Berapa kerapkah dan bilakah kali terakhir anda benar-benar berbicara dan berkomunikasi dengan pasangan anda?
KERAP KALI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG TELAH MENIKAH DALAM WAKTU YANG LAMA HANYA BERKOMUNIKASI SEKADAR BERTEGUR SAPA SECARA KASUAL TANPA BENAR-BENAR SALING BERBICARA DARI HATI KE HATI.
Menceritakan aktiviti ketika berada di pejabat, perkembangan anak, atau sekadar membahas isu umum yang terjadi di lingkungan sekitar boleh sahaja untuk dijadikan sebagai bahan berbicara dengan pasangan.
Kualiti komunikasi antara pasangan turut boleh mempengaruhi kunci keharmonian sesebuah rumahtangga yang paling menyeronokkan, tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seksual.
Ads
“Jadual kerja yang padat sering tidak memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berbincang hangat. Tak sedikit pasangan suami isteri yang baru bertemu di atas ranjang dengan keadaan tubuh yang sudah terlalu letih untuk melakukan apapun selain daripada tidur,” terang Paul Hokemever, PhD., seorang perunding pernikahan dan keluarga dari New York, AS.
Menurut Hokemever, kualiti hubungan yang baik memerlukan tahap keintiman yang hangat antara pasangan. Keadaan ini boleh juga terjadi apabila suami isteri tersebut dikatakan memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.
Ads
Oleh kerana itu, dia menyarankan untuk suami isteri agar boleh untuk meluangkan waktu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mereka masuk tidur untuk membicarakan soal kegiatan harian dan sebagainya.
Ads
Hokemever mengatakan bahawa salah satu daripada “penyakit” yang membuat hubungan seksual suami isteri menjadi begitu hambar adalah kerana hilangnya sebuah komunikasi yang hangat antara pasangan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pergi ke pasar membeli cincau,
Sedapnya air cincau!
Tular betul beberapa hari ini dengan cincau. Seperti sesetengan dan kebanyakan makanan atau minuman lain, cincau juga sangat popular di bulan Ramadan. Ia boleh dijadikan sebagai bahan pelengkap di dalam pelbagai jenis hidangan minuman seperti bersama teh ais dan susu soya.
Cincau juga boleh dijadikan minumannya sendiri sahaja dan juga pelengkap beberapa juadah dessert. Tapi ramai tak tahu sebenarnya cincau mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
Cincau juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai grass jelly. Ia merupakan sejenis pencuci mulut atau bahan juadah manisan yang tersohor dan banyak didapati di bahagian Timur Asia (China, Hong Kong, Macau dan juga Taiwan) dan serta juga di negara Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Cincau dihasilkan daripada sejenis tumbuhan daripada spesis Platostoma palustre.
MANFAAT HEBAT CINCAU
Dalam satu kajian yang bertujuan untuk menyiasat kesan serbuk cincau mudah meruap sebagai antioksidan dan juga antidyslipidaemia dalam tikus Wistar, kajian tersebut mendapati bahawa walaupun diet yang tinggi dengan kolesterol diberikan kepada tikus-tikus tersebut, pengambilan 3 hidangan serbuk cincau mudah meruap didapati masih berjaya untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Keupayaan ini dikaitkan dengan kandungan serat boleh larut yang tinggi dalam cincau. Serat yang boleh larut akan mengikat kepada asid hempedu dalam usus kecil, mengurangkan kemungkinan untuk ia diserap semula ke dalam badan serta mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol yang rendah dalam darah adalah faktor pelindung daripada penyakit-penyakit berkaitan salur darah seperti penyakit jantung dan angin ahmar.
Menerusi satu kajian yang dilakukan menggunakan serbuk cincau mudah meruap, saintis melakukan ujian untuk melihat keberkesanan kesan serbuk tersebut terhadap paras gula dalam darah dan juga histologi pankreas tikus kajian.
Mereka membahagiakan dua kumpulankumpulan tikus yang dikaji. Kedua-duanya diberikan alloxan untuk mencetuskan penyakit kencing manis namun hanya satu kumpulan sahaja yang menerima dos serbuk cincau mudah meruap secara oral. Selepas empat minggu, kajian mendapati bahawa paras gula dalam darah tikus yang menerima serbuk tersebut adalah lebih rendah.
Selain itu, dapatan histologi menemui tisu islets of langerhans dalam organ pankreas tikus yang menerima serbuk cincau kurang mengalami kerosakan dan kecederaan berbanding kumpulan tikus kawalan, mencadangkan bahawa terdapat peranan perlindungan yang dimainkan oleh pengambilannya.
Antioksidan telah lama dikaji dan dikenal pasti mempunyai kaitan yang rapat dengan pengaktifan sel-sel imun yang baik dan juga lata tindak balas sel. Menerusi satu model kajian in vivo yang membabitkan kanser yang dicetuskan oleh benzo(a)pyrene, pra-rawatan menggunakan ekstrak air daripada tumbuhan cincau khususnya pada dos 1000mg untuk setiap kilogram didapati mampu untuk mengurangkan insiden kanser sebanyak 57%.
Selain itu, ia juga berupaya untuk mencetuskan peningkatan dalam sel pembunuh semula jadi, merangsang interferon γ (IFN-γ) dan juga sel T cytotoxic (CD8+), berbanding kumpulan kawalan yang dirawat menggunakan ubat antikanser cyclophosphamide. Para pengkaji merumuskan bahawa antioksidan yang terdapat dalam esktrak tersebut mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi sistem imun untuk melawan kanser dengan lebih cekap (immunomodulatory properties).
Enzim angiotensin-I converting enzyme (ACE) telah dikenal pasti sebagai enzim utama yang membawa kepada peningkatan tekanan darah melalui aktiviti produk tindak balasnya iaitu angiotensin II. Disebabkan itulah terdapat beberapa ubat antihipertensi yang tertumpu kepada penekanan enzim ini seperti ubat captopril dan juga ubat perindopril.
Dalam satu saringan tumbuh-tumbuhan dan herbal di Indonesia, para pengkaji menemui bahawa penggunaan ekstrak cincau daripada spesis palustris dalam kepekatan 100 bahagian per sejuta (100 ppm) berupaya untuk menekan aktiviti enzim ACE sebanyak 36.25%.
Walaupun kebolehan untuk menekan aktiviti enzim ini tidaklah sekuat keupayaan ubat antihipertensi seperti captopril, ia merupakan satu penemuan yang berpotensi tinggi untuk menjanjikan kesan yang lebih baik dengan kajian susulan. Secara tidak langsung, pengambilannya mampu untuk bertindak sebagai kaedah atau intervensi tabiat yang mudah dan murah dalam mencegah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi.
Jadi amalkanlah minum dan mengambil cincau ya. Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN!
Ramai antara kita alpa dengan penyakit paling senang dijangkiti dan mudah merebak terutama pada pasangan yang telah berkahwin. Jika anda mengalami masalah kulit pada kemaluan anda tak kira pada buah zakar atau faraj, ini bermakna anda pada tahap permulaan untuk dijangkiti Sifilis. Sifilis adalah penyakit kelamin (STD) yang berjangkit, disebar melalui hubungan seks sama ada melalui vagina, dubur atau oral. Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan. Sifilis disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Sifilis merupakan penyakit kelamin yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Mungkin ada antara anda yang tidak tahu bagaimana penyakit ini berebak. Sebenarnya, ia berlaku secara berperingkat-peringkat. Mungkin ada antara anda yang terkena penyakit ini namun masih tidak melarat selama-beberapa tahun. Tapi jika anda biarkan selama-lamanya, ia mungkin akan membawa maut.
Peringkat 1: Peringkat rendah (Primary)
Jika anda melihat tompok kemerah-merahan ataupun keputihan pada kemaluan anda (kudis) dan berasa sakit ketika ingin membuang air kencing, maka itulah Sifilis. Untuk menampakkan kemerah-merahan setelah 10 ke 90 hari setelah anda dijangkiti kuman Sifilis melalui persetubuhan. Ulser ini dipanggil ‘chancre’ dan akan hilang selepas beberapa minggu.
Chancre biasanya bulat, keras, kecil, dan tidak menyakitkan. Ia muncul di tempat di mana sifilis memasuki badan. Chancre bertahan selama 3 hingga 6 minggu, dan akan sembuh tanpa rawatan. Jangan ambil mudah dengan penyakit ini, jika tidak mendapatkan rawatan lanjut, ia akan beralih ke peringkat 2 (secondary).
Peringkat 2: Peringkat sekunder (Secondary)
Di peringkat ini, ruam akan mula kelihatan pada sekitar badan anda. Kawasan pertama yang akan menyerang adalah pada telapak tangan dan kaki. Ruam ini biasanya tidak akan menyebabkan kegatalan dan akan keluar ketika chancre /ulser sifilis sedang sembuh atau beberapa minggu selepas chancre telah sembuh. Ciri ruam sifilis peringkat 2 adalah kelihatan kasar, merah, atau tompok-tompok coklat kemerahan di kedua-dua tapak tangan dan bahagian tapak kaki. Walau bagaimanapun, ruam mungkin tampil berbeza – nipis, tidak jelas dan berlaku pada bahagian badan yang lain, menyerupai ruam biasa sehingga ianya tidak disedari sebagai ruam sifilis.
Selain ruam, antara gejala sifilis peringkat 2 yang lain termasuk:
Pada peringkat ini, anda perlu lebih berhati-hati kerana ia mudah dijangkiti kepada pasangan melalui hubungan seks. Rawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang peringkat 1 dan 2 dan ianya boleh sembuh. Tanpa rawatan, tanda-tanda dan gejala sifilis peringkat 2 mungkin hilang selepas beberapa minggu. Nanum jika rawatan tidak diberikan, jangkitan akan kembali dan beralih ke peringkat 3.
Peringkat 3: Peringkat Senyap
Peringkat ini paling bahaya kerana ia bersifat terpendam dan tersembunyi sestelah gejala peringkat 1 dan 2 hilang, jika pesakit tidak menerima rawatan. Peringkat ini mungkit tidak akan menyedarkan pesakit kerana ia boleh bertahan sehingga 20 tahun sebelum ia beralih ke peringkat 4.
Peringkat 4: Peringkat lewat / akhir
Sifilis Peringkat 4 terjadi pada kira-kira 15% daripada mereka yang pernah dijangkiti sifilis yang tidak mendapatkan rawatan. Peringkat ini boleh muncul 10-20 tahun selepas jangkitan pertama diperolehi.
Di peringkat akhir sifilis, penyakit ini mula merosakkan organ-organ dalam badan termasik otak, saraf, mata, jantung, sendi dan banyak lagi. Tanda dan gejala peringkat lewat/akhir sifilis termasuk kesukaran menyelaras pergerakan otot, lumpuh, kebas, kabur penglihatan dan buta, dan juga demensia (nyanyuk/hilang akal). Kerosakan ini boleh menjadi cukup serius sehingga menyebabkan kematian.
Kami sarankan kepada anda, jika terkena symptom ini, segera dapatkan rawatan.
Sumber: sharingcaring.wordpress.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai warga bandar khususnya sangat sibuk dengan pelbagai urusan kerja, keluarga dan luaran sehingga tiada masa untuk bersenam. Ini terutamanya bagi yang tinggal di rumah flat atau apartmen, tidak punya ruang untuk bersenam. Tapi sebenarnya jika naik dan turun tangga ia juga boleh dijadikan rutin senaman yang baik.
Mungkin bagi orang yang hidupnya lebih senang dan mampu boleh melakukan senaman di gimnasium dengan menjadi ahli pusat senaman seperti itu. Atau tinggal di kondominium yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Namun bagi yang tinggal di flat dan apartmen, kemudahan seperti itu bukanlah satu perkara yang ada dalam kehidupan seharian.
Usah risau kerana selagi ada kemahuan di situ ada jalan!
MASKULIN tertarik dengan perkongsian Dr. Kamarul Ariffi Nor Sadan, doktor yang cukup berpengaruh di laman media sosial berkongsi tentang kelebihan naik dan turun tangga sebagai senaman.
Jelasnya, memanjat tangga sebenarnya diklasifikasikan sebagai senaman berat. Jika diamalkan boleh membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding melakukan aktiviti larian.
Ia juga merupakan bentuk senaman yang sesuai terutamanya buat warga bandar yang sentiasa kesuntukan masa atau tiada tempat beriadah.
Apatah lagi sekarang di musim pandemik yang boleh mendedahkan risiko kepada penularan.
Berikut merupakan beberapa kelebihan lain melakukan senaman atau memanjat tangga.
Buat anda yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium sekali pun boleh cuba lakukan amalan memanjat tangga. Tiada alasan untuk tidak bersenam!
Subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.