mendefinisikan semula matlamat dan melangkah dengan lebih berani dalam kehidupan.
Ia adalah masa yang ideal untuk bermuhasabah serta menetapkan azam baharu.
Tetapkan Matlamat yang Jelas
Tahun baru adalah masa terbaik untuk menetapkan matlamat yang ingin dicapai.
Foto : Longan Garage Studio
Sama ada matlamat besar atau kecil, pastikan ia spesifik dan realistik.
Sebagai contoh, jika anda ingin meningkatkan kesihatan, tetapkan sasaran seperti berjalan 10,000 langkah sehari atau menambah pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian.
Lepaskan Tabiat Lama yang Tidak Membantu
Foto : MStar
Mulakan tahun baru dengan meninggalkan tabiat yang kurang memberi manfaat.
Ads
Ini termasuk menangguhkan kerja atau mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Gantikan tabiat tersebut dengan amalan yang lebih positif, seperti membaca buku sebelum tidur atau memulakan rutin senaman yang konsisten.
Perubahan kecil ini boleh membawa impak besar kepada kesejahteraan anda.
Perkukuh Hubungan dengan Orang Tersayang
Tahun baru juga adalah peluang untuk mempererat hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Foto : Kumparan
Luangkan masa berkualiti bersama mereka dengan bercakap, berkongsi cerita atau merancang aktiviti menarik.
Ads
Hubungan yang kukuh dengan orang tersayang dapat memberikan sokongan emosi yang amat berharga dalam kehidupan.
Tingkatkan Diri Melalui Pembelajaran Baharu
Ambil peluang tahun baru ini untuk menambah ilmu dan kemahiran.
Sama ada melalui kursus dalam talian, membaca buku atau mencuba hobi baru, setiap usaha ke arah perkembangan diri membantu anda menjadi individu yang lebih baik.
Jangan takut untuk mencabar diri anda keluar dari zon selesa demi mencapai potensi maksimum.
Tahun baru adalah permulaan baharu yang penuh dengan harapan dan peluang.
Dengan menetapkan matlamat yang jelas, meninggalkan tabiat lama yang tidak bermanfaat dan fokus kepada pembangunan diri, anda dapat mencipta tahun yang lebih bermakna dan produktif.
Jadikan setiap hari sebagai langkah kecil menuju kejayaan yang lebih besar.
Selamat menyambut tahun baru, dan semoga segala impian anda menjadi kenyataan!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmyTidak dapat berjumpa dengan keluarga yang sedang nazak adalah satu perkara yang sangat menyedihkan lagi-lagi apabila orang itu adalah ibu anda sendiri. Itulah antara pengalaman pahit pekerja-pekerja di offshore perlu lalui. #Maskulin #WhosYourBro #GentleCakap #Offshore♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebanyakan orang, biasanya dalam kalangan wanita lebih senang tertarik kepada tawaran atau potongan harga pada kedai-kedai atau gerai-gerai semasa membeli belah – membawa kepada masalah berbelanja lebih ke atas benda yang tidak diperlukan.
Artikel ringkas kali ini adalah untuk memberikan sedikit cadangan bagaimana untuk mengawal diri semasa membeli belah, lantas mengelakkan anda daripada menjadi seorang shopaholic.
Jauhi Kedai
Biasanya, semasa membeli belah anda akan melalui beberapa kedai atau gerai yang menjual pakaian, kasut atau apa-apa yang boleh menarik minat anda untuk membeli. Mulai hari ini, cuba endahkan gerai-gerai ini, terutama untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
Elak Terikat Kepada Jenama
Terlalu terikat kepada jenama mungkin memakan diri dalam jangka masa yang lama, kerana biasanya barangan yang berjenama popular sedikit mahal. Oleh itu, apabila membeli belah, cuba elakkan daripada terlalu terikat kepada brand yang anda suka (terutama jika anda sedang berjimat) untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
Teliti Dengan Harga
Jika anda ingin membeli sesuatu, yang anda sudah tahu ianya mahal, cuba ingat kembali betapa susahnya untuk mendapatkan sejumlah wang tersebut. Jika anda rasakan mendapatkan wang itu sukar, maka adalah terbaik sekiranya anda membeli barang yang sedikit murah.
Kawal Diri Sendiri
Anda sudah ketagih membeli sesuatu yang baru. Cara untuk mengatasi ketagihan ini adalah dengan mengawal diri dan nafsu. Selain itu, anda juga boleh pergi membeli belah dengan rakan, agar mereka boleh mengawal diri anda daripada membeli sesuatu yang tidak perlu.
Tips Tambahan
Semasa keluar membeli belah, ambil barang yang diperlukan sahaja. Buat senarai barang yang diperlukan sebelum keluar membeli.
Pergi shopping dalam keadaan kenyang.
Bawa duit secukup-cukupnya, dan jangan bawa kad kredit semasa membeli belah.
Buku Yang Sesuai Kepada Anda
kalau anda ingin mengetahui bagaimana untuk mengatur kewangan dengan lebih efektif, kami mencadangkan anda membaca buku “Bajet Wang” karya Khairulnahar Jamaluddin. Anda boleh dapatkan buku ini di BookCafe dengan harga RM39.90 sahaja.
Kesimpulan
Mengawal diri semasa membeli belah merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan sedikit disiplin dan ketekunan. Yakinlah bahawa dengan sedikit pengorbanan tersebut, anda akan bersyukur pada kemudian hari.
Harap artikel ini membantu anda dalam berjimat semasa membeli belah.
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Netizen di media sosial tidak kurang kreatif dan gembira dengan meraikan pelantikan Majlis Penasihat itu dengan menggelar ahli-ahli itu sebagai ‘Avengers’ versi Malaysia.
Majlis Penasihat merupakan pasukan yang akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Majlis Penasihat ini ditubuhkan khusus untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.
Tetapi apa yang menarik perhatian netizen ialah pengumuman berhubung penubuhan Majlis Penasihat yang ditubuhkan sebagai penasihat kabinet di bawah pentadbiran baharu Tun Mahathir
Media sosial dibanjiri dengan keterujaan netizen yang berpendapat bahawa penubuhan Majlis Penasihat adalah satu keputusan bernas yang diambil oleh Mahathir dalam pembentukan kabinet baharu.
Ramai menyatakan bahawa penubuhan majlis yang dianggotai pakar ekonomi dan akademik itu adalah langkah pertama parti HARAPAN dalam memastikan perkembangan progesif negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rakan media sempat merasai ketahanan peranti kalis air terbaru keluaran jenama Samsung Galaxy A8 (2018). Memang power sebab kami diminta menyelesaikan enam tugasan ekstrem sekitar taman tema Sunway Lagoon yang semamangnya membasahkan seluruh anggota badan serta telefon terbaru mereka ini.
Adakah tahan seperti yang dikatakan?
Samsung memperkenalkan Galaxy A8 (2018), yang merupakan ahli baru dalam kelas Galaxy A dan hadir pada dua variasi iaitu A8 dan A8+.
Versi kali ini mengetengahkan paparan skrin bersaiz 5.6-inci, pada nisbah 18.5:9 yang merupakan trend terkini. Paparan Infinity Display ini menghasilkan bingkai yang halus, membuatkan peranti tampak elegan. Dengan rekaan sebegini, ia membuatkan peranti lebih selesa dipegang dan digenggam. Binaan peranti ini juga agak kemas dan premium walau berada di kelas pertengahan, ia meletakkan peranti ini dalam tahap yang tinggi.
Satu lagi ciri terkini yang terdapat pada Samsung Galaxy A8 (2018) ialah Dwi-Kamera Selfie. Dwi-kamera selfie yang terdapat pada peranti ini menggabungkan kamera hadapan 16MP f/1.9 dan juga 8MP f/1.9. Dwi-kamera selfie ini menghasilkan gambar selfie berkualiti tinggi dilengkapkan dengan fungsi boleh yang menghasilkan latar belakang kabur bagi memfokuskan subjek fotografi.
Selain dari itu, terdapat fungsi Live Focus yang membolehkan pemfokuskan dilakukan selepas merakam gambar, menambahkan kawalan buat pengguna bagi menghasilkan gambar selfie mereka. Mod tambahan juga tersedia antaranya Beauty Mode dan juga Stickers.
Selain dari dua ciri terkini ini, fungsi lain yang terdapat pada Galaxy A8 juga tidak kurang hebatnya. Kamera utama pada bahagian belakangnya mampu merakam gambar yang baik, meski dalam keadaan yang kurang pencahayaan. Ia menggunakan kamera 16MP f/1.7 PDAF yang boleh melakukan pemfokusan dengan pantas.
Salah satu fungsi terbaru yang terdapat pada Galaxy A8 dikenali sebagai Bixby Vision. Menggunakan fungsi ini, kamera dapat mengenalpasti objek, termasuk maklumat berdasarkan teks.
Ciri-ciri terakhir yang penting terdapat pada semua peranti masa kini adalah kalis air. Ini kerana telefon pintar perlu sesuai digunakan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan cuaca. Sejak Galaxy A7 2017, fungsi ini telahpun diketengahkan dan pada Galaxy A8 (2018) ia menyokong IP68 menjadikannya kalis air dan debu pada semua keadaan.
Galaxy A8 (2018) ini dikuasakan cip pemprosesan lapan-teras, 4GB RAM, storan 32GB, Android Nougat dan juga fungsi NFC. Kapasiti bateri peranti ini pula sebesar 3,000 mAh dan menyokong pengecasan pantas. Bagi melengkapkan kesemua ciri-ciri flagship pada sesebuah peranti, ia juga turut dilengkapi Samsung Pay bagi pembayaran nirtunai yang memudahkan.
Menawarkan paparan skrin lebih besar pada saiz 6-inci, dan juga bateri dengan kapasiti lebih besar iaitu 3,500 mAh. Model ini turut menampilkan kapasiti RAM yang lebih besar iaitu 6GB, dan juga kapasiti storan 64GB.
Dijual pada harga RM 1,799 manakala variasi Galaxy A8+ dijual pada harga RM 2,499.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.