Berusia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai remaja yang tampan.
Tanggal 3 Oktober lepas genaplah 17 tahun usia Rizky. Anak tunggal pelantun lagu Tegar ini semakin kacak dan tinggi lampai serta sangat menyayangi ibunya.
Ramai mengatakan ibu anak ini kelihatan seperti kakak dan adik lebih-lebih lagi apabila Rizky berdiri bersebelahan dengan Rossa.
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani dilihat sering memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 45 tahun.
Ads
Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
Kagum dengan sikap profesional Dato’ Sri Rossa dan bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Walau ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik.
Apatah lagi mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang makin menginjak dewasa.
Ads
Pastinya sebagai ibu bapa Rossa dan Yoyo perlu saling bertolak-ansur demi anak tersayang. Biarpun sudah 14 tahun berpisah, penyanyi pujaan negara jiran ini tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Like mother like son! Ketampanan anak muda ini sudah pasti diwarisi oleh kedua ibu bapanya. Betul tak?
Seorang atlet mungkin mempunyai BMI yang tinggi berbanding manusia lain yang sama saiz kerana otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan. BMI tidak semestinya bagus bagi mengukur risiko kesihatan di kalangan orang berumur/senior kerana orang berumur selalunya hilang berat badan hanya melalui pengurangan otot dan jisim tulang berbanding lemak. Hasil Lancet 2006 pula membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.
1. Lemak Dalam Badan
Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College London) pula membuktikan orang kurus tetapi ‘gemuk di dalam’ juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung. Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak. Sekitar 45% dari mereka yang mempunyai BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan, dan 60% lelaki yang ideal BMI, menghidapi keadaan berlebihan lemak ini.
Tanpa petunjuk yang jelas, pengguna dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana mereka kurus, mereka menganggap diri mereka cukup sihat. Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Keseluruhan konsep terhadap ‘kegemukan’ harus dirombak semula.
2. Gemuk Dari Dalam
Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas. Benar mereka kurus, namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul masih boleh disorok badan, dan kebiasaan mereka yang kurus untuk makan secara tidak sihat adalah tinggi (makanan berlemak dan tinggi gula), menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut seterusnya gemuk seluruh badan.
Dikenali sebagai golongan “Tofi” – thin outside, fat inside.
3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
Masih tidak dapat dipastikan tentang risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat), namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut/membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.
Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Mereka yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif, tidak fit berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif dan fit. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.
4. Berita Baik
Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah dengan bersenam ataupun meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas, banyakkan bergerak, gunakan badan anda untuk melakukan senaman.
5. Kebaikan Senaman
Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga.
– Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, juga meningkatkan tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, juga memberi jantung dan paru-paru yang lebih efektif.
– meningkatkan stamina/fit.
– meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.
Busy? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan. Juga banyakkan minum air kosong.
Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu memasukkan senaman sebagai rutin hidup, bagi menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Wow! Besarnya!”, mungkin itu kata-kata yang keluar daripada mulut si Adam apabila melihat kaum Hawa memiliki pinggul besar. Ya, nyata bukan hanya payu dara yang menjadi perhatian lelaki terhadap wanita. Di Malaysia, wanita dengan pinggul bersaiz besar bukanlah fenomena tetapi adakah anda tahu? Di luar negara ramai wanita terutamanya bintang terkenal menjadikan pinggul besar sebagai trend.
Lihat saja bentuk tubuh bintang-bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez, Jennifer Hudson, Beyonce, Queen Latifah, Mariah Carey, Nicky Minaj dan ramai lagi. Kesemua mereka megah dengan aset tersebut.
Menjengah kita semula ke luar negara. Kita lihat negara seperti Colombia, Brazil, dan negara-negara Latin, fenomena gadis pinggul besar bukan lagi satu perkara asing. Tetapi di Malaysia, fenomena pinggul besar mungkin sedikit janggal dan kekok untuk diperkatakan. Walau bagaimanapun ada segelintir lelaki yang suka pasangan mereka mempunyai aset itu.
Beberapa orang wanita yang ditemu bual Maskulin sendiri mengakui pinggul besar bukanlah kekurangan tetapi lebih pada ciri-ciri menarik pada diri seseorang wanita. Ini terutamanya ketika memakai pakaian seperti long dress, kebaya, dan sebagainya. Jadi apabila pinggul besar, nampak lebih menarik. Bagaimana kaum Adam? Anda semua setuju dengan kenyataan mereka ini? Itu sebahagian pendapat peribadi wanita yang sempat Maskulin soal. Bagi sesetengah wanita yang lain pula mempunyai pendapat berbeza.
Ada juga sesetengah pihak yang mengaitkan saiz pinggul dengan keperawanan seseorang gadis. Tidak kurang juga yang menganggap, gadis pinggul besar itu subur orangnya. Telahan itu mungkin benar dan mungkin juga sekadar mitos gurauan yang dijadikan bahan untuk perbualan.
Perihal ini ada baik buruknya. Jika saiz itu adalah secara natural atau semulajadi, tidak mengapa. Apa yang menjadi masalah apabila ada di antara wanita ini sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan bentuk saiz pinggul luar biasa. Di luar negara muncul beberapa ‘pusat perubatan’ yang menawarkan perkhidmatan pembedahan plastik untuk membesarkan saiz pinggul. Paling menakutkan, ada di antara mereka yang menjadi pelanggan, maut kerana disuntik dengan bahan terlarang.
Saiz dan bentuk menarik itu memang menggiurkan si jejaka yang memandang, tetapi jika sehingga memudaratkan diri, itu semua bukanlah perkara yang digalakkan. Di Malaysia, harapnya tiada kejadian sebegini yang mampu meragut nyawa kaum Hawa kita.
Baru-baru ini, tular tentang kad kesihatan (health tag) yang kononnya dikatakan boleh mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar si pemakai.
Menurut perkongsian Pusat Racun Negara di laman Facebooknya, tiada kesan pembasmian virus yang akan berlaku kepada si pemakai sekiranya dia menggantungkan kad kesihatan (health tag) ini.
Malah, pemakaian kad kesihatan (health tag) ini juga adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi jangkitan COVID-19.
Oleh itu, janganlah mudah terpengaruh!
Belum pun sempat isu penggunaan herba daun semambu untuk rawatan COVID 19 reda, timbul pula dakwaan kaedah pencegahan baru. Kali ini melibatkan produk moden pula iaitu kad gantung di baju (‘health tag’) yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide.
Produk yang kini VIRAL dan laris penjualannya melalui atas talian ini kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.
Benarkah begitu?
Satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama ini telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel “Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Dapatan ini menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.
Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan. Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, diiktiraf oleh Apolitical dalam senarai “Government AI 100” atas kepimpinannya memperkukuh agenda AI dan transformasi digital Malaysia menuju status Negara AI menjelang 2030.