Berapa kerapkah dan bilakah kali terakhir anda benar-benar berbicara dan berkomunikasi dengan pasangan anda?
KERAP KALI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG TELAH MENIKAH DALAM WAKTU YANG LAMA HANYA BERKOMUNIKASI SEKADAR BERTEGUR SAPA SECARA KASUAL TANPA BENAR-BENAR SALING BERBICARA DARI HATI KE HATI.
Menceritakan aktiviti ketika berada di pejabat, perkembangan anak, atau sekadar membahas isu umum yang terjadi di lingkungan sekitar boleh sahaja untuk dijadikan sebagai bahan berbicara dengan pasangan.
Kualiti komunikasi antara pasangan turut boleh mempengaruhi kunci keharmonian sesebuah rumahtangga yang paling menyeronokkan, tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seksual.
Ads
“Jadual kerja yang padat sering tidak memberikan ruang kepada pasangan untuk bertemu dan berbincang hangat. Tak sedikit pasangan suami isteri yang baru bertemu di atas ranjang dengan keadaan tubuh yang sudah terlalu letih untuk melakukan apapun selain daripada tidur,” terang Paul Hokemever, PhD., seorang perunding pernikahan dan keluarga dari New York, AS.
Menurut Hokemever, kualiti hubungan yang baik memerlukan tahap keintiman yang hangat antara pasangan. Keadaan ini boleh juga terjadi apabila suami isteri tersebut dikatakan memiliki komunikasi yang baik antara satu sama lain.
Ads
Oleh kerana itu, dia menyarankan untuk suami isteri agar boleh untuk meluangkan waktu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mereka masuk tidur untuk membicarakan soal kegiatan harian dan sebagainya.
Ads
Hokemever mengatakan bahawa salah satu daripada “penyakit” yang membuat hubungan seksual suami isteri menjadi begitu hambar adalah kerana hilangnya sebuah komunikasi yang hangat antara pasangan.
Perjalanan generasi emas bola sepak Iceland berjaya melaksanakan impian ‘disney’ mereka. Iceland Mara Ke Piala Dunia Buat Pertama Kalinya dan berjaya meneruskan magisnya yang pernah ditunjukkan di saingan Eropah baru-baru ini. Kini, mereka layak buat pertama kali ke saingan Piala Dunia yang akan berlangsung di Rusia tahun depan.
Iceland juga menjadi negara pertama dengan populasi kurang sejuta penduduk yang mara ke Piala Dunia di dalam sejarah. Tetapi mereka masih mampu melangkah ke Piala Dunia, menewaskan beberapa negara yang lebih baik daripada mereka dalam pusingan kelayakkan. Malah pernah mengejutkan England dalam Piala Eropah yang lalu. Jadi, kami bawakan untuk anda 5 fakta menarik bersempena dengan kejayaan Iceland menempah slot ke Piala Dunia.
Iceland menjadi negara pertama yang layak ke Piala Dunia dimana populasi penduduknya kurang daripada 1 juta orang. Populasi Iceland hanyalah 334 252 orang, iaitu ramai lagi penduduk daerah Alor Setar, Kedah . Yang menariknya lagi, 45 peratus populasi Iceland terdiri daripada mereka sama ada terlalu muda atau terlalu tua untuk mewakili negara tersebut dalam acara bola sepak. Manakala 55 peratus lagi, hampir separuh daripadanya adalah perempuan. Bayangkan, dengan jumlah bakat yang tidak seberapa, Iceland masih mampu berada pada ranking ke 22 dunia dalam acara bola sepak berdasarkan rekod yang dikeluarkan FIFA.
Ya, doktor gigi. Ini mungkin mengarut bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi Dr. Heimir Hallgrimsson, seorang doktor gigi yang juga menjawat jawatan sebagai jurulatih kebangsaan pasukan Iceland. Selain itu, Hallgrimsson juga merupakan jurulatih pertama dari Iceland yang berjaya memiliki Lesen A dalam dunia kejurulatihan.
Menariknya lagi mengenai jurulatih Iceland ini adalah beliau seorang yang sangat merendah diri. Bagi mewujudkan hubungan antara skuad kebangsaan dengan peminat, beliau mewujudkan sebuah tradisi yang kekal sehingga hari ini iaitu bertemu dan berbincang dengan peminat di sebuah pub di Rekjavik sebelum turun ke padang. Hasilnya, mereka tidak pernah tewas di gelanggang sendiri dalam perlawanan kompetitif, mencatatkan 10 kemenangan dan 3 seri dalam masa 4 tahun.
Sudah menjadi kebiasaan semua negara untuk membariskan pemain terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakkan Piala Dunia, terutamanya untuk negara-negara di benua Eropah. Tetapi tidak bagi Iceland, untuk skuad yang turun dua dalam perlawanan perlwanan terakhir pusingan kelayakkan menentang Turki dan Kososvo, Hanya 3 orang daripada 23 orang pemain berpengalaman bermain di liga lebih kompetitif di Eropah. Ini membuktikan bahawa Iceland mencipta sejarah dengan kerja keras dan bakat, bukannya nama semata-mata.
Iceland boleh dikatakan negara sejuk dan hampir bergelap setiap masa. Namun itu tidak pernah menghalang mereka daripada berlatih bermain bola sepak. Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka telah berlatih di dalam dom sejak 15 tahun yang lalu. Persatuan Bolasepak Iceland (KSI) telah melabur wang yang banyak bagi membina 30 padang bola sepak yang sesuai dengan semua cuaca, 7 daripadanya adalah padang tertutup, dan hampir 150 buah padang kecil tiruan.
Tidak berhenti setakat itu juga, KSI turur mengambil jurulatih-jurulatih yang mempunyai kelayakkan daripada UEFA, untuk melatih bakat-bakat mereka sejak berumur dari 4 tahun. Untuk skuad yang berjaya mencipta kejutan di saingan Piala Eropah dan layak ke Piala Dunia ini, mereka sudah dilatih dengan jurulatih berkelayakkan UEFA sejak 10 ke 15 tahun dahulu lagi.
Hampir semua permain tidak mempunyak gaji tetap atau elaun, ini kerana di Iceland, mereka tidak mempunyai kelab bola sepak profesional, kelab-kelab yang bertanding dalam liga utama mereka adalah semi-pro.
Pernah terfikir kenapa semua nama pemain Iceland berakhir dengan perkataan “Son”? Sebenarnya di Iceland, penduduknya tidak menggunakan nama ”surname” atau ”family name”, sebaliknya memilih nama anak mengikut tradisi Nordik, iaitu nama terakhir adalah berdasarkan nama pertama siayah atau siibu. Manakala perkataan ”Son” ditambah dihujung nama tersebut jika anaknya lelaki (son), bagi anak perempuan ditambah perkataan “Tir” iaitu ( dotir / daughter ).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memulakan tahun baru dengan melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup seperti menghentikan pengambilan gula dan memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan.
Tabiat berkenaan jika dilakukan secara konsisten selama tiga minggu tanpa henti, secara automatik mampu menjadi rutin harian yang akan berkekalan ke hari, bulan atau tahun seterusnya.
Selain itu, kajian lain melaporkan 45 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Malah, kajian berkenaan turut mendedahkan 48 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai paras kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia manakala 18 peratus orang dewasa di negara ini menghidap diabetes.
Tabiat pemakanan tanpa pengambilan buah dan sayur dalam jumlah mencukupi juga dikaitkan sebagai punca kepada masalah kesihatan berkenaan.
Hasil kajian menunjukkan individu yang memakan lebih banyak sayuran hijau dan buah mempunyai kerentanan (kekurangan imun terhadap penyakit) pada kadar antara lima dan 12 peratus lebih rendah terhadap kanser.
Berat badan ideal
Bagi membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal, ikut cara ini!
1. Menetapkan matlamat dan azam khusus yang mampu dicapai
Perubahan gaya hidup yang mampu dicapai boleh membawa kepada hasil yang mampan dan berpanjangan berbanding diet secara bermusim atau ‘terikut-ikut’ rakan.
Jangan berkata, ‘saya ingin sihat’, sebaliknya memasang azam dengan ‘saya akan berjalan selama 30 minit sehari’ atau ‘saya akan meletakkan kenderaan lebih jauh dan berjalan ke pejabat’.
lMulakan dengan membuat pilihan makanan sihat sekali sehari. Pilih makanan yang lebih menyihatkan sama ada untuk sesi makan tengah hari atau makan malam.
Jika boleh hentikan pengambilam makanan bergoreng ketika makan tengah hari atau mengelakkan minum air manis dan bergula pada salah satu sesi makan dalam sehari.
Misalnya, menggantikan air bikarbonat dengan air kosong pada salah satu sesi makan kerana ia boleh membantu mengurangkan sekurang-kurangnya 150 kalori dan kira-kira 10 sudu teh gula dalam tempoh sehari.
Mulakan sasaran sekali seminggu. Contohnya, mula mengikuti kelas yoga sekali seminggu atau menyediakan sendiri bekal makan tengah hari sekali seminggu.
2. Melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup
Tambahkan buah-buahan dan sayuran ke dalam pemakanan, pergi ke lokasi berdekatan dengan berjalan kaki, menaiki tangga dan bukan lif atau meletakkan kereta lebih jauh dari pintu masuk bagi membolehkan anda berjalan.
Pembentukan tabiat ini lazimnya memerlukan amalan selama tiga minggu.
3. Segera bertindak dan tingkatkan kecergasan
Pengurusan berat badan adalah hasil daripada pemakanan dan senaman yang seimbang. Perlu diingat anda hendaklah membekalkan otot dengan protein dan nutrien penting untuk pemulihan selepas latihan fizikal.
Jika tidak mempunyai banyak masa terluang, boleh cuba melakukan senaman mencangkung (squat) dengan bersandar di dinding ketika menonton televisyen atau di tempat kerja.
Latihan senaman itu boleh meningkatkan stamina, menguatkan otot teras dan membantu kita menjadi lebih fokus dalam menyiapkan tugasan.
4. Kekalkan pemakanan seimbang
Pemakanan seimbang merangkumi buah dan sayur, bijirin tulen serta bahan makanan yang mengandungi protein yang boleh membantu anda mengekalkan tenaga di samping mengurangkan selera makan.
Anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan dengan ketara jika mengetahui saiz hidangan yang perlu diambil agar tidak berasa lapar dan bukannya kenyang semata-mata.
Strategi pengawalan saiz hidangan makanan termasuk menggunakan pinggan yang lebih kecil, mengambil makanan sendiri di dapur berbanding menghidangkannya di atas meja dan mengambil makanan gantian seperti bancuhan protein, bar protein atau makanan sejuk beku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PKP sudah dilanjutkan lagi. Nampaknya lebih banyak masa kita akan luangkan di rumah. Bagi penggemar workout inilah masa sesuai untuk mantapkan otot badan terutamanya di bahagian lengan, dada dan abdomen. Pastinya teknik yang popular tidak lain tidak bukan tekan tubi atau push-up.
Tapi tahukah anda terdapat banyak variasi teknik dan cara tekan tubi yang boleh dilakukan. Antara yang paling efisien untuk membentuk otot dada yang mantap ialah teknik close-grip push up.
Buat pengetahuan anda teknik push up ini sangat penting dalam rutin latihan anda kerana ia mampu membantu untuk ‘pump’ bahagian lengan. Adakah teknik anda lakukan selama ini dengan betul?
KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
Untuk melakukan tekan tubi yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika melakukannya.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk ikuti video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.