Jika anda tiba-tiba lapar pada waktu malam, anda tidak digalakkan untuk makan makanan berat kerana ia boleh mempengaruhi waktu tidur anda.
Jadi untuk mengelakkan perut anda sukar hadam, anda boleh cuba dua menu yang ringkas namun mempunyai khasiatnya :
1. Makan dua keping biskut
Ads
Biskut mengandungi bijian kaya dengan nutrien penting yang dapat memberi kebaikan kesihatan kepada anda. Ia juga merupakan sumber tenaga daripada karbohidrat selain mengandungi vitamin B dan mineral untuk membantu mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat. Biskut juga mengandungi protein yang membantu proses pembinaan badan anda; dan serat yang membantu untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
2. Teh panas
Ads
Teh mengandungi bahan-bahan bioaktif walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Dalam masa sama, teh juga mempunyai banyak nutrien penting kerana ia wujud dari daun teh yang asal. Selain itu, daun teh berfungsi sebagai antioksidan yang amat bagus dan ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Dalam masa sama, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang.
Ads
Jadi gabungan biskut dan teh panas sudah mencukupi untuk buat anda alas perut bagi menhilangkan lapar dan haus sekali gus membolehkan anda tidur dengan lena.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lakukan teknik senaman dumbbell jika anda inginkan lengan yang padu dan sasa. Tak perlu ke gym, hanya sediakan dumbbell dan anda boleh buat teknik senaman dumbbell ini di rumah.
Teknik senaman dumbbell ini juga mudah untuk diikuti. Ini 4 teknik yang boleh amalkan.
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini juga ialah otot di bahagian forearm.
Cara senaman:
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman:
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps, selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Pelbagai kajian telah mendapati bahawa lelaki yang menjaga pemakanan serta selalu bersenam akan tampil lebih sihat, kacak dan berketerampilan.
Bayangkan jika anda tak menjaga badan dengan baik. Makan ikut suka dan bersenam pun jarang sekali. Pastinya perut akan mula labuh ke depan. Masalah boroi bukanlah satu perkara yang diingini oleh sesiapa pun!
Tahukah anda bahawa seorang lelaki yang ingin sentiasa cergas stamina dan tubuh badan perlu bersenam sekurang-kurangnya sebanyak 150 minit seminggu. Atau ia juga boleh dicapai dengan melakukan senaman aerobik keras selama 75 minit.
Bila sebut tentang handsome atau kacak ia sebenarnya bukan bergantung kepada paras rupa sahaja. Anda jangan terlalu naif seperti itu. Wanita juga amat suka lelaki yang pandai menjaga dirinya dengan baik.
Apabila anda menjaga badan dengan bersenam secara tak langsung badan juga akan lebih tegap, beroto dan mempunyai stamina tinggi.
Itu semua petanda dan indikasi jelas mengenai seorang lelaki yang handsome! Jika anda kesuntukan masa untuk bersenam, mungkin anda boleh curi masa sebelum turun ke pejabat.
Senaman juga boleh di lakukan di rumah ya. Selain menjadi lebih kacak ini merupakan 10 kelebihan buat jejaka yang sering bersenam akan dapat.
Mungkin anda fikir bangun lebih awal akan mengurangkan tenaga anda, terutamanya jika anda kurang tidur, tetapi sebenarnya sebaliknya. Bangun untuk senaman akan meningkatkan tenaga dan anda rasa penuh semangat! Jadi pastikan anda bangun awal untuk mendapatkan 30 minit hingga 1 jam sesi kecergasan.
Anda bangun pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja, sebelum itu kenapa tidak melakukan senaman ringkas yang mudah juga boleh dilakukan asalkan anda tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya.
Mulakan hari anda dengan melakukan senaman pagi. Anda akan dapati diri berasa lebih baik untuk sepanjang hari tersebut. Sebagai contoh anda bangun awal kira-kira jam 5 pagi dan sedia untuk bersenam mengeluarkan peluh.
Malah boleh lakukan selepas solat Subuh dan mandi pagi. Jadi jangan lupa mulakan hari dengan senaman menyebabkan agar sentiasa segar dan bertenaga dan kekal cergas.
Apa lagi kelebihan senaman waktu pagi? Ya, ia boleh buat anda bangun pagi dengan lebih mudah. Jika anda bangun pada masa yang berlainan setiap hari, ianya hanya mengelirukan badan anda dan menyebabkan badan tidak bersedia dan lemah.
Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya melihat dan memilih makanan yang sihat sahaja. Anda pasti tidak akan mahu makan donat disira gula untuk sarapan pagi kerana ianya hanya membuatkan anda lesu, jadi oat, omellete, salad, yogurt, bread adalah pilihan anda.
Bila bersenam pada awal pagi, anda akan mampu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Rutin senaman setiap pagi juga dapat membantu individu menjaga berat badan dan sentiasa keep fit.
Senaman pada waktu pagi bukan saja menambahkan tenaga malah mempunyai impak terhadap kesihatan, Percayalah kalau anda tak lakukan senaman, besar kemungkinan anda rasa tidak bermaya, lesu malah sentiasa mengantuk. Hormon menyediakan badan anda untuk senaman dengan mengawal tekanan darah, kadar jantung, darah mengalir ke otot.
Jika anda bersenam pada waktu pagi, hidup pasti akan lebih bahagia dan lebih positif. Malah, anda lebih bersemangat dan ceria sepanjang masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mempunyai matlamat yang jelas. Ia seharusnya munasabah dan boleh diterima akal manusia. Tulis matlamat anda dan letakkan ia di tempat yang mudah anda lihat agar anda terus motivasi.
Minum teh. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang minum teh hitam, hijau, atau putih-mempunyai BMI yang lebih rendah dan lemak badan yang kurang daripada mereka yang tidak menjadikan teh sebagai habit.
Makan lada cayenne. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan plasebo, capsaicin bahan aktif dalam cayenne-pembakaran lemak lebih tinggi dari jenis lada yang lain.
Kurangkan / menghapuskan karbohidrat yang diproses. Mereka tidak dapat membantu anda dalam menurunkan berat, malah mereka hebat dalam menambahkan berat badan anda.
Makan lebih banyak sayuran. Mereka buat perut anda terisi, menyediakan banyak serat dan hanya mempunyai sedikit saja kalori yang tidak membahayakan.
Makanan tambahan dengan pil minyak ikan. Satu kajian yang diterbitkan dalam lipids dimana kajian telah dijalankan terhadap tikus yang dipertingkatkan EPA dan DHA a.k.a. minyak ikan. Para penyelidik mendapati bahawa tikus yang memakan makanan yang lebih tinggi dalam lemak omega-3 mempunyai pengurangan lemak badan yang ketara.
Latihan full body. Pelan senaman anda tidak seharusnya hanya tertumpu pada satu kawasan. Sebaliknya, lakukan latihan yang menggunakan seluruh badan anda. Fikirkan: squats, deadlifts, dan pushups. Anda akan mendapat lebih banyak pencapaian untuk setiap latihan anda.
Mulakan makanan anda dengan salad. Salad akan menyediakan sebahagian besar untuk membantu mengisi perut anda supaya anda makan kurang kalori secara keseluruhan.
Jangan lupa serat. Pikirkan serat seperti spons, ia menyerap air dan membuat anda berasa kenyang.
Minum air. Profesor Dr. Brenda Davy dan pasukannya dari Virginia Tech University mendapati bahawa minumi 2 cawan air sebelum makan dalam setiap hidangan boleh menyebabkan penurunan berat badan yang lebih besar selepas 12 minggu. Sebabnya? Ia membantu perut anda berasa penuh.
Simpan jurnal makanan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk record apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda.
Timbang sendiri. Kajian menunjukkan berat badan setiap hari membantu meningkatkan usaha penurunan berat badan. Jangan terlalu taksub dengan nombor tersebut. Anda mampu mengubahnya.
Makan telur keseluruhan. Harian. Satu kajian yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu menunjukkan bahawa mereka yang makan telur sebiji mampu untuk meningkatkan HDL (baik) kolesterol.
Makan sebahagian besar makanan anda di A.M. Kemudian kurangkan [engambilan pada sebelah petang dan jangan makan pada waktu malam. Satu Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition menunjukkan bahawa makan kebanyakan kalori anda pada waktu pagi mempengaruhi perubahan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang